Nak dakwah hati kena kental Banyak sangat maksiat nak kena sental Amal makruf nahi mungkar Agama Allah terjaga dengan mekar Jaga agama tanggungjawab semua Bukan imam bukan menteri agama Kita dilantik Allah khalifah di dunia Menjaga paksi tiang agama Orang jahil jangan dihina Tiada manusia yang sempurna Nabi berdakwah hingga hujung nyawa Demi Islam demi akidah hambaNya Berdakwah bukan setakat ceramah agama Jubah dan kopiah bukan lambang utama Jadi orang baik dan berakhlak mulia Baru orang hormat tanda bagusnya dia Banyak saluran boleh guna Bukan setakat masjid dan media perdana Pandai tik tok pun boleh guna Orang muda dapat dengar sama Gambar hiasan Jangan tunggu orang datang Kita kena turun padang Kenalpasti kenapa terhalang Dakwah tak sampai lagi berkurang Santuni remaja yang bermasalah Mungkin bapanya hisap dadah Tiada duit nak pergi sekolah Selamatkan jiwa sebelum parah Jangan cepat jatuh hukum Pada wanita ada halkum Kalau jumpa ucap assalamualaikum Asal bukan hantu kum kum #chekak ...