Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2025

Cerita Jam Hari Ini

Pagi semalam jam tangan kehabisan kuasa bateri.  Sungguh tak selesa asyik tengok tangan tapi hampa macam putus cinta dengan kekasih hati. Dah beberapa bulan duk pakai jam yang dah barai tali.  Rupa dah macam kena gigit tikus tapi bukan Tom & Jerry.  Bukan tak mampu nak beli. Tapi susah nak jatuh hati.   Singgah di Lotus nak tukar bateri dan alang-alang nak tukar tali. Tapi tak dapat juga nak tukar bateri.    Katanya kedai di KB Mall dan Aeon Mall ada jual bateri. Tapi malas punya pasal takpelah nanti lain kali.  Balik rumah, sanggup suruh tok laki cokeh bateri jam lain yang dah tak pakai walaupun jam masih elok lagi. Seronok dah rasanya macam dapat jam baru sebab dah tukar tali dan bateri.  Saja tulis cerita jam hari ini. Nak bagi meriah sikit timeline FB. 😄⌚

22 Tahun & Masih Tak Jumpa Manual Rumah Tangga

💑 Happy 22nd Anniversary to Us 📅 14.5.2003 ~ 14.5.2025 Tahun ke-22 ni che kak jadi mati kutu nak tulis apa. Bukan tak ada rasa, tapi kadang tu terlalu banyak rasa, sampai tak tahu nak mula kat mana. Jadi kali ni, che kak tulis ikut rentak hati sendiri. Tak ada filter. Tak ada skrip. Cuma dari hidup yang dah 22 tahun kita lalu sama-sama. 1. Tiada sebarang tips nak tulis kerana bahagianya rumah tangga terserah pada diri sendiri. 2. Sekali sekala belanja kopi pun dah rasa suka hati. 3. Bahagia tak boleh diukur dengan berswafoto nampak romantis dan manis sekali. 4. Tapi rakamlah gambar bersama kerana ianya akan menjadi  kenangan suatu hari nanti. 5. Isteri cantik dan suami kacak juga bukan jaminan jodoh berpanjangan hingga ke mati. 6. Tapi jangan pandang orang lain lagi cantik dan kacak selain pasangan sendiri.  7. Banyak harta bukan jaminan bahagia bagaikan syurga duniawi.  8. Tapi tiada duit rasa macam nak mati. 9. Walaupun bini banyak duit tapi jangan bagi bini bayar bil...

RESEPI GULAI AYAM ABE LONG KAK NI CHE HIM

Saja la nak tunjuk pandai masak resepi ayam gulai abe long kak ni che him😆 Blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, biji ketumbar, kelapa goreng, Lada kering Gaulkan bahan blend bersama ayam  Masak sehingga air hampir kering  Masukkan santan Masukkan sedikit garam, gula, serbuk perasa, budu, asam keping, manisan, lada Sesuaikan rasa. Dah masak ayam, tutup api dapur 

RESEPI NASI GORENG UDANG KERING

Hari ini hari cuti. Hati terasa sepi. Anak-anak ada hal yang tersendiri. Tok laki sedang menjalankan tanggungjawab sebagai menantu mithali.  Nak tidur tapi tak terpejam pula biji mata ni. Teringat ayam dalam sink tunggu lembut sementara nak masak nasi. Buka periuk nasi. Eh ada lagi nasi. Buat nasi goreng sedap juga untuk sarapan pagi. Tumbuk bawang putih, ikan bilis, udang kering dan cili padi.  Tumis sampai garing dan masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil supaya mudah masak nanti.  Alahai telur pula dah habis lupa nak singgah petang semalam kat PKT.  Masukkan nasi, gaul rata, masukkan perasa seperti garam gula serbuk penyedap rasa ikut suka hati la nak boh apa dalam kuali.  Masukkan sayur apa yang ada dalam peti. Walaupun anak-anak tak suka sayur tapi itu bukan alasan mak-mak kena abaikan sayur yang berkhasiat ini.  Nampak gaya makan sorang la dulu pagi ni. Takpe asalkan ada nescafe. Rindu pula nak keluar makan sarapan dengan Suri dan makan tengahari...

Operasi Cuci Peti: Misi Lega Jiwa

Cuci peti ais itu satu terapi. Rasa lega sungguh, senyum sampai ke pipi. Keluarkan segala yang dah lama menyendiri. Jangan sayang pada kulat, kuman, dan bau tak sedap sekali. . Pastikan terisi dengan makanan sihat: Sayur-sayuran, buah-buahan, dan herba untuk lauk yang berkat. Lepas siap kemas dan berkilat berseri, Awas! Jangan sesiapa tumpah air manis lagi! Kalau tidak, mak kamu jadi singa sakit gigi! 🦁🍬

Di Sebalik Cekodok Kosong

Pagi ni che kak goreng cekodok kosong. Cicah dengan sos cili. Simple, tapi cukup untuk pujuk perut yang mula berbunyi. Bukan tak boleh letak bawang atau cili dalam adunan, tapi anak-anak tak suka. Jadi, kita ikut selera mereka.  Cekodok ni bukan sekadar makanan, kadang-kadang dia lambang kasih kita sanggup ubah cara, asalkan yang kita sayang selesa dan bahagia. Anak-anak dah kenyang awal dengan spageti lebihan malam tadi. Che kak sediakan sekadar alas perut, sementara tunggu lauk ayam bercili siap dimasak. Dapur ni jadi ruang paling aktif tiap kali cuti tempat makanan disediakan, tempat penat dilupakan. Cuti bagi che kak bukan makna rehat sepenuhnya. Ia selalunya bermaksud kemas rumah, basuh baju, susun stok lauk dalam peti. Ada masa, che kak berhenti sekejap. Duduk, tarik nafas, dan benarkan diri layan satu dua episod drama. Atau biar sunyi yang bercakap. Tak mampu upah orang gaji, bukan sebab tak mahu. Tapi hidup kadang bukan tentang ada atau tiada duit, tapi tentang apa yang kit...

Santuni Klien Seperti Mana Kita Mahu Disantuni

Bertugas di kaunter pagi tadi. Ganti kawan yang ada masalah peribadi. Che kak tak kisah ganti. Kebetulan tiada kerja segera hari ini.  Cepat-cepat ajak Suri teman untuk bersarapan pagi lauk ikan keli. Perut kena kenyang, nescafe kena minum dan kena sedia mental, fizikal dan emosi.  Belum pukul lapan dah ada yang menanti. Jangan sesekali biarkan klien balik tanpa tanya apa urusan ke mari.  Alhamdulillah klien semua baik-baik hari ini. Datang nak bertanya kita bagi jawapan yang baik sekali. Borang kita semak supaya lengkap dan tak diquiri. Pulanglah dengan rasa puas hati. Ada klien warga emas kena santuni dengan cara macam nenek sendiri. Beri jawapan tak boleh dengan cara orang nak belajar PhD.  Ada klien terpelajar kena layan macam nak mengadap menteri. Layanilah dengan baik pada semua klien kerana nak elakkan dari aduan Sispaa dan Talian Kasih yang sangat mudah di hujung jari. Umpama kita yang nak berurusan di kaunter pejabat lain pastilah kita nak dilayan dengan bai...

Kurus Macam Puteri? Boleh Berangan Dulu

Pijak sekali sekala. Malas tahap dewa. Tapi paksa diri la juga. Pijak 10 saat pun jadi la wat rasa-rasa. Hari ini timbang alang-alang nak naik ke tingkat dua. Alat penimbang  ada kat tangga. Entah siapa yang punya. Terkejut beruk bahkan beruk pun tak terkejut  gamaknya. Tak sangka la pula. Turun satu kg walaupun baru guna beberapa hari ala kadar sahaja.  Turun satu kg bukan bermaksud che kak dah kurus macam kerengga. Maksudnya membantu juga la alat ini ye. Che kak makan macam biasa. Tak de rasa nak diet lagi sebab banyak nak guna tenaga sehari dua. Hari ni pun sarapan mi putih, lunch hour nasi lauk ikan keli berlada. Tadi pun rasa kenyang sangat kalau tak mau makan cendol pulut tambah isi kelapa. Rasanya kalau istiqamah pijak mugo goni dan jaga makan mau kurus macam puteri Brunei yang cantik jelita. Sudah sudah la tu Hasliza asyik berangan aje. Ni kalau suami baca ni mau sebulan tak habis kena 'baca'. 🤪

Kad Kuasa: Simbol Tanggungjawab & Cerita

Hari ini dapat kad kuasa. Saja la nak cerita. Tanda kenangan nanti bersara.  Kad kuasa ni yang dah ke berapa. Sebelum ni dah ada. Saja la tambah baik bagi nampak sangat berkuasa. Kuasa sebab diwartakan di bawah akta-akta jabatan dan senang nak semak nombor warta.  Sepanjang perkhidmatan dalam jabatan cukuplah sekali che kak merasa.  Merasa buat kerja unit berkaitan yang membuatkan che kak jadi gelap mata.  Sekurangnya ada modal nak bercerita di muka buku dan blog che kak punya.

"Cicoh Budu, Jangan Lupo Asal Usul

Lauk telur goreng cicoh budu. Kenyek lado kampung peroh ase lima pakak tok tengok tok ttuo lalu.  Make sekodar tok sir wi perut ttepik maso tido pukul satu. Tok sir bangun tengoh male gi ddapur takut jupo hantu.  Pah tak po la deh kito tepek di muko buku. Nok royak ko anok make menu gini jange malu.  Kalu seksok-seksok nikoh denge T20 pun jange lupo asal usulmu.

Teguran Bukan Penghinaan

Dalam dunia kerja hari ini, menegur dianggap tidak lagi semudah dahulu. Kadang-kadang, teguran dilihat sebagai serangan peribadi. Ada yang cepat terasa, cepat menjauh, malah terus ‘label’ ketua sebagai toksik. Tetapi adakah semua teguran itu benar-benar berniat jahat? Che kak pernah berada di tempat itu ditegur, dimarahi, dan dilabel lemah. Che kak masih ingat satu ketika, laporan yang Che kak siapkan dikritik oleh bos: "Laporan awak ni macam budak darjah enam tak habis sekolah." Pedih? Sangat. Che kak yang pernah menang pertandingan penulisan Bahasa Melayu peringkat sekolah tentu terasa hati. Tapi che kak pilih untuk belajar, bukan melawan. Che kak muhasabah diri walaupun telinga rasa ‘bernanah’ dek kata-kata ketua. Che kak pernah merajuk. Tapi bukan lari jauh. Cuma duduk termenung di bucu meja, sepi. Tiada tempat nak pergi, hanya diam dan pendam. Tapi satu perkara Che kak pegang. Teguran itu mungkin pahit, tapi ia ubat yang menyembuhkan. Che kak terus belajar. Che kak perba...

Syawal, Makan & Alat Senaman – Cerita Raya Versi Che Kak

Geram pula rasa dengan lagu raya di radio tadi. Tak habis-habis lagu raya sejak dari bulan puasa lagi. Tapi kalau ada jamuan raya jangan lupa jemput che kak sekali. Bab makan tetap layan sambil nak jumpa kawan sama jabatan sama negeri.  Pelbagai hidangan raya tetap che kak puji. Sedap atau tidak itu tak penting sama sekali. Penat lelah dan banyak mana modal orang masak untuk kita setahun sekali. Jangan keji takut orang dah tak sudi jemput kita lagi. Sebulan berpuasa turun 3 kg. Hampir penghujung syawal alamakkk naik banyak sekali. Ini tak boleh jadi. Cepat-cepat buka shopee beli alat senaman guna kaki.  Harap-harap la istiqamah guna ke penghujung nyawa alat ini. Tak kurus pun tak apa asalkan turun kalori. Tapi tu lah belum apa-apa dah lenguh kaki. Nampak gaya Che Ly kena taja hadiah percutian ke luar negeri.

Bekerja Demi Hidup, Ikhlas Demi Barakah

Selamat Hari Pekerja. Kenapa kita bekerja? Sudah tentu demi kelangsungan ekonomi diri dan keluarga. Tapi lebih dari itu, bekerja adalah ibadah satu tuntutan agama dan sumbangan tenaga kita untuk membina negara. Che Kak bukanlah ingin mengajar tentang ciri-ciri pekerja cemerlang. Che Kak sendiri pun masih banyak kekurangan. Kadang-kadang kita pun rasa lemau, malas, tertekan. Tak lari juga dari buat salah dan silap. Ingatlah, tak ada siapa yang memaksa kita bekerja. Tak ada siapa yang mempelawa. Kita sendiri yang memohon kerja, atas pilihan kita sendiri. Apa jua pekerjaan sekecil mana pun tugas dan jawatannya tetap memberi manfaat kepada kehidupan sejagat. Bila kita bekerja dalam organisasi, itu bermakna kita perlu bekerjasama. Kita tak boleh ikut kepala sendiri datang sesuka hati, ponteng sesuka rasa, atau abaikan amanah kerja. Tak tahu buat kerja, kita boleh belajar. Jangan malu untuk bertanya dan menambah ilmu. Bila dah terima gaji, uruskanlah kewangan dengan bijak. Kalau orang beri k...