Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

Bahagia Itu Kita Yang Rasa

Bahagia itu tak perlu ditayang, tak perlu dibanding.  Setiap orang ada jalan hidup sendiri. Apa yang nampak sempurna di media sosial belum tentu menggambarkan keseluruhan kisah hidup seseorang. Umpama gambar Laksa Penang yang nampak menyelerakan tapi mungkin kuahnya masin, telurnya tiada, dan laksa itu pun dah berhari-hari dalam peti sejuk. Masih boleh dimakan, ya, tapi tak seindah rupa dalam gambar. Begitulah juga kehidupan kita bukan semuanya manis dan sempurna , tapi kita tetap bersyukur kerana ia masih memberi kita ruang untuk terus hidup dan bernafas. Ramai lihat hidup orang lain, lalu berkata: "Untunglah dia ada suami baik, anak comel, kerja stabil, boleh melancong…" Tapi mereka tak tahu, yang ditayang hanya yang indah-indah , yang luka dan pedih disimpan jauh dalam hati. Saya juga pernah rasa putus asa. Pernah ditolak mentah-mentah hanya kerana tidak bekerja. Pernah bermalam di masjid dengan sehelai sepinggang kerana difitnah. Pernah jadi anak kecil sakit jantung yang...

Pertama Kali Jejak Narathiwat – Pengalaman Border Pass RM10

Rasa macam mimpi je dapat pergi ke Narathiwat. Merentas negara walaupun sebelah je😂. Masa buat border pass tu dia punya perasaan macam nak gi Mexico. 😆 Syukur sangat-sangat dapat suami yang sangat memahami dan beri keizinan untuk join aktiviti bersama kawan-kawan. Setakat ni suami che kak tak pernah menghalang kalau che kak nak healing atau me time.  Nasib baik boleh buat border pass walaupun tempat kelahiran bukan di Kelantan. Asalkan alamat ic kita beralamat di Kelantan. Kalau tak melayang juga dua ratus kalau buat pasport.  Sepuluh ringgit je  dan tempoh sah laku selama setahun. Gambar saiz pasport sepuluh ringgit juga. Berlatar belakang putih. Boleh pukul gambar kat pejabat imigresen juga. Ada disediakan perkhidmatan ambil gambar. Eh pukul gambar ke ambil gambar?  Kalau nak cepat boleh buat border pass di Kompleks Imigresen Bukit Bunga, Tanah Merah. Tak sampai 15 minit pun dah siap.  Semua urusan insurans dan sewa van tu diuruskan oleh kawan-kawan. Che kak...