Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

Jodoh Itu Takdir, Bukan Urusan Kita Nak Pertikai

Beberapa minggu lepas, Che Kak berpeluang dengar tazkirah di Manis FM topiknya tentang qada’ dan qadar dalam bab jodoh. Tazkirahnya pendek, tapi melekat dalam hati. Sebagai ibu bapa, memang kita berhak beri pandangan bila anak berbincang tentang jodoh. Kalau ada yang tak berkenan, boleh beritahu. Tapi... beritahu elok-elok, bukan menjatuhkan. Bukan menghina rupa paras, latar keluarga, atau status hidup pasangan pilihan anak. Tapi kalau anak dah nekad, yakin dengan pilihannya maka di sinilah kita kena redha dengan qada’ dan qadar Allah. Janganlah sampai melawan takdir, apatah lagi buat anak tersepit antara kasih mak ayah dan cinta halal yang bakal dibina. Kadang-kadang, pandangan mata kita kata “tak sesuai”, Tapi Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik. Che Kak teringat satu kisah lama. Pernah terdengar luahan hati seorang ibu. Katanya:  “Anak saya patut dapat isteri yang lebih cantik, lebih layak. Anak saya gaji besar.” Sedih dengar. Sebab hakikatnya, isteri pilihan anak dia tak ku...

Air Karat, Baju Baru Jadi Kenangan

  Malam Emosi Di Dobi Sendiri Malam ni semangat lain macam nak buat kerja rumah. Anak-anak takde, pi berkhemah 3 hari 2 malam. Jadi, che kak pun ambik alih tugas basuh baju. Baju baru dua pasang pun sempat sampai tadi. Biasanya che kak tak basuh dulu. Pakai dulu, baru basuh 😅. Tapi malam ni terlebih rajin, kita basuh siap-siap. Buka je pintu mesin basuh… Ya Allah. Termenung lama. Ujian sabar betul. Baju sekolah anak-anak... dah tak mampu nak diselamatkan. Awaatif siap menangis tengok tudung sekolah dia. Terisak-isak. Che kak pujuk, esok kita beli baru. Terus senyum balik. Tapi dalam hati che kak, “boleh tak kita claim baju sekolah anak dengan YB?” ðŸĪŠ Che kak malas dah nak komen bab agensi yang bertanggungjawab. Akhirnya, baju-baju masuk bakul dulu. Che kak pun masuk bilik, tarik selimut. Esok je la kita tenang-tenang cari tudung baru. Che kak tepek la gambar baju yang baru beli tadi… buat kenangan, sebelum serah kat Majlis Daerah Ketereh untuk pelupusan rasmi. Kena isi borang pelu...

Dulu Belajar Guna Batu, Sekarang Nak Pecah Kepala

Dulu-dulu, belajar darjah satu takde la sampai nak pecah kepala. Kenal huruf, nombor, belajar asas tambah, tolak, darab, bahagi itu pun pakai batang aiskrim, batu, biji saga, atau penutup botol. Cikgu sabar, ajar ikut tahap. Bila asas dah kuat, barulah seronok kira-kira. Takde tekanan, takde drama. Tapi elok je kita semua membesar, belajar, dan sekarang ramai yang kerja hebat-hebat cikgu, jurutera, jururawat, pensyarah, usahawan. Kan? Sekarang ni... Allahu. Silibus darjah satu kadang-kadang buat mak ayah menangis dalam senyap. Anak baru nak pegang pensel dengan betul, dah kena faham konsep pecahan, pendaraban pelbagai digit, atau logik matematik yang berat. Kita tolong ajar pun kena buka YouTube dulu sebab soalan pun kadang lebih advance dari masa kita tingkatan tiga. Anak darjah satu, tapi tekanan macam nak grad PhD. Kenapa cepat sangat nak kejar ke depan? Apa yang dikejar sampai kanak-kanak pun hilang rasa seronok belajar? Bukan kita anti ilmu. Tapi biarlah berpada. Setiap anak ada t...

Teguran Demi Nafas Mereka

Entah dari mana datangnya kekuatan, Che Kak tegur seorang pakcik yang sedang hisap rokok di kedai makan. Geram. Campur kasihan. Che Kak kesian sangat dengan dua orang anak kecil yang makan semeja dengannya. Apa nasib mereka di rumah dan dalam kereta nanti? Asap rokok itulah yang mereka hirup hari-hari. Lebih pedih, asap itu juga menghala ke arah seorang ibu mengandung yang sedang menikmati hidangan. Che Kak dah bagi isyarat tutup hidung, tepis asap. Tapi hampa. Dia ‘buta’. Nasib baik tak pekak. Bila ditegur, dia padamkan juga rokoknya. Che Kak memang anti dengan orang yang tak hormat hak ‘perokok pasif’. Kanak-kanak kecil. Ibu mengandung. Orang tua. Pesakit. Orang awam yang cuma nak makan dalam aman. Rokok mungkin ‘hak’ dia. Tapi udara bersih juga hak kami.

HAPPY BIRTHDAY ABANG AULIA' KE 15

  Hari ni besday abe Aulia' yang ke 15. Kebetulan Abe Aulia' hari ni mc sebab tak sihat. Semalam muntah-muntah. Awaatif pun tak sihat juga. Pandai betul Aulia' atau panggilan manja Abe pilih timing nak keluar. Masa angkasawan nak naik bulan, dia sibuk nak turun ke bumi😆. Masa pregnant Abe, memang suka tengok citer CSI.  Peminat tegar tengok bola. Tapi bila suruh main bola kat padang betul tak mau pula.ðŸĪ” Semoga Abe membesar dengan sihat, berjaya dengan cemerlang dunia akhirat, menjadi anak yang soleh.

Cuti-Cuti Ketereh: Staycation Tapi Poket Jalan Juga

  Percutian RM2.40 & Buah Naga Meroh" 8.10.2022 – Sabtu cuti bersama anak-anak. Tak gi jauh pun, dalam daerah Ketereh je. Abang Ahyad ada aktiviti kat sekolah, Tok laki pulak tolong baiki pintu bilik air rumah nenek dia. Pagi-pagi kami serbu pasar tani. Wajiblah anak-anak beli: ðŸĨ– waffle stick ðŸĨœ kacang rebus ðŸĨĨ coconut shake Che Kak? Beli sarapan dan buah naga. Tanya penjual: “Buoh ni purple ke?” Dia jawab: “Meroh.” Haha. Blur kejap. Sebenarnya warna apa buah naga ni pun tak pasti! Balik rumah, masak ayam paped untuk lunch. Lepas makan, layan TV jap... tak lama pun, Tiba-tiba anak ajak pergi kedai RM2. Hadoiii. Sambung ke Setia RM2.40, Troli penuh. Entah beli apa pun tak ingat. ðŸĪ” Singgah pulak kedai sebelah, beli seluar track. Konklusinya: Percutian hujung minggu tak perlu pergi jauh, Tapi modal tetap jalan. 😅 Dan… alaaa terlupa ada majlis kesyukuran hari ni! 😔

KISAH TELUR

Demi sepapan telur... 😅 Tadi alhamdulillah dapat juga beli telur, RM13.50. Sekarang ni susah betul nak cari stok, asyik takde je. Sebelum tu singgah kejap kat kedai borong, nampak lori baru sampai. Hati terus berbunga-bunga, ingatkan dapatlah borong sikit. Tapi rupanya tauke tak nak jual lagi stok belum kira katanya. Lama pula berdiri tunggu, tapi takde siapa pun bagitahu awal-awal. Penat, woi ðŸ˜Ū‍ðŸ’Ļ Balik kerja, suami tengah masak tomyam. Syok sangat, boleh la kawan dengan telur dadar & sambal belacan. Rezeki ada suami yang rajin ke dapur. 😋

KANGKUNG GORENG BELACAN

 Jual kangkung tambah pendapatan Dari pasu masuk dalam kuali Jangan lupa tambah belacan Berapi mulut pedasnya cili api

Coretan Hati Che Kak: Dari Dungun ke Kuantan, Menyulam Kenangan

Alhamdulillah, hari Ahad yang lalu che kak selamat menghantar satu kes ke RE di Dungun. Jiwa dan mental memang koyak sikit, sebab uruskan kes sebegini bukan mudah. Tapi syukur yang tak terhingga, kawan-kawan banyak membantu, memudahkan urusan dan menguatkan semangat. Setiap pengalaman pasti ada hikmahnya. Walaupun penat, che kak dapat pengalaman baru yang akan jadi kenangan indah satu hari nanti. Sebaik selesai urusan, che kak terus ke Kuantan pula untuk menghadiri bengkel keesokan harinya. Mula-mula agak ‘blur’, tak tahu nak bincang apa. Tapi lepas dengar taklimat, barulah nampak hala tuju. Tak kisahlah bengkel tu nombor dua pun—ikut je lah apa yang nak ditambahbaik dalam sistem. Yang paling seronok, dapat jumpa kawan-kawan lama, walaupun tak ramai. Bahagia betul bila kawan dari JKMWPKL masih kenal che kak walaupun rupa fizikal dah tak macam dulu—dari berat 44kg ke… err, sekarang berat mata memandang ðŸĪŠ. Di hotel, che kak berkongsi bilik dengan bekas anak buah semasa sama-sama di peja...