Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Nak Berniaga Tapi Poket Kosong? Baca Dulu Ni!

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Tanpa Modal? Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar semua? Moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah, murah rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Hidup ni kalau nak tenang, kena mula dengan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah bagi. 🌸 🌟 “Che Kak Bukan Usahawan Hebat… Tapi Nak Kongsi Cerita Sikit” Che Kak bukanlah usahawan berjaya yang income puluh ribu sebulan, tapi Che Kak nak kongsi pengalaman kecil yang mungkin bermanfaat, terutama buat ibu tunggal , isteri suri rumah , atau sesiapa sahaja yang masih tercari-cari arah nak tambah pendapatan. Ramai sebenarnya masih produktif , masih sihat, masih ada tenaga — cuma tak nampak ruang dan peluang . 💬 "Che Kak Pandai Nasihat Je… Tapi Buat Sendiri?" Jujur ya, Che Kak ni jenis pandai bagi nasihat , tapi bila nak buat sendiri… perghhh, angkat bendera putih! 😅 Tapi tak apa. Che Kak suka ikut dan belajar dari orang yang dah berjaya. Kutip ilmu, dengar kisah jatuh ban...

KURMA PREMIUM

MIKKAE HEALTHY SNACKS 😍1 Pek kurma mariami 250 g (RM15.00) tak termasuk pos. 😍1 pek kurma ajwa 250 g (RM30.00) tak termasuk pos. 😍13 pek kurma mariami PERCUMA 1 pek mariami & FREEPOS (RM195.00) 😍5 pek kurma ajwa PERCUMA 1pek kurma ajwa & FREE POS (RM150.00) 😍 Combo Mikkae Healthy Snack (RM49.00) & FREE POS      👉1 pack Kurma Mariami 250g      👉1 pack Kurma Ajwa 250g      👉1 pack Roasted pistachio 115g 😍 Roasted Pistachios. 3pack size 115g x 3      Harga special RM39.00 (normal price RM60.00) &      FREE POS Boleh hubungi wasap 0133703161

REVIEW BUAH KURMA PREMIUM

Che kak paling tak suka makan buah kurma walaupun makanan sunnah. Manis meleting leting. Bulan puasa, ambil juga le sebiji letak kat bucu pinggan nasi. Konon nak ambil syarat pahala sunnah. Sudahnya, minum air , terus makan nasi. Sudah makan nasi, letak kurma balik kat dalam bekas kurma. Kalau paksa makan pun, gigit hujung je sekali gigit. Tak pernah beli kurma. Setiap tahun, dapat kurma free pemberian daripada YB. Bertahun-tahun la duk simpan dalam peti ais. Sehinggalah che kak tersuka dengan kotak pink kurma nuraisya. Comel je. Eh sedap pula kurma nuraisya. Tapi tak tahu kurma jenis apa. Pernah juga dapat sumbangan kurma dari DAWD tahun lepas. Pun sedap yark amat. Rasanya kurma sumbangan beliau paling sedap che kak makan. Rupanya banyak jenis buah kurma. Sehingga lah che kak dapat free gift kurma dari Mommy Noah. Kurma mariami. Ya Allah, sedapnya.  Tak manis melenting pun. Manis fresh yang sedap dimakan. Kulit pun takde la berkerup...

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBANTU OKU JANA PENDAPATAN

Pengalaman selama 4 tahun sebagai Penyelaras Unit OKU amat berharga dalam kerjaya che kak. Antara peranan dan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian ialah menyelaras PDK.  PDK adalah pusat pemulihan  untuk warga OKU yang diuruskan oleh pihak komuniti setempat dengan menggunakan geran JKM. Kebanyakan pelatih adalah OKU kategori Masalah Pembelajaran. Ada juga OKU kategori lain. Takde syarat khusus untuk pelatih OKU masuk PDK. Ada pelbagai tahap keupayaan mereka. Pemulihan setiap pelatih OKU juga berbeza mengikut tahap keupayaan mereka.  Che kak tabik spring pada penyelia dan petugas PDK. Walaupun berjawatan sukarela secara kontrak, namun mereka seperti pendidik di sekolah pendidikan khas. Sijil mereka hanyalah sekeping hati yang sabar dan ikhlas dalam melayani anak-anak OKU. Apa tugas che kak sebagai Penyelaras? Takde apa-apa yang che kak buat. Hanya tahu tegur, marah, tegas, garang pada penyelia dan petugas. Che kak sayang dan kasih pada mereka. Sebab itu c...

Graduan Tak Semestinya Makan Gaji: Kemiskinan Bukan Untuk Diwarisi

GRADUAN – KERJA MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI Apabila che kak dapat tahu anak-anak klien che kak dah tamat belajar di universiti, hati ni rasa syukur dan bangga. Che kak tahu, itu bukan satu perjalanan yang mudah. Penuh liku, penuh pengorbanan. Tapi bila sampai ke garisan penamat tu, alangkah manisnya. Che kak cuma pesan satu: “Ingat jasa mak ayah. Doa mereka senjata paling kuat.” Tapi... Lepas habis belajar, satu isu mula muncul. Kerja. Majoriti nak kerja kerajaan. Termasuklah che kak dulu. 2 tahun jugalah baru dapat kerja tetap. Makan gaji, ada slip, ada pencen. Stabil, katanya. Tapi che kak perasan satu benda. Bila tanya mak ayah pasal anak-anak: “Kijo uduh-uduh jah, takdok sore pun kijo make gaji dgn kerajae…” Allahu. Sakitnya tu di sini. Kenapa masih ramai anggap  kerja selain kerajaan tu tak ada masa depan? Takkan kilang tu hina? Takkan berniaga tu rendah martabat? Ramai je graduan jadi petani moden, usahawan berjaya, freelancer… dan mereka sebenarnya lebih fleksibel & be...

KURMA MARIAMI, AJWA PREMIUM DAN PISTACHIOS

Berita baik buat peminat kurma mariami dan ajwa. Kurma premium. Kacang cerdik pun best. Jom grab wat bekal ganti puasa dan puasa nanti. Kurma mariami 250 g RM15.00 Kurma ajwa 250 g RM30.00 Kacang pistachios 3 pek × 115g Rm39.00 Yang ni tak termasuk pos. Jom beli set best buy. Kurma mariami buy 10 free 1 RM150.00 free pos Kurma ajwa buy 5 free 1 RM150.00 free pos Combo mikkae healthy snack (kurma ajwa, kurma mariami, pistachios) RM49.00 free pos.

Tanggungjawab Nafkah: Bukan Pilihan, Tapi Kewajipan

1. Hubungan Bapa-Anak Tidak Pernah Putus "Walau bergelar bekas suami, tapi tidak pernah ada istilah bekas bapa." Ramai lupa bahawa talak hanya memutuskan ikatan suami isteri, bukan hubungan antara ayah dan anak. Tanggungjawab kekal sampai anak dewasa dan sepatutnya sampai mereka berjaya. 2. Realiti Anak-anak Yang Terkorban Selepas Perceraian Hati che kak rasa pilu melihat si anak yang berusia 12 tahun yang akan menghadapi peperiksaan UPSR nanti, telah bersusah payah mencari rezeki di sekitar tempat pembuangan sampah bersama ibunya. Dah biasa sangat tak bawa duit saku ke sekolah. Dah biasa sangat menahan lapar sebab kehabisan makanan kat rumah termasuk beras. Tiada baju sekolah baru, tiada buku, tiada duit saku. Bagaimana si anak nak belajar dengan baik. 3. Nafkah Anak: Tanggungjawab Yang Jelas Dalam Agama dan Undang-Undang Nafkah bukan pilihan. Ia adalah kewajipan syarie dan moral. Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan dan perlindungan termasu...

Jejak Usia 40: Hadiah Dari Tuhan

Alhamdulillah, esok kena renew lesen memandu. Post sini dulu sebelum pergi pejabat pos pagi esok. 😄 Genap usia 40 tahun. Syukur dengan segala nikmat Allah sepanjang hidup atas muka bumi-Nya. Tak terhitung rezeki yang Allah beri. Nikmat mana lagi yang hendak didustakan? Teringat perbualan dengan rakan sekerja. Katanya Che Kak untung dan bertuah. Pada usia 40 tahun, banyak sangat nikmat yang Allah dah bagi. Antara yang disenaraikan: ✨ Allah beri suami yang tahu menjalankan tanggungjawabnya. ✨ Allah kurniakan 7 orang anak yang sihat, walaupun Che Kak pernah ada sejarah pembedahan jantung semasa darjah 5 (tahun 1990) buku pink pun bertanda stiker merah. ✨ Allah beri kerja tetap sebagai kakitangan JKM. Dapat gaji setiap bulan, sambil jual susu kambing waktu lapang. Kerja ni buat Che Kak selalu rasa insaf dan bersyukur. ✨ Allah izinkan jejak kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah melalui rezeki asnaf. Tumpang rezeki orang. Tak termimpi dapat ke sana secepat ini, sebab buku Tabung Haj...

Cerita Budak Gembala Tak Pernah Jadi Kisah Lama

"Seronok Ke Menipu? Sampai Bila?" Masa zaman sekolah dulu, che kak selalu dengar cerita klasik   "Budak gembala dan harimau" . Cerita yang ringkas, tapi padat dengan pengajaran hidup yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Budak tu kerja dia jaga kambing. Tapi dia suka main-main. Suka menipu. "Harimau! Harimau makan kambing aku!" Jerit budak tu. Orang kampung pun datang berlari-lari, tolong selamatkan kambing dia. Tapi bila sampai... tiada harimau. Yang ada cuma senyuman jahat budak tu. Orang kampung marah. Mereka nasihat: “Jangan main-main. Tipu ni tak elok. Nanti orang tak percaya betul-betul kalau benda jadi sungguh.” Tapi budak tu seronok. Lagi banyak orang marah, lagi dia rasa hebat. Dia fikir dia pandai. Pandai kenakan orang. Sampailah satu hari... harimau betul-betul datang. Kambing dikejar, budak menjerit. “Tolong! Tolong! Harimau betul kali ni!” Tapi kali ni... tak ada siapa datang. Orang kampung dah bosan. Dah tak percaya...

KENAPA PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Menutup aurat dengan sempurna bukan bermakna wanita itu suci tanpa dosa dan bukan jaminan dia ahli syurga. Ia dilakukan atas dasar ketaatan kerana Allah yang memerintahkannya. Bukan soal siapa ustazah atau siapa bukan. Gambar ehsan google Konsep menutup aurat juga bukan sekadar memakai tudung dan bukan hanya membungkus kepala.  Ia merangkumi adab, batasan dan keseluruhan cara berpakaian seperti yang ditetapkan syarak. Menutup aurat dengan sempurna memang tidak mudah. Istiqamah dalam perkara baik sememangnya susah. Ia menuntut kekuatan semangat, kekentalan hati dan keazaman untuk sentiasa meletakkan Allah di hadapan dalam setiap keputusan. Dosa membuka aurat bukan hanya ditanggung oleh diri sendiri. Bapa dan suami juga turut menerima tempiasnya jika membiarkan tanpa teguran dan bimbingan. Apa pun, che kak tertarik dengan kata-kata Mufti Pahang: “Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung). Sebaliknya, katakanlah: Allah sayang ke...