Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2023

Tak Ada Rakaman Video Masa Hari Akad Nikah

Belum terlambat nak ucapkan tahniah kepada pelakon  pi mai pi mai tang tu. Dulu memang tengok sokmo rancangan tv ni.  Tak sangka pula ada pertikaian berkaitan 'sah'. Che kak tak berniat nak ulas mengenai akad nikah berkenaan sebab dah diulas oleh pakar agama. Walaupun kita ni kurang bab agama, tapi tidak la sejahil itu sehingga  membuat tuduhan dan fitnah yang sangat berat itu. Sebenarnya che kak teringat majlis perkahwinan che kak je ni. Semasa pengantin lelaki lafaz akad nikah di masjid, che kak berada di rumah. Sampai sekarang che kak tak tahu macamana suasana akad nikah sebab video pun takde nak tengok.  Dah la che kak ni orang jenis visual. Kena tengok dengan mata sendiri baru percaya. Haha. Lepas akad nikah, suami pun datang rumah. Terus dia tegur "merohnyo lecu". Che kak pun cepat-cepat sapu sebab malu. Haha. Dah la tu makan sorang-sorang je kat bawah khemah tak ajak kiter. Haha. Percaya tak percaya pun, kena yakin la dah sah jadi isteri dan bukan lagi berada ...

SABUN HOMEMADE DARI MINYAK MASAK TERPAKAI MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

 Geram pulak tengok minyak masak. Timbang dapat 1kg. Apalagi, kita proses dia jadi sabun.  Selamat alam sekitar longkang rumah che kak.😆 Macam-macam buleh buat dengan sabun ni.  Setakat ni dapat maklumbalas yang positif dari kawan ofis. Alhamdulillah. Tapi belum ada lagi keinginan untuk jual sebab tak tahu mood kerajinan tu level mana lagi😂. Maaf la kalau che kak tak dapat bagi resepi sebab jaga amanah founder kelas online sabun homemade. 

Anak Sulung Che Kak

Ini anak sulung che kak. Dah besar dah. Kalau jodoh cepat bakal jadi suami orang. Kalau jodoh lambat lagi, sempat merasa lagi kita nak membebel rambut penyapu dia tu. Walaupun dari dalam kandungan lagi terpaksa melalui cabaran, namun ianya hanyalah proses hidup yang perlu dilalui. Dalam kandungan lagi anak sulung che kak kuat. Kami duk sorang-sorang kat KL tanpa keluarga. Merasa juga la sebulan duk dalam wad HUSM sebab anemia sebelum bersalin. Terima kasih kepada penderma darah. Banyak pula tu. 2 beg darah saper tau duk mengalir dalam tubuh kami. Dah bersalin, kami terpaksa melalui episod pjj. Tak merasa nak jaga baby dengan air tangan kita sendiri. Alhamdulillah, Allah bagi juga melihat anak sulung depan mata sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja. Sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.  Tumpang bangga juga la dengan kejayaannya walaupun che kak takde pun tolong ajar. Saat-saat menghadapi exam SPM, dah kena lalui ujian patah tangan. Che kak panggil tangan lima ribu. Namun berkat sa...

BAGAIMANA CARA UNTUK ISTIQAMAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Throwback. Masa che kak masih belajar di UPM dulu, che kak terdengar perbualan antara ibu dan anak. Si anak bertanya kenapa semalam takpe tak pakai tudung, hari ni kena pakai tudung pulak? Si ibu pun menjawab. Semalam kita tengok konsert hari ni kita tengok nasyid. Terkedu bila dengar jawapan si ibu.  Walaupun si anak belum lagi menanggung dosa pahala menutup aurat,namun jawapan si ibu akan menyebabkan si anak keliru. Macamana nak istiqamah menutup aurat dengan sempurna? Che kak tak bermaksud nak  berceramah sebab che kak bukan ustazah. Sekadar berkongsi apa yang kita tahu. Pertama sekali, letak Allah di depan kita. Maksudnya, kita kena turut apa yang Allah perintahkan dan patuhi larangan Allah. Tanamkan rasa takut pada azab Allah dan semaikan rasa cinta dan inginkan syurga  Allah. Cari keredhaan Allah. Apa yang Allah suruh dan larang ni, pasti ada hikmah.  Walaupun suami izinkan buka aurat, namun itu bukanlah alasan boleh menyelamatkan diri dari tidak patuh hukum Al...

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Alhamdulillah selamat sampai kat loqstaq. Hantar biras dan anak saudara sambil melawat Abang Ahyad.  Ya Allah, sebaknya rasa sebaik sahaja tengok rumah.  Rasa pilu sungguh. Sunyi sungguh rasa. Hari ni genap seminggu arwah meninggalkan kami semua. Orang kata rindu yang tiada penghujungnya.  Tadi singgah beli pisang goreng dan keropok kat mana ntah. Lupa dah nama tempat tu. Orang Kedah memang peramah sangat la. Segan pula rasanya sebab che kak ni introvert. Tapi cuba juga la sama-sama jadi peramah.  Sempat juga la beli sebotol sos cili hasil produk keluaran kilang di  Pokok Sena. Kebetulan ada van yang bawa produk sos tu. Katanya takde lagi kat Kelantan.  Pada awalnya depa nak bagi free je tapi che kak bayar juga sebab tu depa punya  usaha cari pendapatan. Harga 2 ringgit 2 kupang. Jap agi kita try.

KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Che kak baru je install akaun tik tok. Belum tengok lagi apa yang ada dalam tik tok. Sekadar jenguk-jenguk tik tok shop je dulu. Jenguk-jenguk pun sempat juga sambar buku 114 surah, maggi korea dan jubah sehelai. Hari ni baru berkelapangan nak jenguk tik tok arwah abe ngoh@walid. Allahu rabbi. Semoga pahala berpanjangan buatmu atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Sejujurnya kami tak pernah lagi merasa kehilangan ahli keluarga terdekat secara tiba-tiba. Arwah sebaya che kak.  Sebab itu masa dapat khabar berita, che kak tak dapat nak teruskan kerja-kerja che kak pada masa itu. Syukur sangat ada kawan-kawan yang tolong take over . Che kak hanya kakak ipar pun terasa sangat kehilangan arwah. Apatah lagi umi, papa, adik beradik, isteri dan anak-anak arwah. Lagi la depa terasa dan bagaikan tak percaya arwah pergi tanpa tanda-tanda sakit. Kita selalu je dengar tentang kematian husnul khatimah. Kami sangat cemburu dengan cara kematian arwah.  Mati itu pasti. Tapi bagaimana cara kita...

DAMAILAH KAMU DI SANA WAHAI WALID

 Apabila terpandang wajah anak-anak yatim dan balu si arwah, Ya Allah rasa bersalah sangat. Banyaknya dosa che kak pada arwah walid mereka. Baru terasa manisnya kenangan pergi ke Kedah minggu lepas. 5 hari berada bersama arwah meninggalkan seribu kenangan yang tak mungkin che kak lupakan sepanjang hayat. Syukur sangat Allah bagi peluang untuk kami habiskan masa bersama-sama semasa di Kedah. Ya Allah, kurniakanlah taman-taman syurga kepada arwah walid.  Masih sukar lagi untuk terima kenyataan secepat ini walid dipanggil Allah. Semoga anak-anak, isteri, umi papa tabah terima ujian ini.

MINGGU YANG SIBUK DENGAN BERKURSUS

  Hari ini (20.9.2023) berkesempatan hadir kursus berkaitan keselamatan jabatan. Hari ni juga clash dengan kursus lain yang sepatutnya kena hadir juga. Tapi jauh nun sorang-sorang nak pergi memang idok ler. Setakat Putrajaya che kak boleh pergi lagi dengan bas. Bila kursus di negeri yang che kak tak biasa, mana la che kak tak reti nak pi sorang-sorang. Silap haribulan che kak pula yang jadi kes terdampar dan gelandangan di negeri itu. Bukanlah bermaksud nak demand. Tapi tulah, selagi kita boleh usaha pergi sendiri kita ikhtiar juga. Tapi bila diluar kemampuan kita, memang terpaksa tolak. Petang tadi ada juga taklimat berkaitan dengan program hari Sabtu dan Ahad ni. Tak dapat juga nak join dengar. H abis je kursus terus call member tanya berkaitan taklimat tadi. Berbalik kepada kursus hari ini, belek punya belek gallery album, eh mana gambar-gambar yang che kak snap tadi. Ada yang ni je. Haha.

Dari Machang ke Albukhary: Pilihan yang Dihormati

Hari ni selamat dah Abang Ahyad jadi student Albukhary International University.  Walaupun kita sebagai mak ni lebih suka abang Ahyad belajar di UiTM Machang, namun kita hormati pilihannya  sendiri. Perancangan Allah sebaik-baiknya. Kita hanya mampu merancang.  Seronok juga bila masuk kat AIU ni. Tenang je. Pandai-pandai la abang Ahyad jaga diri.  Nanti abang Ahyad balik cuti semester, jenuh la umi dengar abang ahyad kecek Afghanistan, Afrika, dan macam-macam bahasa la. Ambil la peluang belajar pelbagai bahasa. Tak rugi belajar. Nanti free la che kak citer panjang lagi. Nak gi Tanjung Dawai jap.