Bulan Disember adalah bulan cuti dibekukan 😂😂. Cuti dibekukan kerana persediaan untuk menghadapi bencana banjir. Apabila PKOB dibuka, maka sepantas kilat kami warga JKM kena bertugas bersama agensi dan pasukan penyelamat. Jom la kita tahu serba sedikit apakah peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan bencana sepertimana Arahan MKN No. 20. 1. Menyedia dan menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan mangsa bencana. 2. Menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa bencana. 3. Menjalankan pendaftaran mangsa bencana bagi maksud pemulihan. 4. Memberi bimbingan, nasihat/kaunseling kepada mangsa bencana. Selain itu, JKM juga berperanan menggerak sukarelawan bagi membantu JKM. Kaunselor juga akan merancang dan melaksanakan aktiviti untuk mangsa bencana. Walaupun JKM sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana banjir, namun mangsa p...