Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Amanah, Penat & Rahmat

Selagi amanah orang belum selesai, Selagi itu hati takkan rasa tenang. Penat? Memang penat. Tapi syukur Allah hantar sahabat yang sudi bantu. Waktu susah dan senang, dia tetap ada. Itu pun satu bentuk rahmat. Tengah panas membahang, Dahaga tak terkata. Tapi Allah turunkan hujan — Bumi sejuk, hati pun reda. Syukur itu kunci bahagia. Bukan sebab semuanya sempurna, Tapi sebab kita nampak nikmat di tengah ujian.

KOLEKSI SETEM CHE KAK

Hobi che kak masa zaman sekolah dan kerja JKMWP KL dulu. Kumpul setem. Sekarang susah sikit nak kumpul setem.  Simpan kat sini wat kenangan anak cucu cicit.

KASIH SAYANG BOLEH DIBELI?

Ada kawan tanya kenapa blog nama haslizasayang. πŸ’– Sebab dalam hati che kak ada kasih sayang. Tapi tak reti nak tunjuk rasa sayang. πŸ’ž Siapalah kita nak benci pada orang kerana kita juga hamba Allah yang banyak khilaf.πŸ’” Sayang pada seseorang dengan seikhlas hati. Terima kita dengan seadanya. Baik buruk kita, baik buruk seseorang kita tetap terima dengan hati terbuka.✌ Gambar google Rasa sayang tak boleh dipaksa. Apatah lagi dibeli dengan wang ringgit. πŸ’΅ Orang sayang, alhamdulillah. Kalau orang tak sayang, takpelah. Jangan dipaksa. Kalau hati kita terluka, cepat-cepat balut hati "Allah ada". Lebih baik kita kejar kasih sayang Allah. Kerana Allah sebaik2 tempat kita berkasih sayang.❤ Blog hasliza.biz tempat simpan nota. Konon nak beli hasliza.com. Tapi mahal yak amat. Ribu riban. Mahal sangat rupanya nama haslizaπŸ˜‚πŸ˜‚.  https://www.hasliza.biz/?m=1 Guna blog free je la kan. Tu pun tak terjaga. Asyik bersawang. Blog adalah antara tempat che kak ...