Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Cerita tentang bengkak hempedu

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga sentiasa suksess dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya di muka bumi ni.. gambar google Kak Za baru balik dari temujanji Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu. Bulan 2 hari tu, Kak Za kena bengkak hempedu. Terus doktor rujuk ke   hospital. Kak Za memang sedih giler. Sampai nangis-nangis.  Sebab terkejut sangat.  Macam-macam Kak Za fikir. Sempat agi Kak Za minta maaf kat suami minta halalkan segala kesalahan Kak Za.   Suami Kak Za siap wat lawak.. kenapa buang tabiat.. Nak mati dah ke? Hehe.. Siap Kak Za pesan jaga anak-anak dengan baik-baik dan cari ‘mak’ yang ‘berjurus’. Adoi.. Macam-macam Kak Za ni.. Syukur sangat-sangat tadi doktor cakap tak de apa masalah dalam hempedu. Segala organ dalam badan sihat dan normal. Tak de penyakit yang hinggap kat dalam organ dalaman. Hempedu, limpa dan hati semua doktor cek dan scan. 

BUASIR

Teringat kisah dua   bulan lepas.   Kak Za ada interview kes permohonan bantuan kewangan. Masa interview, klien ni bagitau dia tak boleh duduk lama-lama. Katanya dia sakit buasir. Jadi, Kak Za cepat-cepat interview dan ambil maklumat peribadi untuk laporan sosial dan ekonomi. Kesian kat dia. Memang nampak dia terseksa sangat tahan sakit. Dua   minggu lepas, dia tak datang kat ofis sebagaimana yang dijanjikan. Kak Za call dan wife dia jawab call. Kak Za tanya kenapa tak datang kat ofis? Kak Za betul-betul terkejut   apabila diberitahu dia telah meninggal dunia akibat buasir. [Buasir] Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur . Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah te...