Cita-Cita & Tanggungjawab: Jangan Sampai Jiwa Terluka 🌟 Kita semua pernah punya impian besar. Ada yang nak jadi doktor, guru, jurutera, atau ustazah tentera. Macam che kak dulu terinspirasi dengan uniform KAGAT, hati membara nak ke Jordan, nak berdakwah sambil berkhidmat. Tapi tak semua laluan kita licin. Kadang-kadang Allah tukar arah. Bukan sebab Dia tak sayang, tapi sebab Dia nak bagi lebih baik. 📚 Dulu che kak belajar agama. Dapat A1 dalam subjek PSI, PQS, Bahasa Arab Tinggi. Tapi akhirnya, Allah bawa ke UPM, belajar Diploma Pembangunan Manusia. Semester pertama, jatuh. Pointer cuma 1.7. Hampir tersungkur. Tapi dari jatuh itu, che kak bangun. Jumpa jodoh. Jumpa rezeki. Hikmah datang tanpa disangka. 🎯 Bila cita-cita tak tercapai, jangan kecewa. Mungkin Allah tukar cita-cita dengan tanggungjawab yang lebih besar. Kerja 16 tahun di JKM bukan kecil. Setiap hari jumpa pelbagai ragam manusia. Dari situ che kak belajar: “Kerja bukan sekadar gaji. Tapi satu ladang untuk m...