Skip to main content

Cabaran Petugas Kaunter: Antara Tanggungjawab dan Tekanan

Hari ini bertugas di kaunter. Seperti biasa, kena siapkan mental, emosi dan fizikal untuk berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan.


Bertugas di kaunter pejabat di daerah besar memang mencabar. Pada awalnya agak culture shock juga, tetapi alhamdulillah setakat ini majoriti pelanggan jabatan sangat berhemah.


Cuma ada seorang dua yang boleh buat tahap anxiety meningkat. Untuk situasi yang melibatkan emosi atau di luar bidang kuasa, che kak akan serahkan kepada ketua unit untuk tindakan lanjut.


Sebagai petugas kaunter, kami hanyalah pemudahcara antara klien dan unit berkaitan. Sebab itu petugas kaunter perlu sentiasa alert dengan prosedur dan peraturan supaya urusan pelanggan berjalan lancar dan mereka tidak perlu ulang-alik ke pejabat.


Kadang-kadang yang mencabar ni bila ada pelanggan datang dengan “jawapan sendiri”, tak mahu dengar penerangan atau terus anggap petugas salah bila proses tak ikut kehendak mereka.


Sedangkan tugas petugas kaunter ialah terangkan prosedur berdasarkan peraturan jabatan bukan buat keputusan sesuka hati.


Syukur juga majoriti pelanggan jabatan behave dan masih berhemah.


Kadang-kadang yang buat kita penat bukan sebab pelanggan pun. Tapi stress nak berhadapan dengan rakan sepejabat yang sukar beri kerjasama. Bila kurang teamwork memang boleh mengganggu urusan dan emosi 😤


Alhamdulillah, setakat hari ini dapat partner bertugas yang sangat baik dan rakan sekerja pun banyak memudahkan urusan kami di kaunter.

Comments