Jejak Usia 40: Hadiah Dari Tuhan


Alhamdulillah, esok kena renew lesen memandu.
Post sini dulu sebelum pergi pejabat pos pagi esok. 😄

Genap usia 40 tahun.
Syukur dengan segala nikmat Allah sepanjang hidup atas muka bumi-Nya. Tak terhitung rezeki yang Allah beri. Nikmat mana lagi yang hendak didustakan?







Teringat perbualan dengan rakan sekerja. Katanya Che Kak untung dan bertuah. Pada usia 40 tahun, banyak sangat nikmat yang Allah dah bagi. Antara yang disenaraikan:

✨ Allah beri suami yang tahu menjalankan tanggungjawabnya.

✨ Allah kurniakan 7 orang anak yang sihat, walaupun Che Kak pernah ada sejarah pembedahan jantung semasa darjah 5 (tahun 1990) buku pink pun bertanda stiker merah.

✨ Allah beri kerja tetap sebagai kakitangan JKM. Dapat gaji setiap bulan, sambil jual susu kambing waktu lapang. Kerja ni buat Che Kak selalu rasa insaf dan bersyukur.

✨ Allah izinkan jejak kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah melalui rezeki asnaf. Tumpang rezeki orang. Tak termimpi dapat ke sana secepat ini, sebab buku Tabung Haji pun tak penuh-penuh. 😁

✨ Ada kawan-kawan yang sentiasa support waktu down. Nampak macam takde orang nak berkawan, tapi masa perlukan pertolongan, Allah tetap hadirkan insan yang bernama sahabat.

✨ Ada adik-beradik yang tak pernah menyusahkan, tak pernah nak berhutang, itu pun satu rahmat. 😆

✨ Ada Ma yang sentiasa doakan kejayaan anak-anak. Ada Ayah yang hebat walaupun jodohnya dengan Ma tak panjang.

✨ Ada ibu bapa mertua, adik-beradik ipar dan biras yang baik-baik belaka.

Ish, cukuplah dulu. Kata tadi nak remind diri sendiri untuk renew lesen memandu je... 😅



Comments