Semasa kandungan berusia 25 minggu, Awaatif disyaki buah pinggang 'besar' sikit... Punyalah lama doktor pakar scan, tiba2 dia sebut "what do u think" kat doktor lain.. Berdebar hati Kak Za apabila dengar doktor cakap macam tu.. Semasa dengar penerangan doktor, hati Kak Za sebak, pilu.. Rasa macam nak jatuh air mata je.. Tapi segan, sebab depan doktor.. Tahan je sebak.. Duk sorang2 mulalah air mata laju selajunya.. Doktor pakar klinik wat surat rujukan ke HRPZII untuk ultra sound.. 2 kali Kak Za pergi ke HRPZII untuk temujanji ultra sound.. Doktor kata, lepas bersalin nanti kena follow up balik... Semasa usia Awaatif 18 hari (27.12.2015), Awaatif kena pergi HRPZII pula, sebab long jaundis.. Kena ambil sample darah dan air kencing.. Punyalah lama tunggu si Awaatif ni nak kencing dalam plastik yang disediakan.. Kak Za makan juga supplement makanan sunnah sebagai ikhtiar.. Tapi, kita dah ikhtiarkan.. Nak kena jaundis juga.. Ada la sebab tu... Kena tengok keputusan ...