Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Me Time ke Mop Time? Cerita Cuti Che Kak

Cuti Rehat Konon Nak “Me Time” – Tapi... πŸ€ͺ Hari ni Che Kak ambil cuti rehat. Bukan sebab demam, bukan sebab anak sakit, tapi saje cuti untuk diri sendiri . Nak bagi peluang badan dan kepala berehat sikit. Lama dah tak rasa nikmat cuti untuk “me time”. Lagipun, kalau dah masuk musim banjir nanti, cuti automatik akan dibekukan . Jadi, sementara boleh bercuti – kita cuti! πŸŽ‰ Kerja Tak Pernah Habis... Tapi Kita Pun Manusia Walaupun markah SKT dah dapat, hutang kerja masih ada lagi 😜. Biasalah, kerja memang takkan pernah habis. Kita mati pun, kerja kita ada orang lain sambung. Tapi janganlah sampai tinggal kerja berlonggok-longgok, nanti orang menyumpah kita dalam kubur. πŸ˜‚ Aktiviti Cuti: Bukan Tidur Tergolek Cuti ni bukan alasan untuk jadi doraemon tidur sepanjang hari ya. Pagi-pagi: Buka online banking, selesaikan segala komitmen kewangan Bancuh aloeveragel + madu mentah pergunungan Spain πŸ˜‹ Lipat kain, sapu sampah, mop lantai. Mop guna pencuci lantai RM2 – bukan calang-calang, bo...

PENGALAMAN HAMIL ANAK SULUNG

Ok jom sambung citer balik. Mcm drama bersiri pulak.  Kadang-kadang suami turun KL. Tapi che kak lebih suka turun Melaka sebab lebih selesa. Boleh honeymoon. Walaupun member opis kata kesian tengok asik berulang ke Melaka. Mau tak balik, rindu weiii..  Asal suami call je, nangis. Tengah berbadan dua ni nak la suami ada kat sisi, kan. Bil telepon beratus juga la sebulan duk bergayut.  Che kak ada la mengidam nak makan sate Haji Samuri. Tak berkesempatan nak makan. Sate lain tak nak.  Masa kandungan 8 bulan, che kak jadi lemah tubuh. Nak pegang pen pun tak larat. So, Che kak ambil cuti rehat.  Menangis nangis sebab tak larat sangat. Doktor HKL suh masuk wad tapi che kak minta izin nak balik Kelantan  Sampai je Kelantan, terus warded kat HUSM. Ambik kau! Anemia! Hb 7.  2 beg darah selamat masuk dalam tubuh che kak. Tak tau la darah sape. Semoga murah rezeki penderma darah. Sebulan juga la berkampung kat HUSM.  Doc 'marah' sbb ingat che kak tak makan ...

PENGALAMAN HAMIL ANAK SULUNG

 Malam ni nak citer masa pegnent anak sulung la. Malas pulak rasa nak buat keje rumah. Ayak tak dak nak basuh baju. Che kak bunting pelamin walaupun tak dak pelamin masa kawen. 🀣🀣 Che kak PJJ ngan suami. Che kak di KL, suami kat Melaka. Setiap minggu che kak naik bas kat Hentian Puduraya. Tak silap masa tu harga tiket RM8 kot.  Masa kat KL che kak sewa bilik share dgn 4 org roomate. Jln 5 minit je g opis.  Pada suatu hari che kak g kursus tumpang kete ofismate. Ofismate bawa mak sbb ofismate full breastfeed baby.  Habes kursus singgah kat umah sedara ofismate. Byk giler che kak mkn durian. Takde segan2 dah kalau bab mkn duyan.  Tiba2 mak ofismate tegur. "Liza, jgn mkn byk. Kau tu mengandung. Bukan makcik tak kasi engkau mkn."  Che kak tak tau pulak pegnent. Pandai betul org veteran tgk kita ni pegnent ke tak. 😬 Masa dlm kete, tiba2 che kak rasa nak muntah masa tgk seorg lelaki bermisai. Eh kenapa pulak! πŸ™„ Abes kursus, che kak naik bas terus ke Melaka. A...

CUTI HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2020

Alhamdulillah, semalam ipar belanja tido kat homestay Taman Dorani. Dr Puncak Alam bertolak ke Sungai Besar Sabak Bernam. Tak sah kalau menginap kat homestay kalau xde bakar2 bbq ni. Semoga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah buat ipar duai.  Dah macam rupa taska homestay ni. Riuh rendah dgn keriangan anak2 sedara. Takpe la nak. Nikmatilah zaman riang ria kanak2mu. Best betul mandi air kolah. Rasa nak berendam je mcm badak berendam. 1st time jumpa tandas tinggi darjatnya.  Pagi ni berkesempatan makan makanan jawa. Che kak pun dah lupa nama kuih2 jawa. Semua menu atas meja tuan rumah kitorang sapu. Sedap sgt. Dah rupa macam DBKL sapu semua. Dpt minum air kelapa muda fresh tanpa gula. Nikmat yak amat. Kalau beli mau rm4 sebiji.  Semoga tuan rumah dikurniakan rezeki yg melimpah ruah. Eh sempat juga beli Tshirt yg dijual sgt eksklusif. Adik kpd biras yg jual. Eksklusif sbb cop original. Jom balik ke kelantan. Alang2 duk kat sabak bernam dah ni, kite balik ikut teluk intan ler...

Seller Kecik Pun Ada Impian – Jangan Rempuh Dengan Harga Dumping

  Harga Sunnah, Tapi Perangai Syaitonirrojim? Che kak bukan nak marah, tapi geram tu ada la sikit. 😀 Mana taknya… kita ni seller kecik, baru nak up. Modal pun ciput. Beli stok sikit-sikit dulu. Hasil dari untung itulah baru boleh pusing beli stok lain. Tapi sayangnya, ada segelintir seller yang… modal gaban , stok berlambak, lepas tu jual kat Shopee dengan harga yang tak masuk akal langsung. Rega tak logik. Murah gila sampai bawah harga ahli pun ada. Bila tengok, terus rasa nak ketuk dahi sendiri: “Ni betul ke juai barang ke nak musnahkan market?” Yang paling sedih, produk yang dijual tu produk sunnah . Tapi cara jual tu, nauzubillah... rega syaitonirrojim . Biar betul hangpa ni? Sunnah tu bukan sekadar nama pada produk – tapi termasuk dalam cara berniaga, etika, kejujuran dan keberkatan. ❌ Kesan Pada Seller Kecik Che kak ni bukan CEO, bukan stokis besar. Cuma orang biasa yang cuba berdikari cari rezeki sendiri. Kita penat-penat promote kat media sosial, buat content, tulis ...

Jumaat Cuti Tapi Tak Cuti Juga

Hari ni cuti, tapi rutin tetap jalan. Orang berkeluarga memang takde istilah cuti betul. Anak-anak, rumah, dapur semua panggil. Orang bujang pun sibuk juga, tapi cara masing-masing la. Walau cuti, jangan culas bab kebersihan diri tau. Jangan tunggu mandi lepas Asar baru nak beringat. πŸ˜‚ Kita ni walaupun tak macam Neelofa, tapi tetap kena jaga penampilan. Guna personal care lengkap Forever dari ubat gigi, sabun avocado, scrub sampai la ke sunscreen. Aloe vera memey power Pagi-pagi kunyah bee pollen sikit bagi tenaga. Lama dah tinggal, nasib baik sempat capai balik. Sambil-sambil tu keluar beli lauk dapur. Anak-anak sarapan nasi kerabu, Che Kak settle dengan roti je. Janji kenyang. Lepas tu, ikut suami ke Mr. DIY baru bukak kat Ketereh. Cuci mata je la. Suami beli barang dapur, Che Kak rembat botol air. Setakat ni, saka Mr. DIY tak kuat sangat lagi. Saka kedai 2 hengget lagi padu. 😜 Petang-petang lepas makan, lipat kain, kemas rumah ikut mood. Suami tengah baiki paip dapur – nasib baik ...

Mata Dia Bergerak Ke Tak Tu?

Che Kak ni memang tak berapa ngam dengan anak patung. Entah kenapa, sejak kecil tengok cerita seram dari filem luar sampai cerita petang-petang TV3, anak patung ni selalu jadi watak misteri.  Mata dia tu… macam hidup. Kadang senyum manis, tapi dalam hati Che Kak rasa macam, “Kau nak apa sebenarnya?” Sekali tu pernah duduk sorang-sorang kat rumah. Semua anak patung Awaatif Che Kak sumbat dalam almari.  "Jangan sesekali engko berani bertentang mata dengan Che Kak. Tak sanggup." Tapi, Awaatif suka sangat anak patung. Dia bagi nama, dia pakaikan baju, dia peluk waktu tidur. Dia ajak anak patung “borak”, buat picnic, dan kadang baca doa sama-sama dengan "anak-anak dia". Che Kak tak sanggup nak tolak permintaan dia. Dalam takut, tetap juga belikan satu dua. Tapi bila malam… anak patung kena letak tempat khas, tak boleh letak merata-rataπŸ˜… Kadang-kadang Che Kak senyum sendiri. Dari takut jadi redha. Dari redha, jadi faham mungkin itu dunia kecil Awaatif yang penuh kasih. D...

SERONOK JUMPA ANAK SAUDARA

 Rasa dah lama x bawa anak2 g jln2 kat Key Ell. Tp xtau nk g jln kat mana. Sbb niat nak mai KL ni nak tgk baby Adel.  Kegembiraan sbnr apabila mai kl ni ialah ank2 seronok jumpa sepupu msg2. Anak2, hargailah zaman kalian bergumbira dgn sepupu kalian ms kecik ni. Dei besar gak, msg2 sibuk dgn urusan duniawi. Che kak mcm biasa layan kedai RM2 dan tesco pun syok dah. Beli sabun mandi sbb nmpk comel je kaler sabun. 😁😁😁 Dpt gomol baby comel lote pun syok dah. Makan makan dan makan non stop. πŸ˜ͺ  Sempat le lyn Bunohan dan tamil hitam putih. Pelakon filem bunohan semua hebat2 belaka. Hebat2 pun xtau brp kali dah terlelap dpn tv. Dah tua2 ni xbrp minat nk lyn tv dah.