Refleksi Tugas & Pengalaman Dalam Pelaksanaan ISO

Hari ni che kak tarik handbrake sekejap daripada siapkan laporan MKSP. Seminggu dua ni memang tumpu sepenuhnya pada laporan tu. Hari ni badan dan kepala dah lemau tahap gaban, jadi rehat sat. Esok sambung balik sebab esok jugak due date kena hantar.


Macam-macam rasa datang, kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak marah. Tapi itulah dia, hidup dalam dunia kerja yang penuh dengan laporan dan dokumentasi. 



Syukur alhamdulillah sebab staf-staf banyak membantu. Setiap kali che kak minta maklumat, terus diberi dengan cepat dan jelas. Terima kasih semua, ringan sikit beban.



Kali pertama dengar ISO. Che kak masih ingat masa mula-mula dengar perkataan “ISO”. Masa tu kerja di JKMWPKL. Terdengar En. Zul tegur seorang staf, katanya tak boleh lagi guna borang lama. Tapi staf tu jawab, “Habiskan dulu, banyak lagi.” En. Zul kata, “Banyak mana pun dah tak boleh, sebab ISO baru.”


Che kak masa tu tak faham pun apa benda ISO tu. Sekadar ikut je apa orang suruh dan buat.



Lepas tu berpindah ke Pasir Mas. Dilantik jadi QMR, tanggungjawab besar berkaitan ISO, bersama Abe Loh yang jadi DC. Masa tu, memang kena belajar juga pasal ISO, nak tak nak.


Banyak kali kena audit dalam, audit luar, termasuk audit CI. Che kak memang respect sungguh fail-fail yang disediakan oleh Kak Lah dan Abe Loh. Langsung takde penemuan minor, apatah lagi major. Dari situ che kak belajar kalau ikut garis panduan ISO dari awal proses kerja, takde la pening kepala di hujung-hujung nanti.



Pindah ke Pasir Puteh, lega sikit sebab bukan che kak yang pegang tanggungjawab QMR kali ni. Tapi tak lama sebelum tukar ke KB jadi PKSJ pula. PKSJ tu 'dimelayukan'. Sempat la belajar sebulan dua dengan Puan PKMJ tentang dokumen dan laporan ISO.


Kemudian, berpindah ke KB. Kononnya ingat dah bebas dari ISO. Tapi rupanya, berjodoh lagi. Bezanya kali ni, macam-macam jenis laporan pula yang perlu disiapkan.


Apa pun, setiap pengalaman tu ada nilai dan pengajaran. Bukan sebab nak sangat, tapi sebab amanah dan tanggungjawab. Dan insya-Allah, selagi diberi kekuatan, che kak cuba buat sebaik mungkin.

Comments