Memacu Kehidupan Tahun Baru Cina 2026 anjuran Yayasan Petronas

Pada 15.02.2026, kami berkesempatan hadir ke Majlis Menyambut Tahun Baru Cina.


Majlis anjuran Yayasan Petronas bagi menyantuni warga penerima bantuan JKM masyarakat Tiong Hwa.


Ada OKU, warga emas, ibu tunggal bersama pengiring mereka.


Majlis dirai di Hotel Perdana. 


Turut hadir Tuan Pengarah JKMN dan big boss bahagian bantuan bersama anak buahnya.


Tak sah kalau tak diserikan dengan tarian singa.


Berdentum jantung dengar bunyi alat muzik yang mengiringi tarian dan itulah kali pertama tengok depan mata.


Macam biasa sudah tentu ada ucapan aluan dan perasmian bagi memeriahkan acara.


Kali pertama che kak makan yee sang dan pasti ada kisah dan makna disebaliknya.


Gaul dengan chopstik tinggi-tinggi secara bersama-sama. 


Mmm sedap juga rupanya. Ada rasa betik dan halia. Manis-manis macam ada sirap madu atau gula.


Kalau letak perahan limau dah jadi sebiji rasa macam kerabu somtam tabur buah pala.


Ada sesuatu yang che kak makan tapi tak tahu apa dia. Hirisan ikan salmon katanya.


Pelbagai menu masakan cina. Tak lengkap tanpa hidangan teh bau wangi bunga. Che kak suka mencuba semua menu yang ada.


Tak sedap belakang kira. Yang penting cari pengalaman dan suasana.


Satu je che kak tak makan iaitu lada. 


Oh ya pastilah ada sumbangan untuk jemputan yang dirai bersama.


Bakul makanan dalam beg dan berat juga. Biskut raya pun ada.


Jangan pandang pada sumbangan kalau tak seberapa. Paling penting tanda ingatan oleh badan korporat yang ingin kongsi rezeki bersama. 


Tahniah pada Che Siti dan kawan-kawan kerana sanggup korbankan waktu bersama keluarga demi klien kita.


Merasa juga makan jem atas jalan raya walaupun hotel dekat aje. Penangan cuti sekolah dan cuti raya.


































Comments