Tertarik dengan persoalan mengapa ada adik-beradik yang sangat rapat dan apakah didikan ibu bapa yang membentuk hubungan sebegitu. Berdasarkan pengamatan che kak melalui pengalaman bersama klien, peranan ibu bapa memang sangat penting. Ibu bapa tidak boleh bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. Apabila ada anak yang merasa tersisih, hubungan adik-beradik akan mula renggang. Rezeki setiap anak juga tidak sama kerana ada yang lebih dan ada yang kurang. Ibu bapa juga tidak sepatutnya memburukkan seorang anak kepada anak yang lain. Jika perkara ini berlaku, rasa hormat sesama adik-beradik boleh berkurang sedikit demi sedikit. Dalam urusan rumah tangga atau pembahagian tanggungjawab sebaiknya berlaku adil dan seimbang. Elakkan layanan yang berbeza-beza. Dari sudut adik-beradik pula, rasa hormat antara satu sama lain sangat penting. Mungkin ada dalam kalangan adik-beradik yang hidup susah atau diuji dari segi kewangan dan kesihatan. Jika mampu bantulah setakat kemampuan. Selain itu, jangan...