Cermin Awaatif, Cermin Diri Kita
Che Kak perati je Awaatif bila dia berdiri depan cermin.
Bukan sekadar sikat rambut.
Dia akan bercakap, berlakon, beraksi
Kadang jadi cikgu,
Kadang jadi mama,
Kadang jadi anak,
Kadang jadi budak dalam TV yang dia tengok.
Penuh keyakinan.
Tak malu, tak ragu.
Dia yakin dengan dirinya, walau hanya berdepan pantulan sendiri.
Macam-macam watak dia cuba. Tapi semuanya dari satu hati yang tulus dan seronok.
![]() |
Gambar sumber wikipedia |
Dan Che Kak pun terfikir…
Kita hari ni, dah ‘cermin’ diri kita belum?
Cermin hati?
Cermin niat?
Cermin akhlak kita depan orang?
Atau kita hanya berlakon watak yang orang nak tengok… tapi lupa siapa sebenar kita?
Terima kasih Awaatif,
Kerana buat Umi diam-diam belajar semula tentang kejujuran & keyakinan.
😊😘
#CatatanUmi
#AwaatifDalamCermin
#CerminDiriHariIni
Comments
Post a Comment