Lilin putih itu,
membakar diri,
kerna seseorang yang membakarnya.
Setia membakar diri...
hingga datang angin
terpadamlah ia.
Cairan lilin menitis,
panas di hujung jari.
Tapi cepat sejuk,
lalu membeku.
Cahayanya suram,
tidak sehebat cahaya neon.
Namun cukup...
cukup jadi pedoman suluhan,
agar tidak teraba-raba mencari arah.
Dia diperlukan seketika,
bukan setiap masa.
Sekecil api lilin itu
masih menjadi kawan.
Tapi bila ia jatuh...
apinya mampu membaham
apa sahaja di sekelilingnya.
Akhirnya,
api lilin itu tidak terlawan.
Ia meranapkan
apa sahaja hartamu.
Lilin putih itu
perlu ditatang, sayang.
Lilin putih itu
murah harga
tapi bisa bernilai
pabila menjadi rebutan
akibat pupusnya lilin.
*serikandi tercipta*