Semalam tidur lena habis. Letih sungguh dengan aktiviti team building. Habis tenaga, otak pun shutdown sendiri.
Pagi ni, lepas solat Subuh terus gerak ke kedai dobi, sebab rumah dah berapa hari takde air. Baju menggunung macam gunung ledang. Nasib baik mesin dobi tak merungut.
Lepas mendobi, perut buat bunyi gendang. Singgah kedai cari nasi bungkus. Tapi lama juga beratur sebab masing-masing beli macam nak jamu kenduri. Tapi takpe nasi sedap, kita sanggup tunggu.
Balik rumah, perut kenyang... dan ya, sambung tidur! Wakakaka. Power nap katanya.
Petangnya angkut anak-anak yang tak pi solat Jumaat ke rumah Ma. Sambil-sambil tu, mandi, basuh pinggan, mangkuk, periuk, belanga, kuali semua tinggalan semalam.
Tiba-tiba adik che Kak menyakat, katanya kuali lejen tu dah layak masuk jual besi buruk.
Eh eh! Rasa nak hempuk atas tulang belikat dia pakai kuali lejen tu. Hishhh…
Lepas makan pulut panggang (Alhamdulillah kenyang), balik rumah kemas apa yang patut. Lori air datang, Alhamdulillah tangki penuh. Terus semangat masak nasi & lauk simple.
Sekarang ni tengah tunggu anakanda Abang Aiman nak sampai. Tak kira la penat ke apa ke, undi tetap undi. Walau apa pun halangan, kita balik juga demi tanggungjawab sebagai pengundi.
Comments
Post a Comment