Throwback sikit. Pada suatu petang lebih kurang jam 4, Che Kak ada kat pejabat. Tengah bersiap-siap nak kemas meja, tiba-tiba datang seorang staf katanya baru balik dari mesyuarat di HQ. Tak lama lepas tu, masuk pula sepasang suami isteri. Rupanya mereka datang untuk ambil satu dokumen. Beberapa minit kemudian, staf tadi hulur surat tu kepada si suami. Apa jadi lepas tu… mengejutkan. Si suami bukan main bebel, katanya surat tu sepatutnya dia dapat waktu pagi. Sedangkan staf tu baru balik dari miting, dan walaupun dah lewat petang, dia tetap datang ke pejabat demi nak pastikan surat tu sampai ke tangan penerima. Tapi satu pun tiada ucapan terima kasih. Yang malu? Si isteri. Terkebil-kebil dia tengok gelagat suami sendiri. Mujur sempat bisik dan ucap, “Terima kasih ya, kak,” sebelum keluar dari pejabat. Kenapa Susah Sangat Nak Ucap Terima Kasih? Zaman sekarang, ramai orang makin hilang seni menghargai. Minta tolong orang, dapat bantuan, tapi nak sebut terima kasih pun berat mu...