Anak Saya dan Tonsil: Lima Tahun yang Penuh Ujian Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog saya. Hari ini saya nak kongsikan satu pengalaman yang sangat peribadi, yang mengajar saya erti kesabaran, kasih sayang dan pentingnya ilmu sebagai ibu bapa. Anak kedua saya pernah menghidap penyakit tonsil sejak dia berusia 3 bulan. Masa itu, saya perasan dia kerap sangat demam. Sebagai ibu, saya memang risau sebab demamnya berulang-ulang dan nampak tak selesa. Saya bawa dia ke hospital, dan doktor maklumkan bahawa dia ada masalah tonsil . Masa tu, saya pun belum tahu sangat apa itu tonsil, tapi doktor terangkan bahawa ia adalah organ di bahagian kiri dan kanan tekak yang berfungsi sebagai pertahanan badan daripada jangkitan kuman dan virus . Tapi malangnya, tonsil itu sendiri boleh dijangkiti. Bila dah dijangkiti, ia boleh membengkak, merah, atau berselaput putih , menyebabkan anak saya sukar makan, kerap demam, dan lambat membesar . Tidur Berdengkur & Nafas Melalui Mulut Satu lagi ...