Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Laporan Urgent, Anak Tunggu Balik: Realiti Seorang Ibu Bekerja

  Saya Nak Balik Ambil Anak Ni, Tapi…” 26 Januari 2023. Waktu tu che kak dah mula bersiap-siap nak balik. Dalam kepala tengah fikir “kejap lagi nak ambil anak, malam ni masak apa, sempat ke singgah beli barang dapur?” Tiba-tiba tringgg! telefon berdering. Panggilan daripada puan TP. Ada satu kes yang perlukan siasatan segera. Dalam hati, che kak dah jawab, “Err… puan, saya nak balik ambil anak ni.” 😅 Tapi, tak tergamak. Tak sampai hati. Maka, dengan penuh redha, che kak jawab ringkas: “Baik puan.” Itu adalah jawapan paling selamat. Tapi dalam kepala ni dah macam pusat kawalan trafik l, siapa boleh ambil anak? Nak call siapa untuk minta tolong ambil anak? Mana nak cari plan B dalam masa 5 minit? Teringat suami yang kena outstation jauh nun di Putrajaya. Rasa nak call terus Pengarah JPV dan cakap:  “Dr, boleh tak hantar balik suami saya sat. Saya ada urusan kerja penting ni.” Tapi tu semua hanya angan-angan semata. Che kak bukan jenis suka-suka nak call pihak atasan. Hehe. Maka...

Pedihnya Teguran, Manisnya Kejayaan

 " Dik, kalau nak berjaya... hati kena kental, dik." Lumrah jadi manusia ni, memang akan rasa malu, kecewa, segan bila kena tegur — lagi-lagi kalau depan orang ramai. Tapi... jangan sedih lama-lama. Jadikan teguran tu sebagai pelajaran, bukan bebanan. Belajar, perbaiki diri, cari ilmu — sikit-sikit pun takpe. Teringat kisah che kak masa muda-muda dulu. Boss pernah sound direct kat mesyuarat: "Ayat ni bodoh. Ayat darjah 6." 😳 Lepas tu siap suruh semua staf baca laporan che kak. Segan weh! Merah padam muka. Tapi staf semua diam. Mungkin sebab nak jaga hati che kak — terima kasih korang. 😅 Che kak pulak? Merajuk. Terus berkurung dalam bilik blok sebelah. Boss ketuk pintu pun buat-buat tak dengar. Drama sangat. Hahaha. Kalau dikenang balik… serius tolol la hoh. 🤦‍♀️🤭😂 Tapi che kak tak marah lama. Tak berdendam. Tak berhenti. Che kak belajar, sikit-sikit improve. Tulis elok-elok. Tulis banyak-banyak. Dan lepas beberapa tahun... Tuan Pengarah sendiri pernah puji lapo...

BERCUTI DI HARI CUTI TAHUN BARU CINA 2023

 Balik kerja tadi tengok dalam peti ada tau fu fa. Mmm sedapnya. Mesti Kak Long atau Aiteh yang beli. Tau fu fa ni memang feveret che kak. Jarang benar dapat makan sejak pindah ke Kelantan. Masa kerja KL dulu selalu beli kat pasar malam. Duk kat Kelantan ni jadi malas nak jalan-jalan ke pasar malam. Rezeki dapat berkumpul dengan adik-adik ipar dan biras masa cuti raya cina walaupun tak kesemua yang dapat balik. Rezeki dapat adik beradik suami yang semuanya sangat baik.  Sebagai isteri tuan rumah, che kak malu juga tak dapat melayani mereka dengan baik. Segan juga tak dapat menyediakan menu yang best untuk depa semua. Apatah lagi nak belanja makan besar buat mereka.  Apa boleh buat, kakak ipar depa ni jadi mati kutu dan takde bakat langsung nak masak.  Bahkan banyak juga mereka yang berhabis duit belanja anak-anak makan dan masak menu yang best best. Siap dapat dapur baru, beb. 🤲🤲 Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan depa. Walaupun jauh di mata, per...

Cuti Rehat Demi Anak, Bukan Demi Rehat

12 Januari 2023. Hari ni ada perjumpaan ibu bapa kat sekolah. Tak boleh nak elak rasa segan kalau tak hadir, segan kat mudir dan cikgu-cikgu. Masa abang Aiman dulu, rajin juga pergi program sekolah. Takkan masa abang Ahyad umi culas pula? Jadi, umi pun ambil cuti rehat. Tak sayang pun cuti tu masih banyak berbaki dan hari ni pula, memang takde kerja urgent. Lagipun, mood nak berkejar ke ofis tu… memang ke laut. 🌼 Sunyi Seketika Lepas semua anak-anak pergi sekolah, rumah tiba-tiba jadi senyap sunyi. Ishhh... rasa kesik pulak duduk sorang-sorang. Tapi hidup ni kalau tak pandai isi masa, otak boleh ligat fikir macam-macam. Jadi, umi sibukkan diri kemas rumah, buang sawang, lap meja biar hati rasa ringan. Moga-moga, anak-anak SMUTIK yang nak hadapi SMU & SPM nanti diberi ketenangan, kecemerlangan, dan dipermudahkan segalanya. Aamiin ya  🍳 Menu ‘Lunch Mak-Mak’ Balik dari program sekolah lebih kurang pukul 12 lebih. Lapar tak payah cerita. Masak nasi, goreng telur mata, cicah budu....

SELOKA LEMPENG KAMPUNG

Bancuh tepung air dan garam Sapu sedikit minyak di kuali hitam Masak masa anak meragam Jimat dan mudah disediakan Pagi pagi basuh baju di perigi Petang petang tengok tv Malam malam lepas mengaji Makan lempeng zaman dulu punya resepi Ajar anak petua dan resepi Kot mak sibuk boleh buat sendiri Maklumlah mak dah patah kaki Bapa kerja jauh dari negeri #chekak

Berhenti Nasihat Sebelah Pihak: Bahtera Tak Akan Selamat Kalau Nakhodanya Leka

Ada satu perkara yang semakin kerap berlaku — setiap kali ada krisis rumahtangga, nasihat dan teguran hampir selalu ditujukan kepada isteri. Isteri disuruh sabar. Isteri disuruh taat. Isteri disuruh redha. Isteri disuruh betulkan diri. Tapi… suaminya di mana dalam perbincangan itu? Bukankah rumah tangga itu dibina atas dua pihak? Maka tanggungjawab pun harus dipikul bersama. Kenapa hanya sebelah pihak yang dibedil dengan "tazkirah", sementara satu pihak lagi terus lepas dari muhasabah? Wahai Ustaz, Nasihatlah Dengan Adil Tegurlah juga kaum sejenis kalian. Tegurlah lelaki yang culas. Yang tidak tahu tanggungjawab. Yang lupa menghargai isteri yang bangun sebelum subuh, tidur selepas lewat malam — bukan kerana kemewahan, tapi kerana ingin menjaga rumahtangga yang kalian bina. Suami itu nakhoda. Kalau kapal terumbang-ambing, jangan terus salahkan anak kapal. Lihat dulu siapa yang pegang kemudi. Kalau dah lama arah tak betul, kenapa baru sekarang nak kata “isteri tak pandai jaga r...

SELOKA SERAM

 Tengok citer hantu Pada hari Sabtu Tido pukul satu Seram bulu romaku Hantu siam seram gila Balas dendam angkara manusia Roh melayang mencari mangsa Sebab tu jangan buat aniaya Cerita seram semua sama Omputeh siam melayu cina Banglo buruk pilihan utama Hospital pun bangunan lama Gambar dari remaja.my Pukul satu balik duty Tiba tiba bau wangi Eh seram pula dinihari Rupanya pewangi baru beli Tido lupa basuh kaki Puh kanan puh kiri Rasa macam orang di sisi Eh bantal golek si baby Duk sorang sorang Suami belum pulang Mata tengok palang Janganlah jembalang Pergi kursus sorang diri Roomate belum datang lagi Tandas di hujung sekali Mandi kerbau cepat sekali Masuk lift salah tekan Berpeluh peluh sakan Menyesal tak ajak rakan Takut ada jelmaan syaitan Duk sorang rasa sunyi Masa tu la nak bunyi guli Sensitif dengar walhal tuli Hari biasa gegaran pun tak peduli Jangan takut pada hantu Takut lagi manusia berbulu Ayat kursi pendinding ilmu Manusia jahat kita tak tahu #chekak #selokasantai

SELOKA WARNA WARNI POLITIK

 Tengah minum di kedai kopi Pakcik veteran suaranya tinggi Berdebat isu politik lagi sensasi Nasib baik tak tersembur air nescafe Pilihanraya 5 tahun sekali Kisah politik hari hari Itulah kehidupan warna warni Realiti yang perlu dihadapi Dipilih rakyat untuk bekerja Dilantik Agung penuh saksama Jalankan tugas penuh wibawa Agar dikenang sepanjang usia Kisah politik tak mampu nak hadam Waibi waibi dan termasuk khadam Sentiasa buat rakyat jadi geram Berjuang seorang diri nanti kena benam Contohilah PM yang sangat hebat Pembangunan negara sangat pesat Namun Tun M harus berehat Kerana usianya sangat dekat Menjadi tajuk dalam peperiksaan Kisah tokoh seorang negarawan Boleh menulis penuh perasaan Kerana membantu rakyat dengan aman Jomlah kita mencari rezeki Lebih lebih lagi nak dekat aidilfitri Berdebat sekali sekala okey lagi Janganlah bermusuh di bawa ke mati #chekak #selokasantai

SELOKA POLIGAMI

 Bukan poligami yang disanggah Aturan Islam pasti indah Isteri solehah lagi tabah Redha ujian penuh rahmah Sunnah poligami sangat indah Andai disirami dengan mawaddah Namun jangan ambil mudah Takut takut tersilap langkah Bukan tolak takdir jodoh Walaupun langkah sangat bodoh Mata kata cantik orang kata hodoh Demi cinta kahwin di siam takpe doh Sedih melihat ibubapa Anak dijaga bagaikan puteri raja Diserah pada lelaki bila tiba masa Dengan harapan dijaga bagaikan permata Andai tiada rasa hati Pulangkan dengan berhati hati Dia masih ada yang sudi Ibu bapanya sentiasa menanti Kerasnya hati seorang suami Egonya berkata kau masih isteri Biarkan isteri gantung tak bertali Hilang berkah seorang suami Jatuh hukum pada isteri Bila kapal hilang kemudi Suami yang baik takkan sesekali Guna poligami tutup silap sendiri Ingin bina masjid yang baru Imarahkan masjid lama dulu Sinarkan dengan cahaya lampu Cahaya itu dari lampu ilmu Ramai selebriti amal poligami Walaupun diuji namun boleh dipuji Con...

SELOKA ROTI PURI

  Pagi pagi tengok resepi Dah lama simpan resepi ni Lepas ni tak tahu buat lagi ke tak ni Entah entah simpan dalam arkib fb Tepung gula garam air diuli Siram minyak panas kena hati hati Cicah sambal sardin tak sempat buat kari Asalkan kenyang perut dah suka hati Sambal sardin dan kuah kari Buat lebih buleh makan dengan nasi Tak pandai boleh tengok video resepi Sekarang semuanya di hujung jari Jangan berharap umi buat lagi Penyakit malas dah berakar umbi Tapi kalau suka boleh je buat pasni Demi anakanda boleh je cuba lagi Hujung kampung ada  jual roti puri Ramai pelanggan datang membeli Untung lebih boleh simpan tabung haji Asal rajin semuanya menjadi #chekak #selokasantai

SELOKA ARTIS KAHWIN DUA

 Kisah artis lagi sensasi, Diam diam ubi berisi, Kahwin dua tanpa restu isteri, Selesai masalah duniawi, Isteri yang disakiti dan tersakiti, Lalu bawa diri sambil mencari rezeki, Rumahtangga berantak gara cinta misteri, Suami tempat berpayung membisu diri, Aku sungguh tak mengerti, Kenapa sekarang baru ajak isteri, Berbincang dari hati ke hati, Kenapa tidak dari dulu lagi, Sabarlah duhai para isteri, Jangan bergaduh dengan suami sendiri, Yang kahwin itu suami Puteri, Kacak kaya dan muda lagi, Semoga ternoktah kisah ini, Dimuka buku termasuk IG, Jatuh bangun pandailah sendiri, Netizen hanya penonton kisah bersiri. #chekak #selokasantai

SELOKA MENTUA VS MENANTU

 Entah mengapa dari dulu Kisah mentua dan menantu Bagaikan seteru dan tidak sebulu Potong bawang pun jadi isu Kalau tak suka dari dulu Mengapa meminang serba satu Habis duit kenduri sambut menantu Claim semula dengan orang baru Panjang senarai ciri-ciri menantu Bagaikan pilih ikan di pasar Sabtu Takpelah anak sendiri macam hantu Dah lupa jodoh tetapan Tuhan Yang Satu Dua keluarga menjadi satu Berlainan asuhan setiap individu Saling kenal dan hormat itu perlu Rai perbezaan walaupun sakit hatimu Gambar hiasan sahaja. Seloka tiada kaitan dengan artis ini. Lepas kahwin silalah duduk suku Takde orang marah walaupun bangun pukul satu Pandai pandailah suami jaga isteri dan ibu Agar hidup sentiasa dalam restu Adat bertandang ke rumah menantu Jadilah pekak buta dan bisu Rumah macam kapal pecah seribu Cabaran rumahtangga berbeza dari dulu Mentua datang sambut di pintu Layanlah bagaikan rai tetamu Walaupun sakit hati dan berbulu matamu Namun ianya tetap syurga suamimu #chekak #selokasantai

SELOKA PEMBULI JALAN RAYA

  Pembuli jalan raya Otak di lutut bukan kepala Keluar simpang suka hati dia Tekan minyak perlahan gila Pembuli jalan raya Tak kira tua atau muda Lelaki perempuan pun sama Sudah hilang timbang rasa Pembuli jalan raya Kena test balik nampak gaya Kalau tak sayang nyawa Orang lain jangan jadi mangsa Pembuli jalan raya Ciluk sini ciluk sana Jangan rapat nanti kena Kena saman duit tak ada Pembuli jalan raya Jangan baran tak kena masa Jadi orang baik tak rugi apa Ingat sejarah duduk sebelah penguatkuasa #chekak #selokasantai

SELOKA DUIT

 Bab duit jangan ambil mudah Duit sendiri banyakkan sedekah Duit orang kena amanah Duit projek jangan mentekedarah Rasuah jangan sesekali Menjadi darah daging anak isteri Hidup tak tenang hingga ke mati Terlepas di dunia akhirat menanti Bayar zakat suci harta Bayar cukai tanda kaya Hulur sedekah tambah pahala Jangan bakhil Allah tak suka Jangan suka meminta minta Rajin bekerja dan berniaga Malu pada tubuh yang sasa Semua orang bukannya mampu juga #chekak #selokasantai

SELOKA KISAH PESAKIT TERLANTAR

 Tak mampu nak berkata sabar Kerana hatimu dah lama mekar Tak mampu nak kata nasihat Kerana redha dah lama terpahat Tak mampu nak pujuk Kerana dah lama hati sejuk Tak mampu mengalir air mata Kerana  16 tahun menderita Berat mata memandang Berat lagi dia menyandang Tiada daya hadapi ujian Hanya Allah tempat sandaran Zahirnya rasa syukur Walaupun hampir tersungkur Usah ditanya apa ikhtiar Berubat tradisional dan pakar Bagus  keluarganya Menjaga dengan sempurna Kagum dengan kakaknya 100 peratus mengurusnya Persis bayi baru lahir Kasihnya laju mengalir Walau malu aurat tersingkat Namun pasrah kakak melihat #chekak #selokasantai

SELOKA KISAH BULI

 Bagaikan tradisi kisah buli Generasi demi generasi Sekolah elit mahupun hari-hari Tiada noktah untuk terhenti Gang gengster mahupun IQ tinggi Hilang sudah jati diri Rasa hebat jadi pembuli Tak takut jadi ahli jeriji besi? Hentikan budaya buli Bermula keluarga sendiri Bimbing anak jadi empati Bijak seiring sahsiah diri Andai kata kena buli Jangan berdiam diri Pertahan diri sendiri Maklum pada guru sendiri Hati rasa pilu Membaca kisah di muka buku Hilang nyawa yang satu Akibat buli yang tidak sebulu Andai kata kita tahu Jangan diam seribu Bantu lapor dahulu Agar tidak kesal "kenapa aku tak bantu dulu" #chekak #selokasantai