Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Kerja Sosial Bukan Sekadar Sumbangan: Ini Bezanya dengan Kerja Kebajikan

“Kerja Sosial Bukan Sekadar Sumbangan: Ini Bezanya dengan Kerja Kebajikan” Hari ini, che kak berkesempatan mendengar taklimat mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial. Harapan che kak, semoga RUU ini berjaya diwartakan seperti mana profesion lain yang telah diiktiraf dengan akta tersendiri seperti perubatan, kaunselor, farmasi dan kejuruteraan. Bahkan, di beberapa negara lain, akta kerja sosial sudah pun dikuatkuasakan. Tapi che kak bukanlah nak kupas panjang lebar pasal RUU tu. Serahkan pada yang pakar untuk fikir dan laksanakan. Orang macam che kak ni cukup banyak kerja hakiki dalam kumpulan sokongan. Tak perlulah nak pecah kepala. Che kak cuma nak kongsi satu perkara penting: Kerja sosial sangat berbeza dengan kerja kebajikan. 🌾 Apa Beza Kerja Sosial dan Kerja Kebajikan? Contohnya, kerja kebajikan — kita beli sekampit beras, sekilo gula, teh, kopi dan minyak masak. Kita sedekah pada asnaf, rasa lega sebab dah bantu orang. Kadang tu sambil ambil gambar, post di medi...

Kejar Keberkatan Dalam Bisnes, Bukan Untung Semata

🌸 Che Kak Nak Pesan... 🌸 Berniaga jangan kejar untung semata-mata. Kejar juga keberkatan. Untung banyak tapi tak berkat, hati tak tenang. Tapi kalau rezeki kita berkat, walau untung tak seberapa, tetap rasa cukup dan bahagia. ❤️ Macam mana nak dapat keberkatan dalam bisnes? 1. JUJUR 2. AMANAH 3. JAGA KEPERCAYAAN pelanggan Bagi yang bisnes makanan dan minuman: Ambil suntikan Typhoid wajib untuk pengendali makanan! Jaga kebersihan diri dan tempat penyediaan makanan Pastikan kuku bersih Elakkan pakai barang kemas macam cincin dan jam ketika sediakan makanan kuman senang melekat! Jangan pegang makanan guna tangan kalau boleh guna penyepit atau sarung tangan bersih Che kak pernah nampak sendiri... Seorang pakcik bungkus kuih: Jari penuh cincin Tangan kiri pegang rokok Ambil kuih guna tangan dan terus bungkus Ya Tuhannnn... Che kak tak kisah pakcik tak hensem. Kalau hensem pun che kak tak sanggup makan kuih macam tu 😭 Kenapa tak guna penyepit? Kenapa tak tanggalkan cincin? Kenapa merokok ...

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

Uols masak sambal telur camne? Telur mata kerbau atau rebus? Asal nama sambal telur, semuanya sedap kan. Tak kisah la goreng atau rebus. Che kak nak cepat, jadi che kak rebus. Agak-agak dah masak, tutup api dapur. Sukatan masa, che kak hanya ikut gerak hati je.  Selepas kupas kulit telur, che kak goreng sekejap untuk dapatkan garing sikit.  Kalau tak nak goreng pun takpe.  Untuk sambal, macam-macam versi dan resepi. Lagi lama kita tumis, lagi sedap. Kadang kala sampai berjam-jam untuk dapatkan sambal yang sedap. Che kak masak sambal takde la lama sampai berjam-jam. Asalkan garing dan masak. Zaman sekolah dulu, masa tinggal di asrama yang kena masak sendiri, che kak guna cili boh je nak masak sambal. Lada kering direbus terlebih dahulu. Untuk sukatan, che kak guna gerak hati je nak rebus banyak mana lada kering. Che kak suka guna lada kering yang besar. Tak pedas dan warna merah sambal sangat cantik. Lagipun kita masak untuk a...

RESEPI SAMBAL IKAN SARDIN

Sape suka makan sambal ikan sardin? Sekali sekala layan lauk ikan sardin bertemankan telur dadar, perghhh memang mengenyangkan perut.  Ikan sardin adalah salah satu makanan yang perlu ada dalam simpanan pengkalan hadapan, siap siaga menghadapi bencana banjir.  Suatu ketika dahulu, ikan sardin dalam tin masih murah dan mampu milik. Sekarang ni, satu tin Ayam Brand mencecah RM8.50 yang di dalamnya ada 3 ketul.  Ikan sardin import dari China memang murah. Tapi ada yang diragui status halal.   Nak buat stok sendiri, che kak tak berapa nak rajin lagi.  Jom layan resepi ikan sardin style che kak. 🐟Ikan sardin digoreng terlebih dahulu. Memang sedap tau kalau digoreng terlebih dahulu. Tapi kena bersiap sedia la dengan penutup periuk. Haha. Merencik bak hang.  🐟Tumbuk 3 ulas bawang putih, sedikit je halia, dan 2 tangkai cili padi. Kalau nak pedas, on je. Tapi che kak letak sikit je cili padi sebab anak-anak tak tahan pedas.  🐟Tumis bah...

APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK

Che kak teringat satu permainan semasa berkursus di Melaka beberapa bulan yang lalu.   Setiap kumpulan kena bawa gelas yang berisi air yang diletakkan di atas kain batik. Setiap kumpulan kena bawa kain batik tersebut ke satu tempat tanpa tumpahkan gelas. Susah tau! Kenapa susah?  Sebab banyak sangat suara arahan dan idea bagaimana nak handle kain batik tu. Habis satu baldi air.  Tak bergerak-gerak juga. Akhirnya.....  Lantik seseorang menjadi jurucakap dan memberi arahan dan semua ahli dengar satu arahan tersebut. Walhal ramai je yang bijaksana dalam ahli kumpulan.  Tapi apa kejadahnya? Gelas asyik tumpah je.  Apakah hasilnya selepas mendengar satu arahan sahaja dan ahli sepakat. Kami berjaya membawa kain batik bersama-sama sehingga ke satu tempat tanpa tumpahkan air.  Faham maksud permainan itteew?   Che kak nak tanya.. Sape pernah lukis gambar ibu ayam dan anak-anak ayam? Cuba lukis...

PENGALAMAN BEKERJA DI KILANG

Sape pernah kerja kilang? Che kak pernah kerja kilang sebaik sahaja habis belajar kat UPM. 4 bulan je che kak sempat jadi minah kilang. Kecik hati betul bila Tun bagitau orang Melayu malas kerja. Hahaha.. Kita punye la struggle cari kerja dan kerja je apa yang ada. Kerja shif. Gaji hari RM 40.00 . OT dapat le RM 55.00 . Tinggal di asrama yang disediakan. Rumah kedai yang disewa dan dijadikan asrama. Che kak dah lupa berapa orang penghuni dalam sebuah rumah. 10 orang kot. Housemate che kak kebanyakkannya Sabahan. Tapi che kak syak ada di kalangan mereka adalah orang Filipina.Cantik lain macam maaa. Macam bintang drama Filipine. 1st time sampai kat hostel, che kak tanya arah kiblat. Hayyaaa mereka tarak tahu. Che kak tenung matahari. Ya Allah, aku nak solat ni. Tunjukkanlah arah kiblat. Selepas yakin dengan arah kiblat, che kak solat. Tak lama selepas tu, ada seorang makcik orang Sabah baru balik dari kilang. Dia tunjuk arah kiblat. Ooo nasib baik betul. Hahaha.. ...

Raikan Usaha, Bukan Sekadar Keputusan

Sekali Sekala Makan Luar, Selalu Doa Yang Luar Biasa Hari ni che kak bawa anak-anak makan kat luar. Bukan selalu pun, tapi hari ni rasa nak beri sedikit penghargaan untuk anak sulung, Abang Aiman, yang baru je dapat keputusan trial exam PT3 (hampir-hampir nak sebut PMR tadi, maklumlah mak-mak zaman PMR dulu 😅). Walaupun keputusannya tak seberapa memberangsangkan, che kak tahu dia dah berusaha bersungguh-sungguh. Ada lagi masa untuk kejar target, jadi tak perlu kecewa sangat. Kita raikan usaha, bukan semata-mata angka. Dalam masa yang sama, Abe Aulia’ tengah menduduki UPSR sekarang. Setiap kali nak tegur, che kak pun teringat zaman sendiri dulu nak dapat straight A pun jauh panggang dari api, jadi banyakkan doa je sekarang. Tegur boleh, tapi jangan sampai patahkan semangat. Sorang lagi hero kita, Abang Ahyad, tak ada peperiksaan besar, tapi dia diraikan juga hari ni. Kenapa? Sebab lepas ni dia akan "disita sementara" dari henpon sampai selesai peperiksaan akhir tahun! ...

Garang Bukan Sebab Benci, Tapi Sebab Peduli

Orang kata Che Kak garang. Tegas. Bekeng. Atau apa-apa lah perkataan yang sewaktu dengannya. Entahlah. Che Kak bukan pandai sangat nak susun ayat manis bergula. Tapi garang yang orang nampak tu bukan sebab Che Kak suka-suka nak marah. Che Kak bukan gila nak garang tak bersebab. Che Kak bukan gila kerja walaupun kadang-kadang kerja tu memang “gila”. Teguran Itu Tanda Mahu Belajar Sama-sama Che Kak ikhlas bila memberi teguran. Bukan nak tunjuk pandai. Tapi sebab nak sama-sama belajar dan jadi lebih baik. Masa kerja di pejabat lama, Che Kak dipertanggungjawabkan urus aduan pelanggan. Laporan yang staf tulis semua akan disemak dulu oleh Che Kak sebelum naik ke Tuan Pengarah. Kadang-kadang satu laporan Che Kak semak sampai 10 kali. Selagi tak puas hati, selagi itu kena betulkan. Agak-agak, ada orang suka ke laporan asyik kena reject? Kenapa Cerewet Sangat? Pernah satu ketika, ada staf terus hantar laporan ke pengarah tanpa melalui semakan Che Kak. Mungkin dia dah fed up Che Kak asyik t...

PRODUK MIKKAE HARGA RUNCIT 1 SEPTEMBER 2019 - 31 DECEMBER 2019

HARGA RUNCIT 1 SEPTEMBER 2019 - 31 DECEMBER 2019 🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛 MIKKAE MILK POWDER (serbuk susu kambing asli) 1 canister 250g RM35 (not available for the moment) 1 pek 500g RM69. Offer RM66 (available) SPECIAL : 8pek 500g + FREE 1pek 500g RM550 postage RM15 COMBO I - RM75 freepos (LIMITED 50 set only) 1 PEK 500G + 1 botol mikkae chewable COMBO III -RM150 freepos 2 PEK 500G + 1 mikkae chewable COMBO IV -RM290 freepos 4 PEK 500G + 1 mikkae chewable 🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪 MIKKAE HEALTHY SNACKS Kurma Mariami 1pek + Ajwa 1 pek RM30 freepos urma Mariami 2 pek + Ajwa 2 pek RM50 freepos Mikkae Cookies 1pek RM6 postage rm8 Offer RM36 -6 pack + free 1pack freepos & free 1 sachets Mikkae Choc Drink premix 🍫🍫🥮🍩 MIKKAE CACAO POWDER 1 canister RM25 ☕️☕️☕️☕️ Sample of Mikkae Choc Drink premix 1set ( 4sachets) RM5 (normal price RM10) MIKKAE CHEWABLE 1bottle RM49 freepos Twin bottle RM80 free pos Harga diatas valid untuk semenanjung Malaysia Tambaha...