Bersih dan Kemas, Rahsia Tenang di Rumah

Rumah Kayu Tak Bermakna Hidup Serba Kurang

Berbelas-belas tahun yang lalu…

 “Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

“Mokcik wat gapo?”

Walaupun dah nampak apa makcik tu tengah buat, saje je nak buka perbualan. Satu adab  mulakan dengan tegur dan senyum. Tapi... tahu tak apa makcik tu tengah buat?


Dia tengah berus tangga simen warna rumah dia. Bersih bukan main. Licin. Takde secalit lumut pun. Macam baru dicat. Bila naik atas rumah — wowww!


Rumah papan je pun, tapi bersih ya amat. Tak nampak langsung walau seketul tahi cicak. Che kak terpaku. Warga emas ni... memang luar biasa. Hidup sederhana, tapi sangat menitikberatkan kebersihan dan susun atur.



Cerita kedua pula..

Che kak pergi melawat kes. Rumah kampung, papan tak bercat. Tangga pun papan. Tapi bila sampai... sekali lagi che kak terkedu.


Bawah rumah bersih licin. Licin sebab takde sehelai pun sampah. Satu plastik gula-gula pun tak ada.


Naik atas rumah lagi terkejut beruk. Bersih, kemas, tersusun. Baju dilipat rapi, disusun atas rak kain. Tiada almari moden pun. Tapi nampak lebih teratur dari rumah mewah.


Che kak minta izin tengok dapur. Masya-Allah. Kemas dan bersih. Takde kabinet dapur mahal, tapi tetap rasa nak tidur kat situ sebab lapangnya suasana. Pemilik rumah biasa-biasa je. Tapi penampilan dia kemas dan menyenangkan.


Anak ramai. Masih kecil. Tapi rumah terurus. Macam mana dia buat? Disiplin, sabar, dan rasa tanggungjawab yang tinggi.


Refleksi: Rumah Bukan Isunya. Sikap Itu Segalanya.

Zaman sekarang ni, ada rumah batu, rumah baru, ada perabot moden tapi sayangnya, kebersihan dan kekemasan jadi hal remeh.

Sampah merata, dapur tak berkemas, baju berselerak. Rumah cantik tapi sayang… tak aman.

Rumah tak perlu mahal. Tapi biarlah bersih.

Tak perlu bergaya mewah. Tapi biarlah kemas.

Sebab bersih itu sebahagian daripada iman.


 "Bersih bukan soal mampu, tapi soal mahu."


Yang kita perlu belajar  hidup biar bersyukur, dan jaga amanah walau sekadar rumah papan.

Rumah kecil boleh jadi syurga, kalau kita urus dengan cinta dan tanggungjawab.


Gambar hiasan




Gambar ehsan google

Comments