Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

1 Kes, 100 Emosi: Realiti Jadi Pelindung JKMWPKL

Kes, 100 Emosi: Realiti Jadi Pelindung JKMWPKL Tahun kedua di JKMWPKL che kak  ditempatkan di Unit Kanak-Kanak dan Keluarga. Masa tu che kak Pelindung bawah Akta Kanak-Kanak 2001, dan Pegawai Yang Diberi Kuasa (PYDK) bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Bunyi macam power, kan? Tapi nak hadap satu kes pun... Ya Rabbi. Serius, satu kes boleh bawa 100 jenis emosi. Bukan Cerita Hero, Tapi Cerita Jiwa Jadi Pelindung ni bukan macam dalam drama TV yang penuh babak tegang dengan muzik sedih. Kadang-kadang lagi teruk dari tu. Bila masuk kes penderaan kanak-kanak fizikal, seksual, pengabaian hati ni kena kebal.  Rasa macam nak hentikan semua ni. Kalau bukan kita yang perjuangkan, siapa lagi? Dari Mahkamah Sampai Jadi Baby Sitter Kerja Pelindung ni glamor sikit  sebab banyak kena pergi mahkamah. Tapi jangan silap, bukan jadi lawyer. Kadang rasa macam lawyer, kadang macam inspektor polis, kadang... macam baby sitter. Contohnya bila kanak-kanak perlu dilindungi sementara, kita kena...

Pilihan Di Tanganmu: Sebuah Coretan Pengalaman

Baru-baru ini, ada seorang kawan hubungi che kak minta pandangan patutkah dia kekal di unit sedia ada atau tukar ke unit lain seperti ditawarkan oleh bosnya? Sejujurnya, che kak tak mampu buat keputusan bagi pihak dia. Hanya dia yang lebih tahu kekuatan dan kemampuan dirinya sendiri. Tapi, sebagai perkongsian, izinkan che kak kongsi sedikit pengalaman sendiri. Harapnya boleh jadi bahan fikir. 21 Tahun berkhidmat, 15 Tahun Dalam Unit Bantuan Sejak mula berkhidmat di JKMWPKL, che kak terus ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Bantuan. Kemudian berpindah ke JKM Pasir Mas, 8 tahun di unit Sosio Ekonomi & Bantuan (EB). Masa tu, lekatlah gelaran “Kak Za EB” sebab ada kawan sama nama. Gambar kenangan semasa di JKM Pasir Mas Pindah ke JKM Pasir Puteh, teraju pula Unit Kebajikan Produktif (PW) selama 4 tahun sebelum beralih ke Penguatkuasaan dan Komuniti. Walaupun unit bertukar nama, kerja tetap sama: urus permohonan dan bayaran bantuan bulanan. Rutin Yang Tak Pernah Sunyi Siasat permohonan...

Blogku, Hartaku… Walau Hanya Di Alam Maya

Assalamualaikum semua 💕 Hari ni Che Kak nak berkongsi sedikit pasal dunia blog dan kisah di sebalik pemilihan domain blog kesayangan Che Kak ni. Pagi tadi, semak email – dapat notis tentang harga domain yang dah naik sikit. Tapi Alhamdulillah, masih bawah RM100 setahun. Masih mampu milik. Memang boleh je guna blogspot percuma macam dulu. Tapi bila dah bertahun-tahun tulis guna yang free, lama-lama terasa juga nak upgrade ke domain sendiri. Dan bila dah ada domain dot com, rasa puas tu sukar nak digambarkan. Rasa macam ada rumah sendiri, walaupun kecil dan sederhana. Walhal yang menulis tu pun kadang-kadang syok sendiri je. Haha 😆 Impian yang tak kesampaian… tapi tetap bersyukur” Sebenarnya, Che Kak pernah berhajat nak guna domain hasliza.com. Tapi bila semak harga – Ya Rabbi… ribuan dollar! 😳 Tak faham juga kenapa nama "hasliza" boleh jadi mahal sangat. Hairan bin ajaib! Akhirnya, simpan je dulu hasrat tu. Nak dapat domain tu, mungkin kena jadi jutawan dulu kot. Huhu. “Ken...

Poligami Itu Sunnah, Bukan Bahan Konten Murahan

Nak kahwin dua, tiga, empat? Silakan. Ada rezeki, ada jodoh, ada kemampuan — siapa kita nak halang. Aku pun tak kisah. Bukan laki aku yang berpoligami. Aman sentosa dunia aku. Tapi yang menyakitkan mata dan hati bila suami jadikan air mata isteri sebagai konten tontonan umum. Buat video isteri menangis reda dipoligami, kononnya hebat sebab berjaya "lembutkan hati bini". Tak power langsung bang. Tak 'rare' pun. Yang ramai marah bukan sebab kau kahwin lagi satu, tapi sebab kau hilang adab dalam mendidik dan memimpin. Sayang Bersebab, Cinta Bersyarat? Ada pula yang berani cakap, “Lepas bini izinkan poligami, makin sayang gila kat dia.” So whatttt? Kalau tak bagi, terus tak sayang ke? Apa jenis cinta yang datang dengan syarat — "kalau kau ikut cakap aku, baru aku sayang kau lebih"? Poligami bukan kontrak ugut perasaan. Bukan juga pentas untuk tunjuk siapa paling "strong" hadap ujian jadi madu. Bukan Isu Menentang Poligami, Tapi Menyampah Dengan Ego Tol...

Pemimpin yang Tak Sombong, Rakyat yang Dihargai

Dari JKM WP ke Dun Meranti: Kisah Che Kak dan Sebuah Peta Tangan Selepas menempuh pelbagai suka duka selama dua tahun di JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada tahun 2005, saya berpindah ke JKM Pasir Mas dan berkhidmat selama 8 tahun di sana sebelum ditukarkan ke JKM Pasir Puteh. Di sinilah saya menggalas amanah sebagai Ketua Unit Sosioekonomi dan Bantuan (EB), selain turut 'menjaga' kawasan Dun Meranti. Saya tidak berseorangan – ada juga anak buah yang turut bersama. Mulut dia memang ‘laser’, sampai satu hari dia boleh komen saya pakai kain batik macam nak menoreh getah. Padahal saya sendiri rasa dah cukup comel berbaju mini kurung dan berkain batik! Tapi jujurnya, dia sangat bagus dalam kerja – itu yang penting. Saya sering turun padang ke kampung-kampung sekitar Dun Meranti, sama ada untuk siasatan kes baru mahupun kajisemula bantuan. Rujukan utama saya? Sebuah peta tangan yang dilukis oleh Abe Nor satu ketika dulu. Zaman itu, tiada Waze, Google Maps pun belum ada dalam ...

Kenangan 1996: Hujan, Hati Leka… Sekarang Hujan, Hati Gusar

Dulu Mandi Hujan, Sekarang Standby Duty Banjir Tengah tunggu lampu hijau depan Sekolah Arab Azhariah, tiba-tiba terimbau kenangan tahun 1996. Masa tu hujan lebat juga. Tapi redah jugak nak balik rumah sewa habis kuyup dari kepala sampai kaki. Entah kenapa tak tunggu reda dulu, mungkin masa tu jiwa muda sangat. Jalan dalam hujan tu rasa seronok je, tak kisah langsung basah. Rasa bebas. Zaman dulu asal hujan je, memang mandi hujan versi kanak-kanak. Berlari-lari dalam hujan, ketawa, lompat-lompat macam dunia ni takde masalah. Memori yang tak boleh dibeli. Tapi sekarang... Ya Allah, asal hujan lebat je terus otak ligat fikir: “Eh, mana beg standby? Dah simpan ke kain baju dalam beg? Kalau banjir malam ni, beg dah ready ke nak angkut naik kereta?" Dari seronok berlari dalam hujan, sekarang dah masuk fasa berlari isi beg banjir. 😅 Konklusinya? Musim hidup berubah. Tapi kenangan tu... sentiasa melekat dalam hati.

Kerja Tak Akan Habis, Tapi Kesihatan Kita Ada Hadnya

Kita bekerja untuk mencari rezeki, untuk diri dan keluarga. Tapi apa jadi kalau badan dah tak larat, kesihatan merosot, atau hilang mata pencarian? Siapa yang akan bantu kita nanti? Che kak masih ingat waktu mula-mula kerja dulu. Tengah hari pun masih ligat buat kerja. Masa tu semangat membara, berdarah muda. Ex-boss datang tanya kenapa tak pergi lunch. Che kak jawab nak siapkan kerja sikit. Tapi jawapan dia buat che kak terdiam dan ingat sampai sekarang: "Liza, kau mati pun ada orang akan buat kerja kau. Dah! Pergi makan." Kata-kata tu berbekas dalam hati dan jadi pengajaran seumur hidup. Sejak hari tu, waktu tengah hari memang akan keluar rehat  walaupun tak lapar, cuci mata pun jadilah. Gitulah nak... bila diberi tugasan, buatlah sebaik mungkin mengikut kemampuan. Tapi dalam masa yang sama, kena pandai jaga masa, jaga diri, dan jaga keluarga. Penat dan sibuk macam mana pun, rehat itu wajib. Jangan sampai badan rosak kerana kerja. Kerja tak akan habis tapi kita boleh 'h...

SELOKA PILIHANRAYA NEGERI 2023

 Hilang sudah debaran di dada Parti bulan dipilih rakyat jelata Tok gogek walaupun banyak isunya Tak tahulah rakyat nak apa sebenarnya Antara sutra dan bulan Eh itu lagu rock berkumpulan Menang kalah adat pertandingan Turunlah mengundi untuk kekal atau perubahan Dipilih rakyat untuk jaga agama Seiring dengan hidup sejahtera Kebajikan rakyat perlu diutama Kemajuan ekonomi seimbang sama Hidup harmoni bersama-sama Walau berlainan kaum dan agama Jangan lupa hidup hanya sementara Akhirat di sana panjang perjalanannya Wakil rakyat menjadi mata telinga Besar tanggungjawab perlu dilaksana Kurangkan alasan banyakkan kerja Turun padang sokmo baru rakyat suka 5 tahun sekali kita mengundi Jangan bermasam muka dengan kawan dan famili Pucuk pimpinan elok bersama minum kopi Cerita politik tak habis sampai mati #chekakhasliza

Team Building Semalam, Team Dobi Hari Ni

Semalam tidur lena habis. Letih sungguh dengan aktiviti team building. Habis tenaga, otak pun shutdown sendiri. Pagi ni, lepas solat Subuh terus gerak ke kedai dobi, sebab rumah dah berapa hari takde air. Baju menggunung macam gunung ledang. Nasib baik mesin dobi tak merungut. Lepas mendobi, perut buat bunyi gendang. Singgah kedai cari nasi bungkus. Tapi lama juga beratur sebab masing-masing beli macam nak jamu kenduri. Tapi takpe nasi sedap, kita sanggup tunggu. Balik rumah, perut kenyang... dan ya, sambung tidur! Wakakaka. Power nap katanya. Petangnya angkut anak-anak yang tak pi solat Jumaat ke rumah Ma. Sambil-sambil tu, mandi, basuh pinggan, mangkuk, periuk, belanga, kuali semua tinggalan semalam. Tiba-tiba adik che Kak menyakat, katanya kuali lejen tu dah layak masuk jual besi buruk. Eh eh! Rasa nak hempuk atas tulang belikat dia pakai kuali lejen tu. Hishhh… Lepas makan pulut panggang (Alhamdulillah kenyang), balik rumah kemas apa yang patut. Lori air datang, Alhamdulillah tangk...

Redha Itu Perlu, Tapi Luka Itu Realiti

Bila Badai Melanda Rumah Tangga: Jangan Lupa Asal Usul Cinta Rumah tangga mana yang tak dilanda badai? Semua hubungan pasti ada pasang surutnya. Tapi... saat cinta diuji, ingatlah detik-detik manis semasa lafaz akad dilafazkan. Saat tangan disambut penuh harap. Itulah permulaan kepada sebuah perjuangan bersama. Biasanya, fasa awal perkahwinan itu bermula dari kosong. Kosong harta, kosong pengalaman, tapi penuh dengan semangat dan impian. Sabar, susah senang, semua ditelan bersama. Tapi jodoh itu rahsia Allah. Ada yang diuji seawal setahun, ada pula yang diuji selepas 20–30 tahun hidup bersama. Perit Itu Ada, Walau Redha Dah Dicari Bila lafaz talak disebut  lebih-lebih lagi hanya melalui mesej WhatsApp hati wanita mana yang tak luluh? Setelah berpuluh tahun mengabdikan diri, tiba-tiba diberhentikan dengan satu ayat pendek yang kering tanpa air mata. Sedangkan dulu masa datang meminang, penuh beradab, siap berpantun dan berhias. Contoh sahaja Che Kak bukan reka cerita. Ramai dah Che ...

Isu Air Kelantan: Dah Bertahun, Masih Sama

Che kak nak throwback sikit tulisan che kak tahun 2019. Waktu tu pun isu air dah teruk. Sekarang ni lagi la naik hangin bila tengok perkongsian dari Syahmi Sazli dan isteri pasal keadaan air kat rumah depa. Masalah air ni bukan benda baru. Bertahun dah. Tapi penyelesaian? Hampeh. Tahun lepas baju sekolah anak che kak rosak terus. Kain sembahyang putih pun jadi kuning. Mana taknya, air keluar dari paip macam kopi o pekat, kadang macam teh o beng, kadang-kadang... langsung tak keluar! Terpaksa la korek duit gaji, beli penapis air kat luar rumah. Ingat dah okay. Tapi... air masih kaler teh o. Beli lagi penapis RM2 ribu lebih untuk dapur. Bulan-bulan bayar, bajet lari. Sekarang ejen dah suruh tukar filter pulak. Bukan murah! Soalan che kak — kenapa rakyat yang kena tanggung semua ni? Beli penapis air sendiri, bayar bil air juga tiap bulan. Tapi air tetap macam ni. Che kak buka laman web AKSB. Ya Allah, "Terunggul Taraf Dunia" katanya. Nak gelak ke nak menangis pun tak tahu dah. ...

BANGGA BUKA AURAT?

 Che kak teringat masa che kak kerja kilang lepas grad. Puah duk sajo kat rumah, so kita kerja dulu sambil cari duit poket sendiri. Tengah duk bersembang-sembang, ada seseorang cabar seseorang untuk buka tudung. Esoknya, memang betul-betul buka tudung sebab nak sahut cabaran. So, ada seorang gadis India tegur. Eh katanya bukan ke berdosa buka tudung. Nak sahut cabaran pun tengok juga la keadaan. Tukang cabar pun siap marah juga kat dia.  Aderr. Dah hangpa pi cabar dia, kenapa.  Bila tengok sekarang ni trend artis terutama artis sendu buka tudung dan siap bangga tayang. Apabila ada orang alim tegur, kan main lagi melawan. Ye betul kubur masing-masing. Tapi nak masuk kubur kena ada orang tolong uruskan juga. Marilah kita sama-sama berhemah dalam memberi teguran kepada para wanita yang diwajibkan menutup aurat dengan sempurna. Jangan sampai menghina. Pernah juga che kak mendengar dari seorang yang berjawatan tinggi. Katanya walaupun beliau tidak bertudung, beliau tidak menja...

Perlu Sangat Ke Bersidang Bila Cinta Dah Hilang?

Alahai, sampai nak buat sidang media pulak dah kisah rumahtangga. Rasa macam selebriti antarabangsa, padahal kalau tak kerana kisah perceraian ni lalu lalang dalam berita maaf cakaplah, memang tak ramai yang kenal. Termasuk juga isteri baru yang kini jadi tumpuan, entah rela atau terpaksa. Walau dah tak cinta, tak salah kalau masih tahu menghargai. Takkan susah sangat nak hormati seorang wanita yang pernah mengabdikan diri bukan sehari dua, tapi berpuluh tahun hidup sebagai isteri. Seorang ibu kepada zuriat sendiri. Seorang wanita yang mungkin tak sempurna, tapi pernah jadi tulang belakang. Allah yang pegang jodoh. Bila jodoh dah terlerai, itu ketentuan. Tapi Allah tak pernah suruh kita hinakan, malukan, atau jatuhkan maruah orang yang pernah jadi sebahagian hidup kita. Tak suka, tak mengapa. Tapi jangan sampai hilang rasa kemanusiaan. Sidang media? Untuk apa sebenarnya? Untuk 'meluruskan fakta'? Untuk menjawab netizen? Atau sebenarnya… untuk membina semula imej yang tercalar? ...