Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Bangun awal sediakan sahur walaupun menu cekodok kosong tanpa gula. Rezeki kerja balik awal satu jam dapat sediakan juadah untuk keluarga. Namun bersederhanalah dengan menu berbuka puasa. Kalau rajin masak sendiri lagi jimat, bersih dan kena citarasa. Kalau beli juadah bazar Ramadan pun tak apa sebab boleh bantu ekonomi peniaga. Pandai-pandailah pilih gerai yang bersih, sedap dan berpatutan harganya. Bulan puasa juga kena ambil peluang tambah pahala. Baca Quran, sedekah, solat malam, tarawih, zikir, manalah tahu kan kot dapat jumpa lailatul qadar lagi berlipat ganda pahala. Mencari lailatul qadar bukan bermaksud mencari pokok yang sujud tetapi membuat amal ibadah sejak awal puasa. Dua minggu terakhir puasa dah tayang lagu raya. Ulama' kata masa ni sepatutnya tingkatkan amal ibadah kerana kita tak tahu sama ada tahun depan Ramadan masih ada lagikah untuk kita. Tiba hari raya tanda kemenangan kita. ...