Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

DAUN KUNYIT SUSAH NAK JUMPA?

Susah nak jumpa dia ni, so awal² lagi tanam dia. Nasib baik tak kering layu terkulai. Dapatlah merendang hari ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023

 Selamat hari raya gais. Maaf zahir batin. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran.

Muka Buku Ini, Ruang Rasa Sendiri

Lama dah che kak tak menulis di muka buku ni. Biasalah, bila che kak menulis, memang untuk syok sendiri je. Jangan ambil serius sangat apa yang che kak tulis. Hidup ni pun dah cukup stres, kadang-kadang bila ada masa terluang, menulis sikit-sikit ni jadi terapi untuk diri sendiri. Kalau rasa tak best, annoying atau meluat, che kak faham. Zaman sekarang ni kan semua di hujung jari – scroll laju-laju je, atau tekan je unfriend atau unfollow. Tak ada paksaan. Tapi kalau rasa ada manfaat, anggaplah sharing is caring. 🌸 Terapi & Cerita Kosong Pun Ada Makna Selain dari rutin harian lawat kedai Eco, menulis dan menampal gambar atau cerita di muka buku ni sekadar terapi jiwa untuk che kak. Kadang-kadang benda simple macam review sabun cuci tandas pun boleh jadi seronok bila dikongsi. Ada yang mungkin anggap remeh. Tapi bagi che kak, setiap orang ada cara tersendiri untuk lepas penat, lepas stres. Kalau ada yang sudi baca, alhamdulillah. Kalau tak, tak mengapa. 🌸 Che Kak Suka Baca Apa Ora...

IKAN MASAK GULAI KUNING

Ikan berenang di lautan, Terkena pukat si nelayan, Lengkuas kunyit dan santan, Dalam periuk disatukan.

LEBIH SUKA MASAK ATAU BELI DI BAZAR?

Takut pula rasa nak membeli di bazar ramadhan. Macam² citer keluar. Ayam tak masak la, basi la, mahal la, kuih angin la, macam² la. Setakat ni che kak lebih suka beli dengan rakan² yang open order dan beli kuih muih kat kedai depan rumah.  Lagipun malas nak hadap jem dan susah nak cari parking kereta.  Alhamdulillah penat macamana pun, masih berkesempatan masak sendiri. Balik awal 1 jam memberi kelebihan untuk che kak berehat dulu sementara masuk dapur. Lagipun masak simple² je.  Teringat pula kisah masa kami pjj dulu. Suami dari Melaka, ambil che kak di KL lepas tu terus bertolak balik ke Kelantan. Suatu hari, masa tu dah azan menandakan dah masuk waktu berbuka puasa. Singgah bazar di Gua Musang. Sempat beli nasi kerabu yang nasinya berkerak, yang tak berapa nak kerabu dah. Lauknya kepala sotong seketul je. Kalau cakap harga yahudi kan, takut orang yahudi marah pula duk petik nama bangsanya. Terpaksa beli juga sebab niatnya sekadar nak alas perut sementara nak sampai kat...

KUIH RAYA

 Walaupun namanya kuih raya, namun ku tetap buka bagi anak² makan.  Tadi beli bekas kat Mr DIY, dia tanya kak niaga biskut raya ke? Hehe, nak wat hiasan atas meja je dik.  Bekas untuk letak kuih raya pun mahal yak amat. Haaa beli bekas ni je tak sampai 2 hengget.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

 Ikan patin sekor rm8 lebih Tempoyak 1 bekas rm4 Bunga kantan 1 ikat rm2 Lada burung, kunyit hidup dalam peti ais Daun kesom seikat tepi rumah Lain² kos api gas, air, letrik, garam gula asam keping, limau nipis, jalan kaki panas lik² kat pasar tani.

TEMUJANJI HRPZII

Hari ni (17.4.2023) cuti bawa anakanda puteri sulung untuk cek kesihatan di HRPZII. Susulan selepas masuk wad kecemasan selama 3 hari sebelum puasa hari tu.  Semalam pun che kak dah wasap surat kepada mudir untuk maklum anak tak gi sekolah hari ni.  Seawal pagi rezeki jumpa orang baik² je hari ini. Dapat parking pun mudah. Abang jaga parking pun senyum je.  Sampai kat hospital jam 8 pagi. Tengok papan tanda sebab tak ingat tingkat berapa nak pi. Nasib baik ada kakitangan hospital bagitau tingkat berapa kena pi. Daftar kat kaunter pun bahagia je rasa sebab semuanya memberi layanan yang baik. Misi² dan doktor pun baik je. Sejuk perut  ibu mengandung. Daftar, cek jantung, jumpa doktor, ambil darah, ambil ubat, hantar sample darah kat makmal patologi ambil masa lebih kurang 2 jam. Alhamdulillah.  Masa balik sempat ler singgah kedai eco😆. Terapi.  Balik rumah, dapat ler rehat sekejap sementara nak masak, basuh, lipat kain, ambil anak sekolah, buang sampah dan b...

GULAI DAGING RESEPI AZIE KITCHEN

 Saje la try resepi azie kitchen hari ni (18.4.2023) Daging masak gulai kuning. Kebetulan ada belimbing masyam tadi, kita campak je la dalam gulai walaupun resepi tak letak belimbing.