“Mami… boleh lah kita bela seekor je…” adik masih memujuk sambil memandang wajah mami dengan mata bulat penuh harapan. Mami mengeluh kecil. “Bukan mami tak suka kucing. Mami kesiankan kucing sebenarnya. Bela ni bukan setakat bagi makan. Nak bersihkan najis, mandikan, jaga sakit demam… semua tu tanggungjawab. Tengok jiran tu… tahi kucing merata, orang lain pula kena bersihkan.” Adik diam sekejap. “Lagipun baba kamu memang trauma. Dulu ada entah kucing siapa masuk rumah, cakar sofa baru baba beli. Habis rosak. Memang naik angin baba masa tu.” Suasana ruang tamu seketika sunyi. Zara yang sedari tadi mendengar tiba-tiba tersenyum kecil. Pandangannya kosong seolah-olah sedang melihat sesuatu yang jauh di masa lalu. Zara teringat kisah 40 tahun lepas. Zara darjah satu ketika itu. Semasa berjalan pulang dari sekolah di jalan kampung yang sunyi, Zara terdengar bunyi anak kucing dari sebalik rimbunan pohon buluh di tepi jalan. “Meowww… meowww…” Langkah Zara terhenti. Di hadapannya ad...
Alhamdulillah bele² duk ggolek tunggu tok laki kelik masjid, siap la jugok cerpen bodo². Sekodar memberanikan diri jual ebook di myebook.com.my. Link jualan di comment. Terima kasih support che kak.🌹 Catatan: copy link di bawah dan paste di google https://myebook.com.my/books/b294a410-daf8-4c31-bfbc-1492a7efef09 https://myebook.com.my/books/aa470a0b-25f8-4838-9411-f954cd84b48c https://myebook.com.my/books/46f269b9-92ff-4942-8696-a20cc5404830 https://myebook.com.my/books/2c8ea064-32b8-4ca8-87e7-8610526cf9bb https://myebook.com.my/books/e3e0d5d5-5171-4093-9dc7-41c00f937333