Selamat Hari Pekerja.
Kenapa kita bekerja? Sudah tentu demi kelangsungan ekonomi diri dan keluarga. Tapi lebih dari itu, bekerja adalah ibadah satu tuntutan agama dan sumbangan tenaga kita untuk membina negara.
Che Kak bukanlah ingin mengajar tentang ciri-ciri pekerja cemerlang. Che Kak sendiri pun masih banyak kekurangan. Kadang-kadang kita pun rasa lemau, malas, tertekan. Tak lari juga dari buat salah dan silap.
Ingatlah, tak ada siapa yang memaksa kita bekerja. Tak ada siapa yang mempelawa. Kita sendiri yang memohon kerja, atas pilihan kita sendiri.
Apa jua pekerjaan sekecil mana pun tugas dan jawatannya tetap memberi manfaat kepada kehidupan sejagat.
Bila kita bekerja dalam organisasi, itu bermakna kita perlu bekerjasama. Kita tak boleh ikut kepala sendiri datang sesuka hati, ponteng sesuka rasa, atau abaikan amanah kerja. Tak tahu buat kerja, kita boleh belajar. Jangan malu untuk bertanya dan menambah ilmu.
Bila dah terima gaji, uruskanlah kewangan dengan bijak.
Kalau orang beri kita pinjam duit, itu bukan kerana dia kaya. Tapi kerana dia punya belas kasihan.
Nak buat kerja sampingan? Boleh saja. Tapi jangan sampai mengabaikan kerja hakiki.
Untuk wanita yang bekerja, jangan lupa minta izin suami.
Dan suami pula jangan paksa isteri berhenti kerja tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persediaan kewangan yang rapi.
Bukan soal takut suami tak mampu. Tapi realitinya, zaman sekarang penuh cabaran. Cukuplah kerja itu dapat memenuhi keperluan asas hidup, dan sesekali membolehkan kita memberi sedikit penghargaan untuk diri sendiri dan keluarga.
Namun, tidak semua isteri mampu keluar bekerja. Ada yang terikat dengan tanggungjawab menjaga anak istimewa atau kekangan lain. Surirumah sepenuh masa pun besar pengorbanannya. Hargailah mereka.
Comments
Post a Comment