Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2025

Resipi Bihun Goreng Pink Che Kak

Bahan-bahan: Bihun (rendam dalam air biasa 10 minit – ikut jenis bihun) Isi ayam (potong dadu, rebus dulu – air rebusan simpan) 2 biji telur Sayur pilihan Bawang merah & bawang putih (dichopperkan – che kak guna banyak!) Sos tiram Sos labu Kicap bukit Garam, gula, perasa pilihan Minyak masak Cara memasak: 1. Tumis bawang merah & putih dalam minyak panas sampai garing dan wangi. 2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau-kacau. 3. Masukkan ayam rebus yang dipotong dadu. 4. Pecahkan telur ke dalam kuali, biarkan seketika. 5. Masukkan sos labu dan bihun yang dah ditoskan. 6. Tambah air rebusan ayam, kacau rata supaya bihun lembut sekata. 7. Masukkan garam, gula, perasa, dan kicap bukit. 8. Akhir sekali, masukkan sayur kesukaan. Tunggu naik wap dari tengah bihun tu tanda dah masak! Sambal Air Lada: Blend cili padi, cuka, garam, gula – siap! Cadangan hidangan: Hidang dengan keropok keping dan sambal air lada. Paduuuuu! πŸ”₯

Jangan Hina Usaha Perdamaian

"Apabila ada individu atau pihak yang sedang berusaha mendamaikan dua kelompok yang bertelagah, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pertumpahan darah, maka sepatutnya usaha itu dihormati, bukan dihina. Jika kita sendiri tidak mampu memainkan peranan dalam meredakan konflik, maka tidak wajar untuk memperlekeh atau mempermainkan mereka yang berusaha ke arah perdamaian. Tindakan menghina melalui karikatur binatang atau sindiran yang menjatuhkan maruah adalah sangat tidak wajar dan melampaui batas adab. Berjuanglah dengan ilmu, hujah yang matang, dan penuh profesionalisme. Sebagai orang penting dalam parti anda, kata-kata anda membawa pengaruh. Maka bertuturlah dengan hikmah, bukan dengan penghinaan. Apa yang masyarakat peroleh jika pemimpin hanya menyemai kebencian dan memperlekeh usaha damai?" #naksharegambarkarikaturpuntaksanggup

Justice For Zara

Larilah Selagi Mampu Larilah selagi boleh lari, Namun kamu takkan selamanya hidup tenang. Kerana setiap detik dosa, Akan menghantui walau kamu berselimut kuasa. Mengambil nyawa seolah tiada harga, Seakan dunia milik kamu semata. Tapi ingat, Allah tidak tidur, Dan setiap darah yang tumpah, akan dituntut. Andai kamu merasa kebal, Dilindungi oleh pangkat dan harta, Jangan lupa, doa si teraniaya Naik ke langit tanpa hijab. Jangan jadikan kuasa sebagai perisai kezaliman, Jangan jadikan harta sebagai tembok kesombongan. Kerana Allah Maha Melihat, Dan balasan-Nya tak pernah salah alamat. Semoga keadilan terbela buat almarhumah Zara. Suara kami tak akan diam. Doa kami tak akan putus. #JusticeForZara

Minyak Masak Terpakai: Dari Dapur ke Duit dan Kebaikan Bersama!

Asalnya simpan minyak masak terpakai sebab nak buat sabun. Mula-mula dulu, semangat berkobar-kobar, siap buat, bagi kawan-kawan. Tak jual pun sebab Che Kak ni hati tisu. Suka memberi, bukan meniaga. Cuma, biasalah, semangat tu ada musim. Rajin Che Kak ni ada turun naik. Dan sekarang ni, fasa malas tahap gaban πŸ˜…. Kumpul punya kumpul tak sangka dah ada 6 botol besar (5kg setiap satu). Campur semua, 30kg minyak masak terpakai! Hari ni ambil kesempatan jual di booth Rakan Alam Sekitar sempena Majlis Perasmian Hari Sayyidatina Khadijah dan Pelancaran Karnival Kelantanku Cakna 2025. Dapatlah RM75. Alhamdulillah. Tapi rezeki tu Che Kak kongsi juga dengan pelatih OKU di PPDK yang tolong bawa botol-botol tu dari parking ke booth. Jauh tu weh! Mana larat nak pikul sorang. Nasib baik kawan baik Che Kak, Mahsuri, pun ada tolong angkut. Che Kak belanja teh o beng sebagai tanda terima kasih. πŸ§‹πŸ«£ Program macam ni memang sangat membantu. Harap pihak berkenaan terus anjurkan program kutipan minyak ma...

Bakat Tak Perlukan Pakaian Seksi

Masih sukar difahami, mengapa perlu berpakaian seksi semata-mata untuk menyanyi? Adakah suara jadi lebih merdu dengan pakaian begitu? Kalau benar punya bakat, penampilan keterlaluan tak sepatutnya jadi tarikan utama. Ramai penyanyi legenda kekal relevan berdekad-dekad hanya dengan kekuatan suara dan kualiti karya mereka, bukan kerana gaya yang menggoda. Apabila netizen menegur, dikata tak menyokong. Tapi bila tidak menyokong, dituduh pula tidak menghargai bakat. Hakikatnya, kami dengar lagu dan suara, bukan pakaian atau persembahan fizikal yang melampau. Teguran bukan tanda benci, itu tanggungjawab sosial. Dalam masyarakat yang masih memegang nilai dan adab, menegur sesuatu yang dirasa tidak wajar adalah satu bentuk prihatin, bukan penghinaan. Jika ingin kekal relevan dalam industri, bersandarlah pada bakat sebenar. Kerana bila masa berlalu dan penampilan tidak lagi seperti dulu, adakah imej itu masih mampu dijual? Ya, kami faham setiap individu bebas mengekspresikan diri. Tapi kebebas...

Tazkirah Mencari Bekal Untuk Kebahagiaan Akhirat

 πŸŒ… Tazkirah Pagi Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad) Penceramah: Ustaz Mushariza Rizuan bin Mustapha Jawatan: Penolong Pengarah (Penerbitan), JAHEAIK Tajuk: Mencari Bekal Untuk Kebahagiaan Akhirat Pendahuluan: Apakah matlamat dan tujuan kewujudan kita di dunia ini? Kehidupan bermula di alam rahim yang gelap, disusuli alam dunia untuk ditadbir urus. Setelah itu, manusia akan melalui alam kubur secara bersendirian, hanya amalan menjadi teman setia. Akhirat adalah negeri abadi yang kekal selama-lamanya. Manusia dan jin diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. → Pengabdian = Ibadah. Dunia hanyalah ladang tempat menanam amalan untuk dituai hasilnya di akhirat. Kematian adalah ketetapan qada' dan qadar daripada Allah. Jangan hanya berdoa untuk panjang umur, tetapi mohonlah: Dimurahkan rezeki Dipermudahkan urusan Diberi husnul khatimah Amalan-Amalan Sebagai Bekalan ke Akhirat: 1. Iman dan Tauhid yang Kuat Berpegang teguh kepada rukun iman (6 perkara). Tauhid: Keyakinan hanya kepada Allah...

Menyelami Beban Tugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat: Antara Tanggungjawab dan Cabaran

Catatan peribadi oleh Che Kak  bukan mewakili kenyataan rasmi JKM, tetapi refleksi daripada pengalaman sendiri sebagai petugas lapangan. Mengapa Beban Tugas Patut Diambil Serius Dalam persekitaran kerja sosial, semakin ramai yang tertanya-tanya tentang pembahagian beban kerja antara pelbagai jawatan dan unit di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Salah satu perdebatan yang kerap timbul adalah peranan dan tekanan kerja yang dihadapi oleh Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (PPKM) berbanding Pembantu Kebajikan Masyarakat (PKM). Sebagai individu yang bergelumang secara langsung dengan tugasan ini, che kak terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan bukan untuk menyalahkan tetapi untuk membuka ruang kefahaman dan toleransi. 1. Skop Kerja yang Berbeza, Tekanan yang Tidak Sama Urusan Bantuan Kewangan Bulanan Tugasan yang berfokus kepada proses permohonan, kelulusan, pembayaran dan pemantauan penerima bantuan. Tugas ini memerlukan ketekunan dan disiplin tinggi dari sudut pengurusan dat...

Pedas, Masam, Manis, Masin: Cerita dari Pinggan

Budu yang masin, ditambah seulas dua durian yang manis, diserikan pula dengan masam perahan limau nipis dan pedas cili kampung. Tak lupa, ikan selayang bakar tawar jadi peneman setia. Perghhh... Gabungan rasa ni memang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi yang pasti  nasi akan bertambah dalam pinggan! Selera yang tadinya hilang, perlahan-lahan terbuka. Lauk-pauk lain? Tak pandang pun. Cukup sekadar ulam-ulaman segar sebagai pelengkap menu kampung. Inilah identiti kita sebagai anak jati Kelantan. (Che kak Kelate celup 🫣) Tak dinafikan, bukan semua orang boleh terima. Ada yang tak lalu kerana bau, ada juga yang pernah "berkenalan" dengan makhluk halus dalam budu πŸ˜… Tapi bagi yang tahu menikmatinya  ini bukan sekadar makanan. Ini jiwa. Ini warisan. Ini rasa yang menyatukan kenangan dan asal usul kita.

Bila Balik Jadi Bererti

Dapat perkhabaran mak mentua kurang sihat, jadi kami suami isteri ambil peluang cuti hujung minggu untuk balik menjenguk. Sebagai menantu yang paling dekat, rasa tak kena pula kalau tak hadir. Walaupun che kak bukanlah pandai sangat nak urus makan minum orang tua, sekurang-kurangnya biarlah kehadiran ini jadi tanda kita peduli. Tak sangka pula Aiteh dan anak-anak saudara pun balik sekali. Meriah jadinya. Makanan pun sedap-sedap belaka. Pertama kali che kak rasa sup ikan merah sedap betul, bak hang! Pagi ni pula dihidangkan nasi goreng 'orang lama'. Tak ada lauk mewah pun. Cuma lada kering tumbuk dan ikan goreng yang ditumbuk juga. Tapi cukup membangkitkan kenangan masa kecil. Rasa jauh lebih sedap dari nasi goreng mewah sampai makan bertambah-tambah. Che kak pun ‘tolong’ juga... tolong makan. Hehe πŸ˜„

Malam di Halaman Belakang. Tenang yang Menyimpan Misteri

Jam dah hampir pukul 11 malam. Udara makin lembap, dengan angin malam yang meniup perlahan macam bisik-bisik halus yang sukar nak ditafsir. Che Kak berdiri di tepi jendela, pandang ke arah halaman belakang yang gelap, cuma diterangi sikit cahaya dari dalam rumah. Tangan capai telefon, spontan je Che Kak ambil gambar, tak ada niat nak bergambar cantik pun, cuma rasa macam nak simpan detik ni. Bila Che Kak tengok balik gambar tu, hati rasa lain macam. Bukan sebab gambar tu lawa sangat, sebab Che Kak guna REDMI A2+ je pun. Tapi suasana dalam gambar tu… ada emosi. Bayang pokok yang samar-samar, rumput lembap sebab embun, pokok-pokok tinggi yang berdiri senyap di bawah langit gelap, semua tu cipta rasa tenang yang dalam. Tapi... tenang pun tenanglah, Che Kak sebenarnya rasa takut juga. Perjalanan Dekat, Tapi Sarat dengan Rasa Selalu bila sebut "travelogue", orang bayangkan jalan-jalan jauh. Pergi tempat cantik, naik kapal terbang, duduk hotel. Tapi semalam, Che Kak sedar kadang-ka...

Apa yang Diinginkan pada Usia 46 Tahun?

  Usia 46 tahun merupakan fasa kehidupan yang unik bukan lagi muda, tetapi belum pula tua. Ia adalah masa peralihan di mana ramai individu mula melihat kehidupan dari perspektif yang lebih matang. Keinginan dan keutamaan pada usia ini sering berubah berbanding zaman muda dahulu. Berikut adalah beberapa perkara yang lazimnya diinginkan oleh seseorang yang berusia 46 tahun: 1. Kestabilan Hidup Pada usia ini, ramai yang mula mencari kestabilan dalam segala aspek kerjaya, kewangan, hubungan, dan kehidupan peribadi. Keinginan untuk hidup dalam keadaan yang lebih tenang dan tersusun menjadi keutamaan. 2. Kesihatan yang Baik Kesihatan menjadi fokus utama. Ramai mula sedar bahawa kesihatan adalah aset paling berharga. Pemeriksaan kesihatan berkala, pemakanan sihat, dan aktiviti fizikal seperti bersenam menjadi rutin harian. 3. Makna dan Kepuasan Diri Ramai yang mula bertanya kepada diri sendiri: “Apa makna kehidupan saya?” atau “Adakah saya sudah capai apa yang saya impikan?” Keinginan unt...

Hidup Ini Pilihan, Bukan Alasan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang penuh dengan pilihan. Setiap hari kita berdepan dengan keputusan  kecil atau besar yang sedikit demi sedikit membentuk siapa diri kita, dan ke mana arah tuju kita. Sama ada kita mahu jadi baik atau jahat, rajin atau malas, membina atau merosakkan, semuanya bermula dengan pilihan kita sendiri. Jangan sesekali jadikan alasan sebagai takdir. Jangan guna latar belakang, kesusahan hidup, atau kegagalan lalu sebagai sebab untuk berhenti mencuba. Takdir memang tertulis, tetapi jalan untuk sampai ke sana penuh dengan cabang pilihan dan usaha. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya. Gambar hiasan Rezeki Itu Tertulis, Tapi Usaha Itu Wajib Rezeki sudah tertulis untuk setiap orang. Tetapi itu bukan bermaksud kita hanya duduk dan menunggu. Rezeki itu ibarat benih kalau tidak disemai, disiram, dan dijaga, ia tidak akan tumbuh. Usaha adalah bentuk kesyukuran. Disiplin adalah jambatan menuju janji-Nya. Piliha...

Refleksi Tugas & Pengalaman Dalam Pelaksanaan ISO

Hari ni che kak tarik handbrake sekejap daripada siapkan laporan MKSP. Seminggu dua ni memang tumpu sepenuhnya pada laporan tu. Hari ni badan dan kepala dah lemau tahap gaban, jadi rehat sat. Esok sambung balik sebab esok jugak due date kena hantar. Macam-macam rasa datang, kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak marah. Tapi itulah dia, hidup dalam dunia kerja yang penuh dengan laporan dan dokumentasi.  Syukur alhamdulillah sebab staf-staf banyak membantu. Setiap kali che kak minta maklumat, terus diberi dengan cepat dan jelas. Terima kasih semua, ringan sikit beban. Kali pertama dengar ISO. Che kak masih ingat masa mula-mula dengar perkataan “ISO”. Masa tu kerja di JKMWPKL. Terdengar En. Zul tegur seorang staf, katanya tak boleh lagi guna borang lama. Tapi staf tu jawab, “Habiskan dulu, banyak lagi.” En. Zul kata, “Banyak mana pun dah tak boleh, sebab ISO baru.” Che kak masa tu tak faham pun apa benda ISO tu. Sekadar ikut je apa orang suruh dan buat. Lepas tu berpindah ke Pasir Ma...

Buoh Mujur Ado Sokmo…

MasyaAllah… rasa lembik lutut tadi campur geram pun ada. Tadi masa nak balik rumah, hampir sangat nak langgar belakang kereta orang. Dia keluar dari kiri jalan, terus masuk depan kereta Che Kak, lepas tu boleh pulak berhenti sebab nak masuk ke kanan jalan. Mana tak terkejut! Kalau Che Kak tak brek kuat tadi, tak tahu lah apa akan jadi… Nak elak ke kiri pun tak boleh, sebab ada kereta lain kat sebelah. Nasib baik otak ni masih berfungsi, sempat bagitau ada kereta kat kiri. Maklumlah… petang-petang otak pun dah habis daya, kena perah cari formula Excel πŸ˜… Bak kato, “buoh mujur ado sokmo.” Ingatkan dah cukup dugaan. Tapi masa dekat nak sampai rumah, ada pulak motor bawa anak kecil boleh u-turn tengah-tengah jalan. Tak tengok kiri kanan langsung. Bawa anak pulak tu. Tolonglah. Jangan main-main dengan nyawa sendiri, apatah lagi nyawa orang lain. Sikit je silap, seumur hidup boleh menyesal. Kita ni bukan bawa kereta sorang-sorang kat jalan. Saja la nak tulis cerita hari ni. Tak meriah pulak ...

Di Sebalik Laporan MKSP

Hari ini, che kak cuba siapkan laporan MKSP. Bincang dan kumpul maklumat bersama Puan PKMJ dan EO. Memang agak stress juga. Pertama kali kena siapkan laporan sebegini. Banyak maklumat yang perlu dikumpulkan. Kadang rasa buntu, kadang rasa nak putus asa. Che Kak ni bukan jenis suka 'drama'. Apa yang lepas, biarlah lepas. Kita tak boleh salahkan sesiapa kerana situasi dan kefahaman dulu mungkin tak sama dengan sekarang.  Yang penting sekarang adalah laksanakan amanah yang telah diberikan. Bukan sebab nak nama, tapi sebab itu tanggungjawab yang telah diberi. Bila dah diberi kepercayaan, kita cuba siapkan sehabis baik. Tapi, dalam pada stress pun, Che Kak tetap bersyukur. Syukur sebab ada boss, kawan-kawan, dan mantan Puan PKMJ yang sudi bantu walau masing-masing sibuk.  Nak tergelak juga bila fikir balik... sempat lagi che kak tulis semua ni untuk entri blog. 🀭 Dah, itu terapi che kak. Paling manis hari ini suami tolong tukarkan tayar kereta. Siap masakkan mi hailam pula tu. Nam...

Weekend Mode: Kuih & Dugaan

Che Kak memang suka kuih tradisional. Tadi scroll facebook, nampak gambar kuih koci. Ya Allah, sedapnyooo kuih kociiii! Encik suami pun tegur, "Nok ko? Ambo buleh buat. Semeseh jah." Tak lama lepas tu, ketung ketang ketung ketang, siaplah kuih koci dia. Daun pisang mintak ngan jiran sebelah. Inti pulak beli yang siap.  Malas nak rebus kacang bagai. Lambat pulak boleh makan. πŸ˜… Che Kak ni jenis malas sikit bab masak yang renyah-renyah. Tapi tulah… belum sempat puas makan, kuih dah habis. Sedap sangat! Encik suami kata dia dah 30 tahun buat kuih koci dengan arwah Che.  Tapi kisah hari ni tak habis kat situ je… Petang tadi, paip sink dapur tercabut. Tayar kereta bocor. Memang dugaan bertimpa-timpa. Mujur la encik suami ni jenis pandai serba-serbi. Tadi pun sempat pesan kat Kak Ilah . “Bersyukurlah kamu dapat bapa macam abi.” Kasut anak pun dah kena beli yang baru. Cepat sangat rosaknya. Zaman kita dulu, kasut pakai sampai ketat baru tukar. Barang Pendidikan Seni pun panjang sena...

Resepi Sambal Lada Kering

 Hari ni che kak ambil peluang masak sambal. Sambal ni bukan calang-calang, sambal yang anak-anak che kak suka. Che kak pack kecil-kecil. Senang, nanti kalau depa lapar, tinggal panaskan ja. Nak makan dengan telur goreng boleh, ayam goreng pun sedap, atau ikut suka hati la. Masak apa yang anak suka. Dah tu yang depa dok ulang makan.  Resepi Sambal Versi Che Kak Ni che kak tulis terus cara che kak buat. Tak ada rahsia pun. Masak syok sendiri.  Bahan-bahan: Lada kering besar – tak pedas sangat, sesuai la untuk anak-anak. Lada kering kerinting sikit – bagi sambal tu ada rasa sikit pedas-pedas manja. Bawang merah & bawang putih – che kak guna chopper ja, senang kerja. Ikan bilis blend – ni rahsia rasa umami sambal! Asam keping, garam, gula, bahan perasa – ikut rasa lidah masing-masing la ya. Cara masak: 1. Gunting lada, buang biji. 2. Rebus sekejap, tapis, dan blend halus. 3. Tumis bawang sampai naik bau, garing sikit. 4. Masukkan cili blend, tumis sampai pecah minyak. 5....

The Stag - Raikan Anak-anak, Bukan Bererti Boros

Sekali-sekala raikan anak-anak Bukan selalu pun makan di luar. Tapi alang-alang semua anak ada, kami ambil peluang untuk makan bersama di luar. Bukan sebab banyak duit, hujung bulan macam ni pun memang terasa juga bajet makin ketat. Tapi untuk gembirakan anak-anak, apalah sangat setakat makan di luar sekali-sekala. Semalam kami makan di The Stag, dekat je dengan rumah. Tak larat nak pergi jauh. Tempatnya selesa, bersih, cantik dan tenang. Makanan pun sedap dan harga masih mampu milik. Jumlah keseluruhan makan malam kami semalam: RM119.00 untuk: Spageti carbonara – 2 Chicken chop – 2 Char Kuey Teow kerang – 2 Nasi lemak ayam – 3 Fish & chip – 1 Soda lemon – 2 Kopi beng – 1 Milo beng – 1 Teh O beng (satu jag) – 1 Bagi che kak, harga macam ni masih berbaloi untuk makan bersama keluarga besar. Yang penting, anak-anak pun seronok. Boleh masuk dalam senarai tempat makan yang sesuai untuk ‘reward’ anak-anak sesekali. 🌿🍽️