Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Bila COVID Datang Tanpa Salam – Kisah Sebenar Dijangkiti COVID-19

Kadang-kadang ujian kesihatan datang tanpa salam, tanpa tanda. 14 Ogos 2021  Bermula dengan rasa sejuk luar biasa masa nak ambil wuduk. Bukan sejuk biasa, tapi sampai menggigil, rasa macam air batu menyentuh kulit. “Haihh… demam ke aku ni?” bisik hati kecil. Beberapa hari sebelum tu sempat terlintas, “Lama dah tak demam.” Rupanya ‘demam’ tu rindukan Che Kak. Hadirnya tak sekadar panas badan, tapi sekali dengan debar dan gelisah yang tak boleh digambarkan. Panadol dan bee propolis jadi teman setia. Tapi rupanya, ada lagi babak yang menanti gelang pink, swab test, dan 3 hari penuh penantian. 🗓 14 Ogos 2021 Waktu Maghrib. Air wuduk yang terasa macam ais mencetus rasa tak sedap hati. Badan rasa panas. Cek suhu, alamak, naik! Panadol segera ditelan. Bee propolis kunyah perlahan-lahan. Mula rasa pelik, “Demam ke aku ni?” Satu badan rasa seram sejuk. Dalam hati, risau juga… zaman tu bukan boleh buat main demam-demam ni. 🗓 15 Ogos 2021 Bangun pagi, rasa macam dah okay sikit. Jiwa bergelu...

BEZA PKP 1.0

  Dulu la dulu Masa PKP 1.0 Nak pi keje, jalan raya sunyi sepi Sempat merasa minyak murah Dulu la dulu Masa PKP 1.0 Setiap minggu beli hand sanitizer Gantung kat handbag Letak kat meja keje Bagi kat anak sorang satu Letak kat luar rumah Setiap masa sapu Dulu la dulu Masa PKP 1.0 Balik keje terus masuk bilik air Mandi, cuci baju Anak datang dekat pun halau main jauh-jauh Dulu la dulu Masa PKP 1.0 Singgah kedai nak beli barang dapur Hampir tergelak tengok macam ragam ketua keluarga sopim Ada buat video call sambil tunjuk barang kat bini Sekarang ni Allahu Setiap masa ada je status rakan-rakan fb ahli kel rakan taulan yang meninggalkan dunia fana ni sebab covid Virus ini sangat dekat dengan kita

Bahagia Rumahtangga Bukan Ukuran Stoking, Tapi Ikhlas & Redha

Pada awalnya, ramai yang terinspirasi dengan kisah cinta Allahyarhamah Siti Sarah dan suaminya. Tanda-tanda husnul khotimah beliau benar-benar menyentuh hati. Tapi tak lama kemudian, mula timbul pula perbandingan khususnya isu ‘stoking’ sebagai simbol pasangan yang soleh dan romantik. Gais, Perlu kita sedar… rumahtangga dan kisah cinta setiap orang tak sama. Bahagia bukan diukur pada harta, rupa, atau romantisnya pasangan. Tak semua suami tahu cara nak romantik, dan tak semua isteri dapat pasangan yang memahami 100%.  Ada yang diuji dengan pasangan yang sakit, pasangan yang ego tinggi, ada yang kehilangan pekerjaan, terpaksa hidup berjauhan, atau tertekan dengan campur tangan keluarga. Ada suami yang tak pernah pakai stoking pun tapi tetap bertanggungjawab dan sayang keluarga sepenuh hati. Hakikatnya, kebahagiaan dalam rumahtangga bukan tentang apa yang orang nampak. Ia bergantung pada ikhlasnya hati kita dalam menerima dan memberi, serta redha dengan kekurangan dan kelebihan pasan...

Anak Derhaka Katanya, Tapi Siapa Sebenarnya Jahat?

Throwback 20 tahun yang lalu. "Engko dah beli tiket balik raya ke?" "Belum. Aku tak balik." "Eh, kenapa tak balik kampung? Tak rindu family ke? Ish, raya kot." Perlahan-lahan dia keluarkan sekeping gambar pasport seorang lelaki. "Ni ayah engko ke? Ish… ganasnya muka." Tersedar tersasul, cepat-cepat aku tampar mulut sendiri. "Minta maaf, awok… tak sengaja." Dia tenang, tapi jawabnya buat dada rasa sesak: "Haa… memang pun. Ayah aku jahat." Rupanya, selama ni dia simpan sisi gelap hidupnya. Dari sekolah lagi, dia jadi mangsa cabul ayah kandung sendiri . Atas motor masa balik sekolah pun sempat lagi ayahnya ambil kesempatan. Bertahun-tahun dia diam. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Takut orang tak percaya. Takut dicop anak derhaka. Akhirnya dia lari dari rumah  bukan sebab degil, tapi sebab nak selamatkan diri . Tapi dunia tak adil. Dia dilabel macam-macam: "Anak lari dari rumah." "Anak bermasalah....