Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2024

Tobak Lahum! PU Bukan Untuk Che Kak Lagi

'Muroh rezeki' sungguh Penyelaras Bahagian PU yang baru. Dari mula lapor diri hingga ke saat ini tak putus-putus kes yang kena seru. Che kak baca, dengar, lihat pun sero ngetak bulu. Beliau masih mampu tersenyum walaupun nampak pilu. Tobak lahum che kak tak mampu untuk sesabar itu. Sungguh! Raso saru. Cukuplah sekali dalam penjawatan ini che kak dapat pengalaman dan kenangan sebagai Penyelaras PU tahun dulu.  Buat tugasan di daerah kecil pun rasa saru inikan pula daerah besar lagilah haru biru. Dulu selalu minta tolong otai PU kalau ada kes yang ku tak mampu. Kes mohon IPO pun ku minta tolong Kak Nor kerana nak bertentang mata dengan Tuan Majistret pun ku tak mampu.😅 Belum lagi Puan Mazilah dan CL 'dikacau ganggu' dengan soalan-soalan dan haraplah ianya bukan soalan yang merapu. Mujur juga ada staf baru lapor diri dan bolehlah pass baton kepada staf baru itu. Walaupun baru, tapi ilmu dan pengalaman En Zaidi PU serba tahu.  PU tu bukan ustaz yang masuk pertandingan Penc...

Rumah Bukan Hotel, Semua Kena Tolong Jaga

Pernah la berbual-bual tentang didikan anak-anak mengenai kerja rumah dengan rakan sekerja.  Kita ni kan main la rasa syukur dan bangga anak-anak pandai masak nasi dan goreng telur mata. Abang Afnan dan Kak Ilah dah advance pandai masak macam-macam menu guna resepi google dan kita ajar juga. Sekali ofismate kata api kan bahaya. Tak harap kat anak-anak masak sebab bukan waktu usia dia.  Kita mak-mak ni bukannya tak tahu tentang bahaya. Sudah tentu keselamatan perlu diutamakan dan ajarlah dengan sebetulnya. Kita ajar depa masak bukan sebab nak dera. Tapi untuk kesenangan mereka juga. Sekali sekala balik kerja lauk dah siap masak, Allahu Rabbi rasa happy tak terkata. Hilang rasa penat dan stress dan jangan lupa puji dan berterima kasihlah pada anakanda. Lepas masak dan makan, ajarlah juga kemas dapur macamana. Jangan biarkan segala pinggan mangkuk periuk belanga terbiar dalam sink atau atas para. Takde orang gaji nak basuh semua tu termasuk hantu  walaupun dia tumpang sama m...

Tomyam Rasa Rumah Tangga

Balik dari kerja petang semalam, suami baiki pintu bilik air dalam bilik anak lelaki. Mujur juga ada kepandaian dalam membaiki. Jimat duit dan masa nak kena layan tukang baiki. Sempat lagi Awaatif tanya kenapa umi tersenyum senyum tengok abi. Aatif tengok macam pelik je umi ni. Hahaha, budak kecik ni memang suka tanya soalan cepu mas buat kita ni jadi malu sendiri. Tapi tetap kena jawab soalan kalau tak dia akan bawa soalan yang sama setiap hari. Entah ler Aatif, umi luv sangat tengok abi.  Aatif tanya lagi. Kenapa Aatif dengar umi marah abi baru ni.  Aduh Aatif gak eh, suka memerhati. Hidup suami isteri ni penuh emosi. Ada suka, sayang, marah, geram dan benci. Kadang jadi kucing parsi, kadang jadi singa sakit gigi. Sebab tu kena banyakkan sabar dan sentiasa bertoleransi. Tiada yang sempurna dalam hubungan suami isteri. Macam tomyam masak siam secukup rasa masam masin manis dan bau aroma serai dan daun limau purut yang dibuang urat supaya tidak pahit nanti.  Tomyam campur...

Rezeki 40 Minit di Klinik Kesihatan Kok Lanas

Rezeki sungguh hari ni.  Tak sempat panas punggung di kerusi,  terus selesai semua urusan dengan pantas & lancar. Che Kak ke Klinik Kesihatan Kok Lanas  pagi tadi, jam 7.45 pagi,  bawa anakanda yang demam.  Klinik dekat rumah masih belum beroperasi,  jadi terpaksalah merantau sikit. 😅 Sampai saja, terus beratur dan ambil nombor giliran. Bayar seringgit guna kad debit, Alhamdulillah… ada baki lagi! (Syukur tak kena “decline”, malu kalau jadi depan kaunter 😅) Lepas tu, cek suhu dan tekanan darah,  kemudian tunggu di depan bilik doktor Zon B. Sambil termenung layan perasaan,  nombor pun dipanggil. Doktor periksa kesihatan anakanda,  dan berpesan:  "Kalau demam lebih 3 hari, kena ambil darah ya." Tiba-tiba Che Kak perasan, eh, mana kad kuning? Biasanya ada... kali ni cuma nombor sekeping saja. Rupanya...  semua dah direkodkan dalam sistem. Wah, canggih betul sekarang. Waktu nak ambil ubat di farmasi,  ada pula “drama pendek”...

Hari-Hari Biasa yang Akan Jadi Kenangan Luar Biasa

Hasben kesayangan Marlini tanya takde story ke hari ni? Amboi, ni tanya sengoti ko nok nganyi? Tebeng tanyo lebih-lebih kei keno unfriend nanti. Mujur kenal dio lamo doh jame mudo mudi lagi. Tulis story sekadar untuk hiburan hati dan memori fb tahun depan dan ke depan lagi. Nampak biasa-biasa hari ini namun ianya akan menjadi kenangan yang manis sekali walaupun story makan roti cicah kari. Sebulan dah bekerja di sini. Masih memerhati dan mencari rentak sebelum bersilat nanti. ID ebantuan peranan yang baru belum rasmi guna lagi. Masih mood honeymoon lagi. Semalam makan nasi free. Setiap hari Selasa ada solat hajat dan baca Yaa Sin secara berjemaah perempuan dan lelaki. Alhamdulillah kongsi pahala dan perut pun kenyang makan free. Ambillah peluang kerana nak buat sendiri memang tak istiqamah sebab malas beraja dalam hati. Tengahari makan nasi ayam free. Kawan belanja dan memang sedap hingga menjilat jari. Nanti boleh makan lagi. Rasa tak cukup dan kena timbal dengan roti kopi. Beraso nok...

PERSEDIAAN BENCANA BANJIR

Hari ini berkesempatan hadir mesyuarat bencana bersama kakitangan termasuk semua S, N dan W.  Tekun mendengar taklimat dan amanat dari PKMJ dan Penyelaras yang baru dilantik sebulan yang lalu.  Walaupun baru, pengalaman lama digabung jalin kerana semuanya terikat dengan PTO yang sama seperti dulu. Sudah menjadi lumrah hujung tahun akan tiba banjir tak kira hilir mahupun hulu. Persediaan dan perancangan awal dibuat bagi memudahkan urusan semua pihak yang terlibat tahu. Oh rupanya ada ARAHAN baru iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara atau dikenali sebagai Arahan NADMA No 1. Aplikasi IBJKM bakal digunakan semasa pendaftaran di PPS bagi memudahkan urusan pihak yang tertentu. Belum cuba belum tahu. Pokoknya, buat dulu.  Apabila namanya bencana, ianya bukan pesta makan sedap-sedap macam kenduri raja sehari, bersyukurlah walaupun hanya lauk budu. Semoga tiada bencana yang melanda dan jangan jadikan bencana sebagai medan untuk menunding jari antara kau dan aku.

Gelas Kecik, Jangan Paksa Jadi Jag Besar

Penar butir mato dah sero. Duk ngadap ABT tahun semaso. Ado masalah kito jupo ketuo. Samo-samo bince samo-samo pecoh palo. Time rehat kito tubik cuci mato. Bele-bele nok cari daun kunyit dan lado. Aponyo sebesar Lotus takdok la pulok meta ko buke hari rayo. Besday boy nok make rendang daging yang dibeli mok sedaro. Make nasi bukuh kenye nyandar ngatuk butir mato. Tapi tokleh tido sebab kijo banyok la pulok sehari duo. Hujung tahun supo sekalo. Sama-sama bantu unit bantuan nok perabih pitis yang ado. Mujurlah jugok loni tok jadi ketuo. Berbelas tahun kito jadi Penyelaras asyik nok bbaloh denge staf suruh cepat-cepat siap kajisemula supo sekalo. Raso loni tene jiwo. Ruponyo sedap jugok tok jadi ketuo.  Pegelah prinsip yang kito cipto. Jange buh air banyok dalam gelas kito. Gelas kecik wat caro kecik gelas besar ikutlah nok sumbat banyok mano.

Rock Dulu Tetap di Hatiku

Dah berpuluh tahun tak layan Juara Lagu. Bukan sebab kita ni alim tahap mahaguru. Tapi halwa telinga tak berapa jelira dengan lagu baru. Jiwa tetap dengan lagu dulu.  Ketika rock mendominasi Juara Lagu dulu-dulu. Seronok layan sambil makan lempeng cicah susu. Muka tak hensem tapi suara sangat padu.  Walaupun daku dah nak bercucu. Tapi lagu rock tetap dihatiku. Awaatif selalu suruh dengar lagu baru. Katanya nanti umi suka la tu. Entah la Aatif wahai anak manjaku. Sungguh umi rindu tahun gemilang rock kapak namun takdir dan waktu telah berlalu.

Bukan Sekadar Roti Puri

Supo sekalo duk termenung tok tahu nok make gapo setiap hari. Ajok gu kot buleh make sekali. Dio ajok gi make roti puri. Ooo kito brehi sangat la mugo goni. Hoh meme sedap cicoh gulai kari. Kari daging cice muroh jah nok royak wi.  Odar duo keping duk ingat ko besar ibu jari. Kkejut kaaa aponyo besar pingge nasi tengohari.  Sooh perut nok buleh ko perabih tapi tetap licin hingga menjilat jari. Kenye bbutaaa nyandar belake kerusi. Bilo-bilo buleh mari lagi. Dekat jah awok wei  kalu tahu jale nok gi.

MAJLIS KONSULTASI PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SMU DAN SPM TAHUN 2024

Hari ni ambil cuti. Ada majlis konsultasi bersama ibubapa berkenaan result trial exam baru ni. Anak yang nak preksa mak ayah yang kena lebih bermotivasi. Kalau cemerlang, kita juga yang tumpang bergambar di sisi.  Tahniah buat anak-anak SMUTIK yang cemerlang dan Insya Allah keputusan  exam sebenar tetap ada rezeki. Teruskan usaha dan rajin buat latih tubi. Jaga pemakanan dan kesihatan supaya tak jatuh sakit nanti.  Apalah yang 'hero tok ggaduh' duk fikirkan lagi. Mudir kata, walaupun kuda pandai berlari tetaplah kena pukul dengan cemati. Usahalah sehingga titisan hari terakhir di bulan Februari. Ibubapa hanya sokong dan berdoa supaya kejayaan cemerlang mengiringi nanti.  Sijil SMU dan SPM yang tercetak nanti, itulah yang kamu nak bawa selagi tak mati. Tertulis namamu bukan namaku atau gurumu nanti. Kalau result cantik diri sendiri juga yang happy. Balik rumah terus masak nasi. Lauk ikan masak lemak cili padi. Alang-alang cuti, tiba-tiba datang rajin nak sapu luar rum...

Dia Bukan Lagi Isterimu, Tapi Masih Ibu Anakmu

"Dia Bukan Lagi Isterimu, Tapi Masih Ibu Anakmu" Tuan empunya badan lebih tahu apa yang berlaku di sebalik dinding rumahtangga mereka. Kita yang menonton hanya nampak apa yang ditayangkan.  Tapi hakikatnya, hanya mereka yang pernah duduk sebagai suami isteri yang tahu betapa perit, betapa pedih, dan betapa payah untuk membuat keputusan melepaskan — terutama bila masih ada anak kecil yang menjadi pengikat hati. Bila satu hubungan itu ternoktah, bukan semua mahu berpisah dengan hati yang lapang. Kadang keputusan itu diambil bukan kerana benci, tapi demi menjaga kewarasan, demi menyelamatkan diri sendiri daripada terus hancur sedikit demi sedikit. Dan apabila semuanya sudah berlalu, satu hal yang sangat menyedihkan ialah apabila mereka yang pernah hidup bersama, kini tidak lagi menjaga aib antara satu sama lain. Lebih menyedihkan apabila orang luar pula lebih sibuk membuka ruang kecaman kepada yang sudah pun terluka. Duda 'terhangat' itu kini kelihatan tenang, sejuk, mal...

PENGALAMAN MEMBELI SARAPAN DI SEVEN ELEVEN

Bangun pagi goreng maggi. Anok nok bowok bekal make ngan bestie. Ado nasi dalam puyuk tapi sero malas nok goreng tadi. Nyo mari cemuh jugok dei hari-hari. Sampai opeh duk termenung depe PC. Tok tahu nok make gapo pagi ni. Ado sekut dan oat dalam laci. Tapi beraso tok lalu doh nok telan hari-hari. Tubik gi 7e. Sore diri pun jadi. Banyok makane tekok sendiri tok leh gi. Ore mudo brehi la kali. Malu nok tubik kalu tok bbeli. Dik, nok roti goni so, gano nok ambik ni. Tok jupo pintu pastry. Mulo-mulo tu saloh dengar ingat ko ambil kertas bukuh dan ngepik sendiri. Ruponyo keno pilih menu dan ambil kad pastu wi ke adik cashier yang napo bizi. Kitonyo brehi donut dan roti. Napok sedap jah maklumlah ore darak tok pernah jupo menu gini. Bilo make, oloh kerah kekung nok mamoh pun sero tok lut gigi. Mujur ado air nescafe boleh wat cicoh kasi lembut bele-bele ngepek depe sain baik sama fakulti. Begitulah ceriter sepagi ini di seven e. Baru duo minggu lebih duk sini. Beso duk kkapung make roti cana ...