Ucapan Terima Kasih: Kecil di Mulut, Besar di Hati

Throwback sikit.

Pada suatu petang lebih kurang jam 4, Che Kak ada kat pejabat. Tengah bersiap-siap nak kemas meja, tiba-tiba datang seorang staf  katanya baru balik dari mesyuarat di HQ. Tak lama lepas tu, masuk pula sepasang suami isteri. Rupanya mereka datang untuk ambil satu dokumen.


Beberapa minit kemudian, staf tadi hulur surat tu kepada si suami.


Apa jadi lepas tu… mengejutkan.

Si suami bukan main bebel, katanya surat tu sepatutnya dia dapat waktu pagi.


Sedangkan staf tu baru balik dari miting, dan walaupun dah lewat petang, dia tetap datang ke pejabat demi nak pastikan surat tu sampai ke tangan penerima.


Tapi satu pun tiada ucapan terima kasih.


Yang malu? Si isteri.

Terkebil-kebil dia tengok gelagat suami sendiri.

Mujur sempat bisik dan ucap, “Terima kasih ya, kak,” sebelum keluar dari pejabat.


Kenapa Susah Sangat Nak Ucap Terima Kasih?

Zaman sekarang, ramai orang makin hilang seni menghargai.

Minta tolong orang, dapat bantuan,  tapi nak sebut terima kasih pun berat mulut.

Macam rugi RM10 setiap kali ucap.


Sedangkan ucapan tu tak memerlukan tenaga, tak keluarkan duit pun. Tapi impaknya besar.


Buat orang rasa dihargai


Boleh ubah mood seseorang yang mungkin tengah penat atau serabut


Tanda kita masih ada adab dan akhlak


Contoh Kecil Tapi Bermakna


Bayangkan orang tolong pegang pintu untuk kita.


Kalau kita terus masuk tanpa pandang. Penat tau tunggu orang masuk sambil pegang pintu.


Kalau nak lagi tragik, pintu tu terlepas  kena muka kita balik.

Dah tak ucap terima kasih, kena pintu pulak. Double karma.


Bab Sumbangan Pun Sama

Sekarang ni ramai terima sumbangan seperti beras, gula, tepung, macam-macam.

Tapi masih ada juga yang komen:


“Eh, ni bukan produk BMF…”

“Kenapa tak bagi yang organik?”

“Saya tak makan biskut ni…”


Che Kak nak tanya, tak boleh ke ucap terima kasih dulu?


Terima Kasih Itu Refleksi Diri


Ucapan terima kasih ni bukan sekadar formaliti.

Ia refleksi siapa kita sebagai manusia.

Adab yang kecil, tapi mencerminkan nilai yang besar.


Jangan sampai orang yang menolong kita serik, sebab setiap bantuan tu adalah rezeki.

Dan kadang-kadang rezeki tu datang bukan dari tangan, tapi dari budi bahasa kita.


Jom kita mula semula. Budayakan semula ucapan terima kasih.


Kecil je perkataan tu, tapi kesannya besar.

Kalau nak orang buat baik pada kita, kita kena mula jadi orang yang tahu menghargai.

#TerimaKasihItuPercuma



Comments