Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

KUIH KETAYAP

 Semalam buat kuih ketayap. Che kak bukanlah seorang yang rajin buat kuih. Lebih suka beli je sambil niat nak support peniaga kecil-kecilan yang mencari rezeki. Namun sekali sekala buat sendiri dan menjadi rasa berbaloi juga. Apatah lagi anak-anak turut sama buat dan rasa seronok tolong buat kuih juga. Kuih muih adalah salah satu punca yang boleh menjana pendapatan juga. Kalau tak pandai, belajar. Jual la kuih jenis apa pun, pasti akan ada yang membeli. Tapi dengan syarat biarlah kuih itu sedap dan berbaloi dengan harga. Modal pun tak perlu banyak. Mulakan dengan kecil-kecilan. Zaman sekarang ni takde dah alasan tak tahu nak kerja apa, tak tahu nak jual apa. Daripada pm orang nak pinjam duit, lebih baik pm orang promote kuih yang kita jual.

LAMBAIAN RINDU SEORANG ISTERI

Melihat lambaian seorang isteri kepada suaminya yang akan meneruskan menjalani hukuman penjara, rasa sayu juga hati ini. Suami outstation sehari dua pun rasa rindu sekok sebok dale dado. Inikan pula terpisah oleh sebuah penjara. Bagaikan mimpi  je apabila mantan pemimpin negara dijatuhkan hukuman. Sebagai rakyat marhain, che kak tetap mempercayai dan menghormati badan kehakiman negara dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Namun, che kak rasa sedih juga apabila terbaca  komen-komen yang tidak melambangkan keperibadian kita sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang politik yang sepatutnya ambil ikhtibar. Begitulah adat dunia. Apabila kita berada di puncak, kita akan disanjung. Apabila kita jatuh tergolek , pada masa itulah kita akan tahu yang mana lawan dan kawan. Semoga DS tabah dalam menghadapi ujian hidup ini dan terus berjuang dan pastinya ada hikmah setiap kejadian yang berlaku.

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

  Apabila tiba di point yang terakhir, rasa dah tak bersemangat nak terjun dalam laut sebab lapar. Haha.  Kitorang berhenti makan kat restoran sebelah masjid Ar Rahman. Che kak tengok harga, okey je harga makanan kat situ. Masih harga mampu milik.  Lepas makan, che kak gi toilet kat masjid. Wow bersih sangat. Selesa. Che kak solat zohor terus kat masjid tu sementara menanti bot tiba pula.  Nasib baik ada telekong solat kat masjid tu sebab beg kena tinggal kat camp. Takut berat bot katanya. Sebenarnya kalau nak salin pakaian dan solat, sangat sesuai kat masjid ni.  Sebelum balik, kononnya nak tukar pakaian. Tapi tandas kat camp tu tak selesa. Sorry la che kak memang geli. Nasib baik dah solat kat masjid tadi. Masa balik tu, che kak duk kat depan bot. Best oooo kena angin laut. Walaupun sakit pinggang sebab macam dah naik kuda, tapi pengalaman nak ko suasana tu yang pentingπŸ˜†. (nipu benor sebab tak pernah naik kuda punπŸ€ͺ imaginasi je deh) Nasib baik tak mabuk laut...

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

  Okey sambung balik cerita. Memang tenang sungguh pergi ke Pulau Perhentian.  Banyak pakej sebenarnya yang korang boleh pilih. Che kak tak tau sebab geng lelaki yang urus semua tu. Kitorang turut je ke mana depa nak bawa.  Nanti korang boleh google daytrip Pulau Perhentian by Awatif Packages. Aktivitinya ofkos la main air.  Snorkeling timeeeee. Enjoy enjoy juga. Dalam seronok berendam dalam air laut pun tetap rasa takut lemas. Lawan juga la rasa takut tu sebab nak sangat rasa enjoy dengan laut. Malas la nak cerita tempat kitorang pergi antaranya fish point, turtle point, shark point. Kalau hilang mugo spek mato tu keno ganti RM100 la wei.  Kalau terjatuh sila bagitau kat pekerja diorang. Nanti diorang berenang tolong ambilkan.  Tapi kan, korang tak rasa geli ke dah berapa ribu orang  duk gigit 'kakah' tu,πŸ˜†.  Masing-masing memang enjoy. Nama lgi nak release tension, kan. So, manfaatkan la daytrip anda. Depa ni, daripada tak pandai berenang, eh se...

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

  Aderr lengoh belakang baru siap lipat kain. Ada lagi seround duk musing dalam dryer. Jap agi lipat pula. Itupun tengok pada tahap skala kerajinan. Sementara menanti waktu Isyak, rasa nak tulis kisah gi Pulau Perhentian la. Tarikh dah lupa. Jap nak tengok kalendar. 11.8.2022 kot. Lupa la tarikh bila.  Kali pertama che kak pergi ke Pulau Perhentian tahun 2013. Masa tu program anjuran Bahagian OKU. Che kak masa tu tengah pregnant 7 bulan anak no 6. Kali ni berkesempatan pergi bersama rakan-rakan sepejabat. Pergi pagi balik petang. Tak bermalam. Ada juga rakan-rakan tak pergi atas kekangan masing-masing. Program team building rasanya. Hahaha tak sure la pula nama program tu. Takpe lah pointnya asal boleh pergi ke PP.  Lepas solat subuh terus ke opis. Dari opis terus ke jeti. Sementara menanti, sempat makan nasi bungkus. Takut benar kat LAPAR.πŸ˜† Ofkos bawa bekal air nescafe dari rumah. Balik hari pun berat juga beg.πŸ™„. Telekung solat, baju sepersalinan, towel, kain tudung. E...

RESEPI TUMIS NASI KERABU DAN TUMIS BUDU

Sebelum che kak terlupa, che kak nak tulis resepi tumis nasi kerabu dan tumis budu versi che kak belajar. Kalau lain daripada korang, rai kan aje la ye. Nama lagi resepi, terpulang pada citarasa masing-masing. Che kak blend lada kering, bawang merah, bawang putih, halia. Lada kering tu, che kak guna lada kering yang besar dan tak pedas. Tujuannya untuk dapatkan warna yang cantik. Rebus dulu dan buang biji. Kuantiti tu, che kak agak-agak letak je. Tak silap segenggam lada kering, 10 ulas bawang merah, 6 ulas bawang putih, sedikit halia lebih kurang 2inci. Lepas blend, tumis dulu. Dah pecah minyak masukkan santan dan kacau. Masukkan serai yang diketuk dan daun pandan. Masukkan asam keping, manisan dan garam. Masak sampai pecah minyak. Rasa tu kena ada rasa masam, manis sikit dan masin. Tadaaa siap... Untuk tumis budu, che kak tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili padi/lada burung. Tumis sampai garing.  Lepas tu masukkan budu, daun limau purut, serai, manisan, air asam jawa a...

Orang Tolong Sebab Percaya, Jangan Khianati

 "Janji Itu Hutang, Jangan Jadi Munafik!" Semalam che kak rasa lega sangat. Akhirnya dapat juga bayar balik duit yang che kak pinjam. Bukan banyak sangat pun, tapi bila kita terdesak dan orang sudi tolong, maknanya besar! Ceritanya semalam che kak betul-betul tak ada cash. Terkebil-kebil cari jalan. Nasib baik ada yang sudi bantu hulur tanpa banyak soal. Hari ini, sebaik saja duit masuk, saya terus ke bank, cucuk duit dan bayar semula. Lega. Tenang hati. Kenapa saya cerita semua ni? Sebab kadang-kadang kita ni ambil mudah sangat bila bab berhutang. Janji nak bayar cepat, tapi bila dah dapat duit, buat-buat lupa. Jangan. Jangan sampai orang label kita munafik.  “Tanda orang munafik itu ada tiga: bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, dan bila diberi amanah dia khianat.” Orang tolong kita bukan sebab dia banyak duit. Kadang-kadang tu duit terakhir dia. Mungkin RM50 tu la duit makan dia untuk seminggu. Tapi sebab dia kesian, dia percaya kata-kata kita, dia bantu j...

Nasi Kerabu Pertama Che Kak – Perjumpaan Sukarelawan Wanita JKM (21.8.2022)

Hari ni (21.8.2022), che kak betul-betul teruja. Dapat berkumpul dengan rakan-rakan sukarelawan wanita JKM untuk satu perjumpaan santai di rumah ketua sukarelawan kami, Cikgu Yuganu. Tujuan utama? Nak perkukuhkan lagi jawatankuasa sukarelawan wanita, tapi sambil tu kita buat gaya santai-santai je—masak, makan, bertemu mata dan eratkan silaturrahim. Masing-masing pakat tolong-menolong. Ada yang hiris ulam, masak nasi, buat sambal lada, bancuh air teh O… dan macam-macam lagi. Tapi part paling mencabar—che kak kena masak tumis nasi kerabu! Ya Allah, rasa nak pengsan. Sepanjang 43 tahun hidup, tak pernah lagi che kak masak tumis budu dan tumis nasi kerabu. Dah la salah teknik mula-mula, kuah jadi macam kuah percik! Tapi nasib baik ada "masterchef whatsapp" iaitu adik ipar che kak yang guide step by step. Akhirnya… jadi jugakkk.  First time masak tumis nasi kerabu = Berjaya! πŸŽ‰ Ek elehh… itu pun nak kecoh ke? Eh mestilah! Ini pencapaian che kak okay, layan jelah. Hahaha πŸ˜† Nyaris ...

PENGAT DURIAN

 Duk bukok tutup bukok tutup freezer, bilo tau nok abes duyan ni.  Alang-alang craving , haaa jadi la pengat duyan wat cicoh dengan roti.  Guno nise kabung yang dibeli kat Melaka masa kursus hari tu.  Duyan tu adik ipar beli. Daun pandan tu, mitok ngan poknik mareng. Santan, beli ngan jiran sebelah rumah. Paling mahal sekali ialah kerajinan. Punyalah lama baru datang rajinnyaπŸ˜† walhal mudah sangatπŸ˜‹.

RESEPI KEROPEH AYAM MASAK TAUCU

 Keropeh ayam masak taucu Feveret famili che kak Kot takde selera dan blur tak tau nak masak apa, apa salahnya cuba resepi ni. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Sukatan agak-agak je ni. 6 ulas Bawang merah 4 ulas Bawang putih 2@3 inci Halia 2@3 inci Lengkuas 3 batang Serai  Segenggam cili padi/lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing) Blend dan tumis. Masukkan keropeh ayam yang dipotong kecik-kecik.  Biasanya kalau beli 2 ekor ayam memang terus asingkan bahagian keropeh untuk masak menu ni.  (Hati, pedal, kaki ayam, tekok, sayap) Kalau guna bahagian isi, rasa macam tak best je.  Masukkan sedikit air. Dah empuk, masukkan taucu 3@4 sudu. Nak masukkan lebih pun takpe. Masukkan lada hijau solok dan kacang panjang yang dihiris halus. (Tak letak pun takpe, sekadar hiasan.) Rasa dulu. Kalau dah masin tak yah letak garam. Garam, gula, serbuk perasa terpulang la nak letak ke tak sebab taucu tu dah masin.

SMU 2021: Tahniah Abang Ahyad, Umi Bangga

Alhamdulillah tahniah Abang Ahyad dengan kejayaan SMU 2021. Walau apa jua result abang Ahyad, umi tetap terima dengan penuh syukur dan redha.🀲 Bagi umi, abang Ahyad tetap cemerlang kerana result abang Ahyad lagi power dari SMU umi tahun 1996😁. 3 subjek mumtaz Alquran, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pergh bijak juga anak umi ni.  Takde subjek yang gagal pun satu rahmat. Kalau nak dibandingkan dengan umi dulu, haderrr malunya umi.πŸ˜† Semoga abang Ahyad terus tabah untuk  cipta kecemerlangan dalam SPM 2022. Sudah tentu abang Ahyad akan dibayangi dengan kejayaan abang Aiman. Namun jangan lemah semangat. Terus fokus untuk cipta kejayaan sendiri. Umi sangat hargai waktu kita berdua berjalan berpimpin tangan kat Terengganu baru-baru ini masa nak tengok Mat Kilau.😁

UniSZA Pilihan Pertama: Bukan Kebetulan, Tapi Takdir

Bila Allah Gerakkan Hati Pilih UniSZA Alhamdulillah , hari ini satu lagi fasa baru bermula dalam hidup anakanda Abang Aiman – secara rasminya bergelar pelajar UniSZA . Ada yang tanya: “Kenapa pilih UniSZA?” “Kenapa tak mohon Asasi UIA?” Jawapannya? Che Kak tak tahu. Yang tahu hanyalah Allah , kerana Dia lah yang menggerakkan jari-jemari kecil itu untuk isi UniSZA sebagai pilihan pertama . Dan hari ini, bila semua dah berlaku, baru terasa hikmahnya satu per satu. Impian Lama Yang Tertangguh Sebenarnya, Che Kak memang suka UniSZA . Dulu, masa zaman belajar, tempat ni dikenali sebagai KUSZA . Ada niat nak sambung belajar di sana, tapi tak kesampaian… sebab tak isi borang! 😁 Zaman tu mana ada UPU macam sekarang. Nak masuk KUSZA kena isi borang sendiri – dan Che Kak terlepas peluang tu. Tapi siapa sangka, impian yang tak tercapai dulu, kini Allah kurniakan pada anak sendiri . Subhanallah… besar sungguh aturan-Nya. Hikmah Dekatnya Jarak & Damainya Suasana Lagi satu sebab syuk...