Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2025

Hikmah dan Kenapa Kita Perlu Bersyukur Sepanjang Tahun 2025

Hari ini 2025 bakal melabuhkan hari terakhirnya. Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan segala ujian dan rezekiNya. Tak terhitung nikmat yang Allah kurniakan sepanjang tahun 2025. Ujian tetap ada namun itu tetap nikmat dan untuk dikurniakan ganjaran pahala.  Jalan terus walau apa jua situasi yang mendatang di jalan yang Allah aturkan untuk kita. Jaga hubungan dengan Allah termasuk alam dan manusia. Sayang diri sendiri kerana diri kita terlalu berharga.

Mengapa Kerja Lapangan Itu Penting

22 tahun yang lalu, che kak naik tangga hingga tingkat 15 sebuah flat di Kuala Lumpur.  Turun semula 15 tingkat. Dalam keadaan mengandung pula. Semuanya gara-gara lif rosak. Sampai sahaja di pejabat terus tertidur di surau. Penat oi. Memori sungguh. Dulu, menyiasat kes di kawasan flat dan setinggan memang rutin.  Melompat atas meja makan di rumah klien Non Muslim pun perkara biasa. Memori sungguh. Hari ini, berkesempatan pula teman pegawai kes melawat kes bantuan di sebuah flat di kawasan Kota Bharu. Terasa kembali vibe Kuala Lumpur. Baru naik separuh tingkat daripada 23 tingkat, gayat yak amat. Kepala mula pening. Balik ke pejabat terus telan Panadol, kemudian lelapkan mata sekejap di bilik. Sebelum tu, singgah makan dulu. Makan tok leh ttala wei. Sebenarnya, ini memori yang indah apabila kita sebagai Pekerja JKM turun ke lapangan. Di lapangan, kita bukan sekadar membawa borang dan pen untuk catat maklumat bagi penyediaan laporan.  Kita datang untuk menyiasat, menilai, m...

Kenapa Hubungan Adik Beradik Rapuh?

Tular kes pergaduhan di Pasar Melor membuatkan che kak teringat satu kejadian pergaduhan adik-beradik di sebuah pasar raya. Terkejut juga ketika itu. Si kakak telah memukul adiknya sehingga wajah si adik berdarah. Shawl yang dipakai si adik turut tercabut hingga menampakkan rambutnya. Si ibu pula kelihatan sangat tertekan dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Hanya selepas si kakak meninggalkan mereka barulah kami berani mendekati si adik dan ibunya untuk melihat keadaannya. Che kak menawarkan diri membawa si adik ke klinik kerana bimbang dengan luka di pipinya kerana darah masih mengalir. Tak dapat dibayangkan betapa hancurnya perasaan seorang ibu melihat anak-anaknya bergaduh sedemikian rupa di tempat awam pula.  Malu, sedih, kecewa semuanya bercampur. Selepas itu, che kak tidak tahu apa yang berlaku kerana kami tidak menunggu mereka di klinik. Sekadar menghantar, itu sahaja yang mampu dibuat. Serapuh itu hubungan adik-beradik. Tak tahulah di mana silapnya. Apa yang pasti, per...

Pilihan Sekolah Berasrama Penuh VS Sekolah Harian

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh.  Pastinya teruja dengan kurniaan rezeki ini. Insan terpilih dalam kalangan yang terpilih ini telah selangkah mendekati impian untuk cemerlang dalam pelajaran serta membina jati diri yang kukuh. Buat anak-anak yang tidak berjaya mendapat tempat, janganlah berasa rendah diri.  Semoga ibu bapa juga tidak berputus asa dan terus memberi sokongan sama ada dari segi moral mahupun emosi. Pasti ada hikmah di sebalik jalan cerita kehidupan anak-anak kita dan ia bukanlah penamat atau penentu masa depan mereka. Pilihan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah berasrama sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.  Suasananya juga berbeza khususnya dari segi disiplin dan pendekatan pembelajaran yang menitikberatkan kecerdasan intelek (IQ) serta kecerdasan emosi (EQ). Namun buat ibu bapa dan anak-anak yang memilih untuk meneruskan persekolahan harian, ini tida...

Kenapa Ibu Bapa Perlu Hargai Anak dan Menantu

Ada ni haaa baru lepas cuci bilik air guna pencuci tandas Ganso bunga ros wangi baunya.  Banyok hari doh tok nulis untuk tatapan muka buku sebab sibuk ntah hapa hapa.   Nok nulis ni keno ado gabungan yang mantap iaitu rajin, idea, semangat dan masa. Ada idea tapi malas tak jadi juga. Rajin tapi takde idea pun jadi sia-sia.  Sempena cuti sekolah dan perayaan ni pastilah ramai anak-anak akan balik kampung jumpa ibubapa. Sebagai ibubapa atau orang tua ni, hargailah anak menantu yang balik kampung jumpa kita. Janganlah 'dibias biaskan' mengikut darjat, pangkat dan jenis kereta di depan tangga. Kesian kat anak cucu menantu yang berkorban wang ringgit, tenaga dan masa meredah jem nenas, blueberri, strawberri dan berbekalkan roti kaya dalam kereta. Kalau anak menantu bagi hadiah terimalah tanpa ada subtitle di muka. Kononnya tak berkenan sebab ada menantu lagi kaya bagi hadiah lagi mahal harganya. Nilai kasih sayang anak menantu bukan setakat diukur dengan duit seratus dua....

Kerja Kerajaan: Ukuran Kesenangan atau Sekadar Persepsi Masyarakat?

Apabila temubual bersama warga emas di kampung mengenai anak-anak mereka, sering kedengaran jawapan seperti, “Anok takdok kijo kerajae sore habuk.”  Ungkapan ini menggambarkan  kepercayaan lama dalam masyarakat bahawa hanya anak yang bekerja kerajaan sahaja dianggap berjaya, senang dan mampu menyara ibu bapa.  Namun persoalannya adakah benar hanya pekerjaan kerajaan menjadi ukuran kesenangan dan kejayaan seseorang anak? Pandangan bahawa kerja kerajaan membawa jaminan hidup yang senang telah lama berakar dalam pemikiran masyarakat.  Pada suatu ketika dahulu peluang pekerjaan sangat terhad dan bekerja dengan kerajaan dianggap stabil, bergaji tetap serta mempunyai pencen.  Maka tidak hairanlah pekerjaan ini dipandang tinggi dan dijadikan kebanggaan keluarga, khususnya oleh ibu bapa di kampung.  Anak yang bekerja kerajaan sering dianggap sudah berjaya dan tidak perlu dirisaukan lagi. Namun realiti kehidupan hari ini menunjukkan gambaran yang berbeza.  Rama...

Ucapan Sempena 23 Tahun Berkhidmat

(16 Disember 2002 – 16 Disember 2025) Syukur Alhamdulillah, hari ini genap 23 tahun che kak berkhidmat sebagai penjawat awam di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Setiap cabaran yang ditempuh membawa makna tersendiri dalam membentuk siapa diri che kak hari ini. Dalam tempoh lebih dua dekad ini, che kak belajar bahawa perkhidmatan awam bukan sekadar melaksanakan tugas harian tetapi satu amanah besar untuk memberi manfaat kepada orang lain. Ada hari penatnya terasa, ada masa semangat diuji. Namun setiap kali melihat hasil kerja yang memudahkan urusan masyarakat, che kak sedar bahawa setiap pengorbanan itu benar-benar berbaloi. Pengalaman serta kisah hidup masyarakat yang ditemui sepanjang perkhidmatan membuatkan che kak sentiasa menzahirkan rasa syukur dengan kehidupan sendiri. Che kak amat menyayangi kerjaya ini kerana peluang seperti ini bukan mudah untuk dimiliki. Hargailah kerjaya yang kita ada dengan memberi komitmen sepenuhnya, bekerja dengan dedikasi dan disiplin yang tinggi serta menj...

HAPPY BIRTHDAY TO NUR ASMAA' AWAATIF BINTI FAZDRUL ARMAN YANG KE 10 TAHUN

Genap 10 tahun Awaatif dilahirkan dan menjadi penghuni di bumi ini.  Masih berjaya kekalkan gelaran bongsu umi dan abi.  Seronok dia ada abang 4 orang dan kakak 2 orang walaupun kadang kala dimarahi. Anak paling manja sebab tak de adik baby. Suka mewarna dan bermain dengan permainan yang dibeli di Shoppe. Setakat ni cuma pandai basuh pinggan dan masak maggi. Doa umi abi semoga Awaatif atau nama manja Atih @adik sentiasa dalam lindungan Allah dan dimurahkan rezeki. Happy birthday Awaatif..🌹🌹 09.12.2015 - 09.12.2025

Bantuan Untuk Keluar Dari Kesusahan, Bukan Untuk Hidup Selesa Tanpa Usaha

Che kak tak faham kenapa sanggup memalsukan maklumat semata-mata untuk mendapatkan bantuan. Rasa kecewa dan penat melihat perkara sama berulang. Lebih perit bila kita berada di barisan hadapan, melihat sendiri bagaimana bantuan yang sepatutnya mengangkat hidup seseorang akhirnya disalah guna atau diperoleh melalui maklumat yang tidak benar. Perkara pertama maklumat pendapatan. Ada yang sebenarnya cukup untuk keperluan asas tapi sanggup menulis pendapatan rendah yang tak masuk akal. Secara logik, apa yang mereka isytihar langsung tak seimbang dengan cara perbelanjaan yang kami lihat sendiri. Maklumat anak-anak. Ada yang mengaku anak bekerja gaji B40 walhal anak sudah berkerjaya dengan pendapatan jauh lebih tinggi.  Tak terfikirkah bahawa menipu tentang hal ini seolah-olah mendoakan anak benar-benar hidup dalam keadaan biasa-biasa dan berpendapatan rendah? Maklumat perkahwinan. Ada yang mengaku ibu tunggal walhal sudah berkahwin lain semata-mata takut bantuan ditamatkan.  Sedang...

Tips Agar Peti Ais Bersih Dan Kemas

Che kak tak begitu pandai nak deco, tapi satu kepuasan bila tengok peti ais bersih, kemas dan tersusun elok ikut standard che kak. 🤣 Membersihkan peti ais memang jadi satu bentuk terapi. Rasa tenang dan lega seolah-olah semua energi negatif yang melekat tu hilang begitu saja.  Che kak sanggup beli bekas estetik yang cantik semata-mata nak bagi peti ais nampak teratur dan sedap mata memandang. Tips peti ais bersih, kemas dan teratur versi che kak: 1. Buang semua makanan atau minuman yang sudah expired dan tak segar. 2. Susun dalam bekas yang sesuai supaya mudah nampak dan mudah capai. 3. Elakkan simpan barang bertahun-tahun dengan alasan “duk dalam peti takpa”. 4. Buat mini check mingguan, cepat je, tapi sangat membantu kekalkan kebersihan. 5. Lap setiap kali ada tumpahan supaya tak jadi melekit dan berbau. Bila peti ais kemas, kepala pun rasa lega. Kemas itu terapi.

Kenapa Saya Minat Menulis

Che kak memang suka menulis sejak zaman sekolah lagi. Cuma dulu tak tahu macam mana nak simpan koleksi cerita. Akhirnya banyak tulisan terkubur begitu saja. Alhamdulillah, sekarang baru ada keberanian nak kongsi secara public di media sosial dan blog. Mungkin sebab selalu follow orang yang menulis kisah hidup sendiri. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak, kan? Menulis bagi che kak adalah satu bentuk terapi. Malu tu memang ada, rasa segan nak publish apa yang kita tulis.  Tapi dalam masa yang sama ada satu kepuasan bila dapat lepaskan apa yang terpendam melalui tulisan. Che kak cuma menulis kisah peribadi sendiri atau orang lain, bukan yang ilmiah pun. Sekadar coretan kenangan untuk diri sendiri dan mungkin untuk anak cucu baca nanti. Menulis bagi che kak bukan hobi semata-mata. Ia tempat che kak lepaskan rasa hati, faham diri sendiri dan simpan kenangan hidup. Kadang dari tulisan tu lah che kak jumpa jawapan yang che kak cari. Che kak suka tulis kisah harian, momen yang buat t...

Filem The Red Envelope

Semalam che kak tengok cerita hantu. Bukan hantu seram tapi hantu comel. Filem The Red Envelope memang bijak gabungkan komedi, misteri, emosi dan elemen supernatural. Cerita ini mengisahkan Menn, seorang bekas penjenayah yang kini bekerja membantu polis.  Suatu hari, dia tersalah ambil sampul merah rupa-rupanya itu kontrak perkahwinan roh. Ingatkan ada duit dalam angpau tu.  Dia kena kahwin dengan roh lelaki gxx bernama Titi yang sangat dramatik dan comel pula tu. Nenek Titi yang beria nak buat majlis kahwin cucunya kerana percaya cucunya masih ada urusan di dunia yang belum selesai. Bayangkan hidup dengan hantu yang ikut ke mana saja, suka mengomen dan menyakat. Walaupun banyak babak kelakar, sebenarnya ada misi besar. Menn perlu bantu Titi selesaikan misteri kematiannya. Dari situ bermulalah penyiasatan mereka terhadap sindiket dadah.  Kenapa Che Kak Kata Best? Chemistry Menn & Titi padu gila. Walaupun seorang manusia dan seorang roh, interaksi mereka natural, kelak...

Sensitifkah Kongsi Nombor Telefon Peribadi?

Nombor telefon peribadi adalah perkara yang sangat sensitif. Memberi nombor telefon seseorang tanpa pengetahuan atau izin mereka adalah sesuatu yang tidak wajar dan dianggap melanggar adab serta privasi. Sewajarnya, minta izin terlebih dahulu sebelum memberi atau menggunakan nombor telefon peribadi.  Hormatilah ruang privasi kami. Bukan semua orang selesa dengan urusan kerja dibawa keluar dari waktu pejabat apatah lagi dihubungi oleh individu yang tidak dikenali. Walaupun kami bekerja dalam bidang yang melibatkan orang ramai, itu tidak bermaksud kami sentiasa bersedia diganggu pada hari cuti.  Komitmen sepenuhnya telah diberikan pada waktu bekerja. Hari cuti pula adalah masa untuk urusan peribadi, keluarga dan rehat.  Kadangkala pada waktu itu mungkin kami sedang berdepan tekanan, tidak sihat atau mempunyai masalah keluarga. Pernah dahulu, seorang ketua kampung berkeras mahu datang ke rumah untuk menyerahkan borang permohonan bantuan.  Walaupun sudah dimaklumkan uru...

Pengalaman Mendapatkan Rawatan di Klinik Kesihatan Kok Lanas

Bulan lepas che kak temankan Abe Aulia' ke klinik sebab dia demam. Alang-alang dah ke sana, che kak pun buat pemeriksaan sekali sebab asyik rasa letih.  Ingatkan sebab penyakit malas, tapi pelik juga bila sampai ganggu minat dan rutin harian. Rupanya HB rendah. Berapa rendah tu che kak tak pasti. Doktor bagi vitamin 3 serangkai dan che kak pun konsisten makan sampai habis walaupun vitamin tu percuma saja dari klinik. Tak elok membazir. Genap sebulan, che kak datang balik untuk temujanji. Alhamdulillah, HB dah naik sikit.  Doktor kata tak perlu dah follow-up, cuma kena teruskan vitamin untuk maintain. Dah meningkat usia ni memang kena lebih jaga kesihatan. Nampak sihat luar, tapi bila cek… haaa macam-macam boleh keluar penyakit.  Lepas hantar anak ke sekolah, che kak terus ke Klinik Kesihatan Kok Lanas.  Pukul 8.00 pagi daftar. Bagus juga pesakit beratur nak ambil nombor giliran.  Bila nombor dipanggil, bayar seringgit dan dapat kertas rujukan. Mudah, staf pun ta...

Kita Watak Jahat Dalam Cerita Orang

Rasa tenang dan bahagia dalam hati akan terpancar pada wajah kita. Dalam kehidupan seharian, kita pasti ada hari-hari yang membuatkan kita rasa down, moody atau shaking kerana tekanan.  Jangan nafikan perasaan yang sedang kita alami. Benarkan diri untuk rasa apa yang kita rasa. Buatlah sesuatu yang boleh memberi kebahagiaan dan ketenangan. Kalau nak berehat sekejap untuk ambil mood, itu pun tak salah. Abaikan orang yang membawa energi negatif. Tak perlu berdebat atau menerangkan apa-apa pada mereka. Kadang-kadang mereka sebenarnya sudah ada jawapan yang mereka mahu dengar. Kita ni selalunya akan jadi “watak jahat” dalam cerita orang lain. Jadi tak perlu membazir masa dan tenaga untuk menjelaskan jawapan. Simpan tenaga untuk perkara yang lebih berharga. Che kak cuba membantu sedaya yang che kak mampu ikut kudrat dan tahap pemikiran sendiri. Sebab che kak pun perlukan pertolongan orang lain bila tiba masanya. Kita manusia, kemampuan kita terhad. Itu normal. Fokus pada kebahagiaan dir...

Apakah Benteng Utama Menghadapi Cabaran Sosial Masa Kini

Dulu apabila melihat lelaki berpewatakan lembut dan kewanitaan, fikiran kita mudah mengaitkannya dengan ciri-ciri g*y. Namun bila sekali-sekala menonton movie yang bertema elgibiti, ramai pula watak g*y digambarkan sebagai lelaki yang macho malah ada yang biasa-biasa sahaja. Tambah pula dengan kes tangkapan di sebuah spa lelaki baru-baru ini yang melibatkan lelaki Islam, berkerjaya dan berjawatan.  Semua ini membuatkan kita mula overthinking dengan isu tersebut. Kita tak tahu siapa di sekeliling kita yang mungkin mengamalkan gaya hidup begitu. Allahu rabbi… Semoga Allah menjaga iman kita dengan sebaik-baik penjagaan. Isu seperti ini memang boleh menimbulkan resah dan kebimbangan. Dulu che kak sendiri pernah tinggal bersama seorang pengk*d dan melihat kisah cintanya. Pengalaman itu meninggalkan kesan sampai membuat che kak rasa trauma untuk melepaskan anak-anak, baik lelaki mahupun perempuan ke sekolah asrama atau jauh daripada pandangan mata kami. Namun ada beberapa perkara yang bo...