Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

KENAPA IBU HAMIL SUKA MINUM SUSU KAMBING

✅ Susu kambing tinggi Vitamin B2 bantu mengekalkan sistem imun badan yg baik utk ibu ✅ Susu kambing membekalkan kalsium utk ibu & bayi, terutamanya tumbesaran tulang bayi. ✅ Susu kambing tinggi protin. Protin bantu menguatkan rahim dan memberi nutrisi pada bayi untuk terus membesar. ✅ Susu kambing adalah sejenis antasid yang boleh mengatasi masalah pedih ulu hati dan gastrik yang sering dialami oleh ibu mengandung ✅ Sesuai di fasa awal kehamilan kerana berguna untuk tumbesaran otak bayi. Juga sesuai di akhir fasa kehamilan kerana mengalakkan penghasilan susu ibu. Susah nak jumpa susu kambing yang benar2 asli? Nah cuba MIKKAE  MILK. Susu kambing segar diserbukkan TANPA campuran krimer atau gula tersembunyi. Tinggi protin. Lazat. Premium kualiti.

BAGAIMANA CARA MASAK SUP AYAM SEDAP TANPA AJINOMOTO DAN BAHAN PERASA

Hari ni che kak nak share resepi sup ayam sedap tanpa bahan perasa ajinomoto. Walaupun tanpa bahan perasa, sup tetap sedap. Sedap di tekak che kak dan family che kak la. Bukan anti ajinomoto, tapi suami tak bagi guna. Oleh sebab dah 16 tahun tak masak guna ajinomoto, maka tekak dah boleh terima. Nak masak ape pun, che kak guna periuk ni. Kalau tukar periuk lain, memang tak menjadi la masakan che kak. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana. Tumis 4 sekawan(bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga) Tumis bawang merah, bawang putih yang dimayang dan halia yang diketuk. Che kak malas nak tumbuk. Dah, jangan tanya kenapa malas nak tumbuk. Bawang putih banyak lagi sedap. Tumis sampai garing. Sedap betul bau bawang goreng campur dengan rempah 4 sekawan. Ni dah hampir nak hangit. Nak snap gambar punye pasal. Masukkan ayam. Kacau sampai sebati sehingga air ayam kering. Masukkan ...

Dari Hati Turun Ke Laman – Koleksi Nukilan Hasliza

Puisi Itu Rahsia Hati Che Kak Sejak sekolah rendah lagi Che Kak memang suka menulis. Tak kisahlah puisi ke, cerpen ke, seloka ke, atau apa-apa bentuk penulisan yang datang dalam kepala. Tapi masa tu, langsung tak terlintas nak simpan sebagai koleksi. Tulis, lepas tu hilang entah ke mana. Masa tu tak rasa ruginya… sekarang, bila fikir balik, memang terasa. Idea ni datang tak kira masa, tak kenal tempat, tak tunggu mood. Tengah menyapu pun boleh datang ilham. Tengah tunggu anak habis mengaji pun boleh tiba-tiba otak ligat. Tapi paling lawak (dan paling stress), bila tengah meeting, idea tu datang mencurah-curah. Nak tulis? Memang mustahil. Takkan nak bagi Tuan Pengarah jeling sampai hangus? Maka, selamat tinggal la idea tu. Che Kak menulis secara spontan. Tak ikut pun struktur atau kriteria puisi rasmi. Kalau minta sasterawan negara semak, memang kena gelak golek. Tak perlu sasterawan pun — cikgu sekolah baca pun mungkin tepuk dahi. Tapi tu bukan halangan. Bagi Che Kak, puisi bukan untuk...

APC & Rezeki: Bukan Hanya Soal Markah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ini, Che Kak ketinggalan keretapi. Bila tengok-tengok balik, rupanya hari ni Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) . Tahniah kepada semua staf JKM yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga terus bersemangat dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. 🤔 “Macam mana dia boleh dapat APC?” Pasti ramai pernah terdetik soalan ini, kan? Che Kak pun tak terkecuali. Kadang-kadang bila kita kenal seseorang – cara kerja, sikap, gaya dia di pejabat – kita mudah membanding-bandingkan . Gambar hiasan sahaja “Eh, dia tu kerja biasa je, boleh pula dapat APC?” “Aku rasa ada lagi yang lebih layak…” Manusia memang cepat membuat persepsi. Bila kita tahu seseorang itu memang rajin, komited, mesra pelanggan – kita akan rasa gembira dan senang hati bila dia diraikan. Tapi kalau sebaliknya, kita akan mula tertanya-tanya dan mempersoalkan. 📊 Penilaian Tetap Berbeza Walaupun ada skala permarkahan, borang SKT, LNPT, dan sebagainya – hakikatnya...