Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

ABANG AIMAN BERGAMBAR DENGAN PROF RIDHUAN TEE

Che kak masih ingat waktu umur 18 tahun, berpeluang hadir ceramah Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah di UPM. Waktu itu, rasa kagum, rasa sedar, dan rasa mahu jadi manusia berguna menyelinap dalam diri. Hari ini, selepas bertahun-tahun, che kak melihat pula anak sulung che kak — Abang Aiman — pada umur yang sama, mendengar suara yang sama. Subhanallah, giliran dia pula untuk merasai apa yang pernah che kak rasa. Giliran dia pula untuk mula membina kefahaman, pendirian, dan hala tuju sebagai lelaki dan hamba Allah. Takdir Allah itu cantik. Bila kita pandang dengan hati yang penuh syukur, semuanya terasa cukup. Moga langkah Aiman sentiasa dalam lindungan dan bimbingan Ilahi.

KONSERT DI KETEREH

  Perghhhh wings ado kat Ketereh malam ni.  (18.9.2022) Che kak ooo che kak, sabaq naaaa. Hang tu pakai tudung labuh, tok laki ajk sejid kg banggol lepoh.  Tau doh minat ko rock tapi kaba ingat etek deh, che kak oi. Lamo kei buleh pekdoh. Lamo kei gege kat sekoloh anok, eh umi aiman gi ggalok kat konsert.😬 Layan kat radio sudoh la che kak. Hang nak pasang lagu rock kuat-kuat, layan sorang-sorang dalam kete pun biaq pi la, naaa. Sabaq naaa. Hang duk diam-diam kat rumah layan gegar vaganza je la malam ni🤪.

Jangan Pandang Apa Yang Tiada

Saat kita duk berkeluh kesah dengan hidup kita,  walhal cukup makan perut kenyang, masih berpakaian,  ada tempat tinggal,  tidur yang lena, ada pasangan hidup sebagai peneman, ada zuriat penyejuk hati  dan lengkap ahli keluarga yang baik-baik,  maka ketahuilah... Ada insan yang tak punya apa-apa. Tiada harta, Tiada rumah, Tiada ibubapa, Tiada adik beradik, Tiada pasangan, Tiada zuriat, Tiada yang mengaku ahli keluarga, Tiada upaya untuk bekerja untun sesuap nasi. Bukalah mata hati, Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan mengeluh apa yang kita tiada.

BRO DIN STATION

  Hari ini 23.9.2022 kan main la duk rancang nak masak nasi arab la, kek batik premium la, air soda herba la. Pagi-pagi lagi pi sopim kat econsave. Last-last sakit kepala duk berperang dengan sink dapur. Ikan pun boleh berenang-renang dalam sink. Air panas pun tak jalan, pam pun tak jalan, pencuci sink pun tak jalan. arghhhh. Che kak syak mesti ada biawak komondo kat celah batang paip ni.🤔 Tuan rumah pula lambat nau nak balik repair ni.  Sudahnya, malas dah nak hadap stress dan sakit kepala maka pilihan paling mudah, makan kat kodai je la.

MAKAN NASI LEMAK AYAM GORENG DI THE STAG KETEREH

  Tuan rumah belum balik lagi. Oleh sebab sakit mata tengok sink yang boleh buat bela ikan, maka jadilah alasan malas nak masak. Anak ajak makan mee celup kat "ghetok" tali air. Tapi mak nya baru dapat gaji, alaaa jom la makan kat The Stag. Kedai ni dekat sangat dengan rumah lebih kurang 2km. Dapat makan sekali pun tak pe dah. Ambil suasana kata orang. Nak kata sedap, okey la juga. Che kak tak pandai nak review makanan. Selagi boleh kunyah, telan dan suap lagi, maksudnya okey la. Kiranya sedap la tu. Airnya memang mahal la sikit, rm10. Che kak makan nasi lemak mak kau hijau dengan ayam goreng. Air kopi terpaksa bawa balik tambah gula kat rumah sebab malu nak minta gula🤪. Awal-awal lagi bagitau nak bahagian paha ayam. Besar juga la. Tak larat nak habiskan ayam goreng. Kalau dapat isi bahagian dada ,jenuh la macam moyang duk kunyah sirih 🤪. Order pun cepat je sampai. Tak sempat nak tunggu lama.  Parking pun ada disediakan. Rezeki che kak dapat parking depan kedai. Kesimpulann...

Dari Kuali Bujang ke Kuali Beranak Ramai

Akhirnya dapat juga beli kuali baru setelah sekian  lama cair tahi lingo bila dengar tok ttuo duk ngepek suruh beli kuali baru. 🤪🤪 🤣🤣 Bukan tak nak beli cuma tak suka banyak barang. Selagi boleh pakai, selagi tu la tak bertukar ganti.  Kenangan mula-mula lapor diri kerja jkm 20 tahun dulu, che kak beli sebiji kuali kecil cukuplah untuk goreng telur mata kerbau atau ikan seekor. Sebiji periuk untuk masak nasi dan sebiji periuk untuk masak berkuah.  Sewa bilik kecil je so, cukuplah untuk kelangsungan hidup je.  Bila anak dah ramai, upgrade kuali besar. Ada satu kuali yang suami che kak masa bujang lagi. Tak tahu la dah berapa puluh tahun. Masih setia memberi khidmat bakti.  Takpelah kuali lama ke, kuali baru ke, kuali moden ke, asalkan anak-anak kenyang makan hasil air tangan kita. Takpelah kuali murah ke mahal ke asalkan rezeki yang nak disuap untuk anak-anak dari sumber halal lagi berkat. Jangan sesekali bagi rezeki yang bersumberkan rasuah. Apatah lagi meni...

Bukan Sekadar Laksa – Catatan 15.9.2022

Alhamdulillah, tumpang rezeki hari ini (15.9.2022). Rezeki dapat makan laksa Penang air tangan staf JKM Pasir Puteh. Semuanya berlaku secara spontan je. Tiba-tiba depa plan nak masak dan makan sama-sama. Seronok betul bila suasana kerja jadi mesra, penuh gelak tawa dan ukhwah. Yang menariknya, masing-masing memang berbakat dalam bab masak-memasak. Tak ada sukatan bagai – main campak-campak ikut rasa hati. Dah macam babak dalam cerita P. Ramlee. Tambah garam, gula, asam keping… haaaa jadi laaa "laksa sedap ikut rasa"! 🤪 Kuah laksa ni, orang kata lagi lama lagi padu. Tapi biasalah, perut dah tak sabar – tak kuasa nak tunggu lama-lama. Sampai terlupa nak tambah otak-otak udang petis (betul ke ejaan tu?) yang dah siap beli semalam. 😅 Tapi... bukan soal laksa je sebenarnya. Hari ni Allah tunjuk satu pengajaran. Kita tak tahu rezeki siapa yang Allah nak bagi. Mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan opis yang tengah sempit, mungkin ada yang tak sempat makan pagi tadi. Dengan adanya...

Review Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

🎬 Che Kak Review Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa – Real Macam Perang Betul! Che kak memang peminat tegar filem perang. Citer zaman dinasti, perang Jepun, Korea, omputeh, semua che kak sapu tengok. Tak kisah la best ke tak, asalkan ada bunyi bom dan jet, che kak onz je. Tapi bila dengar filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa nak keluar, haaa yang ni lain macam semangat membuak-buak nak tengok. Filem melayu perang kot! Bukan cinta anak Dato’ kahwin anak tukang sapu ya. 🤪 Tapi... tak sabar tunggu tayangan kat Astro. Tengok kat pawagam lain feeling dia. Kalau kat rumah, tengok belum habis dah ada suara: “Yang, gorengkan keropok jap.” “Mama, ajar matematik ni...” Hangin satu badan dibuatnya. Tak pasal-pasal che kak jadi isteri derhaka tak bau syurga. 😆 🎟️ Misi KTCC Mall Bermula Kebetulan nak melawat anakanda Abang Aiman kat sana, che kak sekeluarga singgah la tengok kat KTCC Mall . Abang Aiman ada program, so kami terus booking seat. Misi menonton pun bermula. ...

Cuti-Cuti Terengganu Sambil Hantar Abang Aiman Daftar UniSZA

Cuti-Cuti Terengganu: Dari Daftar Anak Sampai Siakap 3 Rasa Alhamdulillah, cuti baru-baru ni sempat juga che kak luangkan masa ke Terengganu—alang-alang nak hantar abang Aiman daftar masuk ke UniSZA, ambil la cuti sehari dua. Sewa homestay dua hari dua malam, jadi bolehlah bawa sekali adik ipar dan mentua. Meriah sikit jalan ramai-ramai. Adik ipar che kak ni memang kaki jalan tegar, kita yang tak plan pun jadi terjebak. 🤣 Konon nak jimat, che kak siap beli beras, ayam, kicap, dan barang asas. Niat di hati nak masak je kat homestay. Sekali haaa… depa ajak pi makan lunch kat Hotel UiTM Dungun. Jauh juga tu dari Gong Badak. Tapi serius, berbaloi gila! Masakan dia rasa macam air tangan rumah sendiri. Biasanya kita makan kat hotel ni sebab suasana je lah, bukan sangat harapkan sedap. Tapi kali ni… lain macam sedap dia. Sampai sekarang masih terasa siakap 3 rasa yang padu tu. 🤤 Kalau ada yang plan nak ke Dungun, che kak highly recommended makan kat hotel ni. Harga pun okey sangat—tak mahal...