Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

GAMBAR PRA RAYA PKMJ PASIR PUTEH

  Tok laki tanyo guano jangok hari ni Walhal paka baju rayo maso pkp Semalam gosok baju melayu tok laki "Ore pun nok ambik gambar rayo jugok hari ni" Pelbagai kalar napok warna warni aidilfitri Hok jangok supo pengantin pun ado hari ini Berseri semuanya guna kamera oppo cik wati FT Fahmi edit untuk tatapan tiktok dan fb Nampak gemuk pun takpelah asal hati happy Nak rai kenangan bersama rakan pkmjpp Walaupun hari ini nampak biasa biasa lagi Percayalah ianya memori indah suatu hari nanti Sebelum cuti jangan lupa siapkan kerja hakiki Barulah terasa aman nak beraya tanpa wasap berbunyi Hutang biskut raya dan kerepek settle bayar sebelum cuti Malam ni dapat sms dari cimb duit raya PM bagi

21 Tahun Tanpa Gilir: Tradisi atau Pengorbanan?

21 tahun dah che kak beraya di rumah umi papa suami terlebih dahulu. Permintaan suami sejak awal kahwin dulu. Takpelah sekurangnya boleh buat modal air mata kalau suami nak tambah cawangan tanpa persetujuanku. Carilah isteri yang boleh beraya macam saya tanpa gilir, kalau tak saya akan gi beraya kat New Zealand beraya kat ladang lembu. Lagipun selepas solat raya masih boleh beraya dengan ma dan adik adik yang balik kampung termasuk si bongsu. Tunggu pengumuman dulu malam ni, baru kita chow balik ke kampung di hulu. Hari ni dapat cuti peristiwa (9.4.2024), bolehlah ambik peluang kemas rumah dulu. Nak masak rendang malas la pula sebab daun kunyit dah layu macam warna kayu. Nyesal tak beli masa gi mydin hari tu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024

1 Syawal telah menjelma Terus lupa pada buah kurma Rendang ketupat hidangan utama Selamat hari raya buat kalian semua Selamat hari raya dari kami Maaf zahir batin Arman Hasliza Aiman Ahyad Aulia' Aqilah Afnan Aimi Awaatif

CORETAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Nak kata rumah terbuka tu takde la terbuka sangat. Terbuka tu sebab setahun sekali je buka sliding door rumah. Alang-alang adik beradik, ipar duai balik cuti raya, master chef pior chef king chef queen chef ada, maka jadilah jamuan hari raya. Menu mi kari tulang dan nasi minyak kerutub daging dan ayam masak merah memang sedap. Master chef hanya tido 2 jam je sebab nak siapkan semua menu. Air pula spesel boh. Modal besar juga tu. Terima kasih yang sponsor air sedap. Tak mampu nak balas jasa ipar duai sebab masing masing bagi sokongan untuk siapkan hidangan dan duit pun tak berkira langsung. Kalau che kak minta resit depa ni, boleh pengsan dibuatnya. Memang pemurah sungguh. Sama juga dengan adik che kak. Baru je sampai dinihari kat rumah ma, terus masak rendang sebab che kak request. Saja nak manja-manja. Tok kiro doh ore letih ngatuk hadap jem lagi Che kak memang fail bab masak. Setakat kupas bawang tu boleh ler. Tapi nak membawang memang segan sebab ada ustazah Jakim Ala gurau je. Reze...