Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2025

MENJUNJUNG KASIH TUANKU ATAS KURNIAAN BINTANG SERI KELANTAN SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 55

Menjunjung kasih Tuanku. Syukur pada Allah atas kurniaan rezeki yang tak pernah terlintas dihatiku. Terima kasih suamiku kerana sentiasa memberi sokongan dan restu. Tak termampu nak sampaikan ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai satu persatu.  Terima kasih adinda-adinda che kak sebab tolong screenshot gambar dan dapatlah che kak tayang dimuka buku. Rasa berdebar, menggigil dan seribu satu perasaan takut tersalah langkah tak tertanggung malu. Bintang Seri Kelantan telah menyaksikan che kak terpaksa berkasut tumit tinggi dan berselendang di bahu.  Tahniah juga buat ex-ex bossku Puan Fiqah, Puan Azizah dan En Rozi serta rakan sekerja Zuliandi yang kini sama-sama bertugas di Kota Bharu.  Che kak simpan kisah hari ini di sini dulu. Untuk kenangan hari mendatang terutama buat tatapan anak cucu.

LAGI KISAH HARI JADI BERSAMA SURI

Alahai Suri. Dah beberapa hari tak jumpa sebab cuti. Hari ni beliau ajak pergi cari kopi.  Orang darak macam che kak pantang diajak terus pergi.  Terima kasih Suri sebab belanja kek, kopi dan roti.  Che kak sayang Suri bukan kerana mahalnya secawan kopi. Tapi kerana kasih sayang seorang sahabat yang ikhlas di sisi.  Terima kasih juga jiran bilik sebelah che kak ni. Dah lama che kak berkenan dengan kotak tisu yang dikait sendiri.  Che kak nak bayar tapi beliau kata hadiah hari jadi.  Allahu Akbar! Rezeki sungguh dikelilingi rakan taulan yang baik hati. Adat apabila kita berkawan, raikan persamaan dan hormati perbezaan dan sentiasa doakan agar sentiasa dimudahkan urusan dunia akhirat dan dimurahkan rezeki.

CERITA HARI JADI LAGI

Berbunga-bunga hati hari ini. Kawan jauh di mata tapi dekat di hati ajak makan tadi.  Ingatkan nak belanja nasi lauk ikan keli. Rupanya kek secret resepi. Segan namati.  Rasa bersalah juga kerana che kak sendiri pun tak pernah makan dan bayar sendiri.  Tak termampu che kak nak balas kerana sudi gembirakan hati che kak pada hari jadi kali ini. Allah jua yang mampu murahkan rezeki buat my bestie.  Balik kerja tadi kawan jauh juga call  dan terus nyanyi lagu selamat hari jadi.  Walaupun terlewat sehari, namun seronoknya dapat dengar suara kawan yang kurindui.  Syukur sangat dapat kawan yang sangat hargai persahabatan walaupun jarang berjumpa kerana kesibukan hal duniawi.  Anak bertuah che kak pun ada yang baru bagi ucapan hari ini. Tak kisahlah asalkan anak-anak bahagia bercuti di rumah tokmi. Buleh che kak dating dengan suami.

Hari Jadi Penuh Kejutan

Sambung kisah hari jadi hari ini. Banyak kejutan pula kali ini.  Tak sangka sama sekali pagi tadi dapat hadiah dari Che Ty.  Petang tadi che kak balik lewat daripada biasa kerana duty kaunter hari ini. Kebetulan Mr A minta tukar hari bertugas kerana beliau ingin cuti.  Beberapa minit lagi nak tutup pintu pejabat ada runner shopee. Biasa la kan hantar barang yang kastemer beli. Terkejut badak sebab ada barang pos atas nama che kak sendiri.  Takut juga nak buka sebab tak pernah beli barang shopee yang di alamatkan ke pejabat di sini. Jeng jeng .... ada bungkusan Jovi. Bon Jovi mana pula poskan beg pitih pada che kak kali ini. Rasa macam mimpi. Ooo rupanya suami che kak buat surprise luar biasa kali ini. 😭❤️ Ngam ngam pula sampai masa tarikh hari jadi.  Baru je suami bagitau dia takde hadiah nak bagi. Sungguh! Che kak tak kecil hati kalau takde hadiah kali ini.  "Suami' itu pun dah hadiah teristimewa dalam hidup che kak kerana che kak tak perlu fikir segala b...

Umur Yang Dipinjam, Rezeki Yang Tak Terkira

Suami: Lambat eh kul 12 tengoh male. Che kak: Bakpo? Ado gapo? Suami: Nok wish besday awok la. Tok wish gak, mecok la. Che kak: Hok aloh. Tido la. Esok esok mo la royaknyo. Suami: Tok leh nanti awok mecok. Kenal lamo doh awok tu. Che kak: Doh, royak la selalu. Dei jenero. Suami: Awal lagi. Baru pukul 11.00. Jeng jeng.... Dei umur semakin meningkat ni sedap tido lagi la dei ngatuk mari. Postponed ucapan sapa pagi ni. Abang Aiman juga yang jadi orang pertama wish🤪 Sementara umur masih berbaki, nak hidup tenang je dan malas nak hadap masalah yang tak perlu dicari. Terima kasih. Hadiah dari kawan baru che kak Syukur alhamdulillah atas segala kurniaan rezeki. Tak terhitung dengan jari. Nak hidup tenang, jangan bandingkan rezeki kita dengan orang lain sebab masing-masing dah tertulis rezeki. Kalau ada toxic people cepat-cepat la angkat kaki. Sama juga dengan kerja dan kalau penat rehat dulu pulihkan tenaga dan emosi. Kerja takkan habis walaupun kita dah ditelan bumi. Sesuatu yang che kak b...

Kisah Cuti Rayo Cino, Jari Kepit Pintu Keto

AKTIVITI CUTI TAHUN BARU CINA 2025 Tersebutlah kisah pete tadi jari terkepit pitu keto. Sikik rabuk tok seko. Tok laki tanyo nok triok ko nok ssuko. Sakit wei sapa tubik air mato.  Mujur jugok tutup pitu slow tok derah mano. Bele slow pun tubik daroh sapa gelak mato. Aaa sudoh esok buleh ko g kijo.  Sajo jah nok nulis sebab lamo doh tok cerito. Buleh jugok wat modal nulis di mukobuku walaupun friendlist tok berapo nok ado.  Hari ni gi bbeli baju sekoloh anok dengan duit gaji yang ado. Syukur jugok ado rezeki sebab kito kijo pun meme untuk mereko.  Jange mengeluh menyediakan keperluan anok-anok kerano  tanggungjawab kito sebagai ibubapo.  Cuti rayo tok leh nok gi derak mano. Jimat jimat pitih sebab sekoloh tok lamo doh nok bukok termasuk la nok rayo. Utamakan keperluan daripada kehendak jiwo.  Seronok jugok cuti rayo sebab buleh jupo anok-anok sedaro. Betullah kata ore tetamu mari bawa rezeki ke rumoh kito.  Buleh raso ike sungai masok ppoyok by ch...