Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2026

1001 Kisah Masyarakat

1001 kisah masyarakat  Tak logik tapi itu hakikat Berkopiah banyak ilmu tarikat Rupanya modal untuk kebas duit sedekah dan zakat Owner pusat tahfiz kaya dibuat buat Tambah bini sampai empat Beli kereta mahal dan banglo empat tingkat Suruh bentang audit mulalah menggelabah biawak tengah sarat Rasuah dan pecah amanah berleluasa dan tak takut dah azab akhirat Tak sedar lagi dunia hampir kiamat Lupa kali dengan Tuhan Maha Melihat Hidup tak tenang kerana hilang berkat dan jauh dari rahmat Ikan makan anak tak kira haruan atau sepat R***l anak comel atau cacat Punggung dah berbirat birat Hancur kulit dan isi kena sebat Dapat pula mak yang musibat Back up suami kononnya baik macam malaikat Tak kasihan pada zuriat Walhal si anak la harta dunia akhirat Tambah anak setiap tahun tak menyempat nyempat Malas nak kerja sebab dah sakit urat Anak-anak terabai tak cukup zat Rela bergolok bergadai beli dadah sebab dunia punya nikmat Agama suruh berusaha dengan tulang empat kerat Meminta-meminta siap ...

Salam Takziah Buat Amyza Adnan

Amyza Adnan memang dikenali sebagai pelakon yang berbakat dan ceria.  Namun di sebalik senyuman dan gelak tawanya, tersimpan ujian yang sangat berat iaitu kehilangan anak selepas melalui perjuangan melawan kanser. Hati ibu mana yang tak rasa sedih dengan ujian anak sakit kanser termasuk anak nombor dua.  Menangis si ibu bukan bermakna tak redha tapi lumrah sifat kita sebagai manusia. Salam takziah buat Amyza Adnan dan seluruh keluarga.  Semoga Allah mengurniakan ketabahan yang luar biasa buat mereka. Mengangkat darjat anak-anak yang diuji dengan kesakitan sebagai asbab syurga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh, lebih-lebih lagi pemergiannya dalam bulan yang mulia.

Best Ke Masak Guna Dapur Kayu

Tadi ternampak seorang wanita sedang mengacau sesuatu dan wangi baunya. Ada kayu api yang menyala di bawah periuk tembaga. Pulut manis yang dimasak bersama daun pandan, manisan dan gula. Santan? Tak pasti la pula. Menggamit nostalgia guna dapur kayu masa kanak-kanak riang ria.  Masak air guna dapur kayu sangat sedap rasanya. Bau asap api kayu sebati dengan adunan dalam periuk belanga. Terus tanya makcik jual ke? Beli beberapa bekas kerana bau nostalgia itu yang menggamit memori lama.  Mahal murah tolak tepi kerana duit gaji masih ada.

Keberkatan Bersahur

Bersahur ala kadar sahaja. Mengambil berkat bersahur adalah tujuan utama.  Kejutkan ahli keluarga untuk sahur bersama. Lagi afdhal sama-sama sediakan juadahnya. Mengantuk dan takde selera macamana pun, tetap kena sahur walaupun sekadar seteguk air sejuk sahaja. Lepas sahur tunggulah seketika. Solat dulu supaya tidak terlajak subuh gajah matahari atas kepala.  Baca al Quran untuk tambah pahala.  Jangan mengumpat sebab takut sia-sia aje puasa.

Apakah Perbezaan Influencer dan Orang Awam Memasak

Tengok artis dan influencer masak kan main cantik bergaya sekali. Rambut panjang mengurai tak ikat tocang pun masih steady. Masak sambil bercakap tanpa lapik, agaknya air liur kebal tak termerencik dalam kuali. Kita masak baru lima minit berdiri, muka berkilat boleh pantul cahaya mentari. Bau baju melekat bau belacan walaupun dah letak softlan yang wangi.  Beli kain microfiber premium dari Shopee 😆 Tapi tetap lap tangan di baju kelawar pasar tani. Masuk pertandingan masak, juri komen pun kita angguk dengan sopan sekali. Cubalah kalau tok laki komen maunya muncung 14 inci.

Siapa Memandu Axia Merah

Alhamdulillah, hari ini berbuka puasa di rumah.  Bertolak balik tadi selepas solat Subuh dan matahari nampak dah. Syukur alhamdulillah sampai rumah dengan selamat dan sempat solat Jumaat di Kg Banggol Lepah. Che kak apalagi, tidur macam kita yang terpaling penat memandu Axia merah. 🤪 Suami masak lauk kurma ayam dan ikan masin yang dibeli di Kedah. Kak Ilah nak makan nasi kerabu dengan lauk ayam bakar kaler merah. Beli di bazar aje lah. Umi korang bukannya rajin nak masak benda renyah.  Anak-anak nak beli di bazar dan dapatlah keluar membeli sebab  abang Aiman ada di rumah.  Jadi pemandu adik la jawabnya sepanjang bercuti kerana umi dah bagi tauliah. Alhamdulillah makanan dan air tidak dibazirkan dan tiada makanan yang dibuang dalam tong sampah. Boleh ke claim donut kalau guna roti beger kosong celup coklat dan tak takut ke kena sumpah?

Best Ke Bercuti Di Kedah

Sambung cerita hari kedua pula. Kami bersarapan di kedai roti canai terbang di Pokok Sena.  Che kak order roti pisang dan pesan siap-siap campur telur sebab dalam senarai menu tiada. Hairan bin ajaib apabila air yang dipesan tidak sampai ke meja. Tunggu punya tunggu sebab roti dalam perut dah dihadam oleh enzim pepsin yang merupakan enzim utama.  Maka che kak pergi bertanya. Takkan la teh o beng dan sky juice kena ambil masa yang lama. Selesai minum, kami bertolak ke Pendang Waterfront sebab anak-anak nak mandi air kolam termasuk che kak pun sama. Kolamnya kecil dan sesuai untuk budak-budak je yang main dan che kak lupakan hasrat nak berendam bersama. Asalkan anak-anak bahagia cipta kenangan sesama mereka. Harga tiket tiga ringgit sahaja. Tetapi memori tercipta bersama mahal harganya. Dah puas mandi manda, kami singgah makan di mi sup kedai viral juga. Guna sistem nombor QMS macam klinik kesihatan dan tiba-tiba rasa malu menjelma. Ytjt la ya😌 Walaupun kedai viral tapi che kak...

Pengalaman Berpuasa Di Kedah

Hari ni (19.02.2026) bersahur dan berbuka puasa di Kedah Darul Aman. Sebagaimana namanya begitulah rasa tenang dan damai dengan suasana dan persekitaran.  Alang-alang bercuti ambil peluang bawa anak-anak dan anak saudara berjalan-jalan. Sambil beli baju raya di sini walhal boleh je beli di Kelantan. Sekadar nak merasa vibe shopping luar negeri untuk kenangan.  Paling penting boleh buat modal menulis di muka buku dan blog che kak yang hidupnya pun segan. Bab baju raya suami che kak yang uruskan. Che kak suka beli biskut raya yang ditempah dengan kawan. Lebih baik anak-anak pilih sendiri baju raya yang depa berkenan. Kalau kita yang pilih nanti baju jadi sarang tebuan. Kita dah jadi ibubapa kena ikut peredaran zaman.  Bukan semua perkara kita guna kuasa veto dan perlulah juga hargai anak punya perasaan dan keinginan. Selagi tak bercanggah agama, keselamatan dan peraturan. Pukul 6.00 petang pergi ke bazar Ramadan. Tak ramai orang berniaga sebagaimana di Kelantan. Pergi sekad...

Kenapa Kedah Jadi Pilihan Destinasi Bercuti

Dah lama tak bawa anak-anak bercuti ke luar negeri. Sempena cuti Tahun Baru Cina selama dua hari dan tambah cuti rehat sendiri selama sehari. Maka jadilah percutian ke Kedah sebagai destinasi pilihan kami. Tepat jam 4.00 pagi kami bertolak dan singgah solat Subuh di Titiwangsa dan airnya sangat sejuk terketar-ketar sendi. Tahniah Abang Aiman kerana berjaya memandu dengan baik walaupun kabus tebal dan umi tertidur dengan senang hati. Bawa bekal air kotak dan biskut yang dibeli di kedai eco gara-gara malas nak masak sebab takut lupa tutup api.  Singgah sarapan di Baling dan che kak makan nasi lauk kambing masak kari. Mentang-mentang baru dapat gaji. Singgah di Tanjung Dawai beli ikan masin, ikan bilis, belacan dan udang kering serta baju bundle gambar mickey. Niat nak naik bot tapi tak tercapai kerana tiada orang di jeti. Suka tengok pemandangan hijau sawah padi dan bukit bukaunya sebab tu nama diberi Jelapang Padi.  Perjalanan diteruskan dan tumpang bermalam di rumah saudara ka...

Memacu Kehidupan Tahun Baru Cina 2026 anjuran Yayasan Petronas

Pada 15.02.2026, kami berkesempatan hadir ke Majlis Menyambut Tahun Baru Cina. Majlis anjuran Yayasan Petronas bagi menyantuni warga penerima bantuan JKM masyarakat Tiong Hwa. Ada OKU, warga emas, ibu tunggal bersama pengiring mereka. Majlis dirai di Hotel Perdana.  Turut hadir Tuan Pengarah JKMN dan big boss bahagian bantuan bersama anak buahnya. Tak sah kalau tak diserikan dengan tarian singa. Berdentum jantung dengar bunyi alat muzik yang mengiringi tarian dan itulah kali pertama tengok depan mata. Macam biasa sudah tentu ada ucapan aluan dan perasmian bagi memeriahkan acara. Kali pertama che kak makan yee sang dan pasti ada kisah dan makna disebaliknya. Gaul dengan chopstik tinggi-tinggi secara bersama-sama.  Mmm sedap juga rupanya. Ada rasa betik dan halia. Manis-manis macam ada sirap madu atau gula. Kalau letak perahan limau dah jadi sebiji rasa macam kerabu somtam tabur buah pala. Ada sesuatu yang che kak makan tapi tak tahu apa dia. Hirisan ikan salmon katanya. Pelbaga...