Tentang Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Terima kasih kerana singgah ke blog ini. Nama saya Hasliza, seorang isteri, ibu, dan juga penulis blog sambilan. Saya mula menulis blog sebagai cara untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan ilmu harian — dari kehidupan seharian, resipi, tips keluarga, kewangan, sehinggalah motivasi diri.

Blog ini saya wujudkan dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca — terutamanya wanita dan ibu-ibu seperti saya yang mencari inspirasi dalam kehidupan harian.

💡 Apa Yang Dikongsi di Blog Ini:

  • Artikel berkaitan keluarga dan keibubapaan
  • Tip pengurusan masa & kewangan
  • Perkongsian gaya hidup dan motivasi
  • Panduan asas dunia blog

Saya menulis menggunakan telefon sahaja — jadi, jika anda baru nak mula blogging dan tak ada laptop, jangan risau! Segalanya mungkin dengan semangat dan konsisten.

Jika anda ingin berhubung, jemput ke halaman Hubungi Saya atau emelkan ke haslizamohdsidek@gmail.com.

Terima kasih kerana sudi membaca dan menyokong blog ini 🌷

Comments