Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Tak Malu Kalau Gagap Speaking, Yang Malu Bila Suka Menyindir

Speaking London Bukan Uji Maruah Kenapa perlu sindir dan marah pada Maya Karin mengenai isu Bahasa Inggeris? Che Kak tak nak komen siapa yang betul atau siapa yang salah. Terpulang pada pandangan masing-masing. Tapi Che Kak nak kongsi kisah diri sendiri  kisah seorang budak sekolah yang tak pandai berbahasa Inggeris. Silap siapa? Entahlah. Tapi Che Kak letakkan salah tu pada diri sendiri juga. Zaman sekolah rendah dulu, Che Kak masih ingat hari Rabu adalah English Day . Wajib speaking walau apa pun situasinya. Satu hari, Che Kak nak beli pensel kat koperasi sekolah. Fuh, berdebar! Malu, segan, takut kena marah. Tapi paksa diri juga: “I want to buy a pencil.” Dapat juga beli pensel tu. Guru koperasi pun senyum je. Bangga weh, bangga macam menang syarahan. Balik rumah, terus cerita kat Ma dan Ayah macam anak dia ni dah masuk ‘public speaking London’ 😆. Nak speaking ni, bukan senang. Jiwa kena kental. Kena berlatih dari kecik. Tapi kalau dah jadi kanak-kanak purba macam Che ...

REVIEW KRIM SEKAPUR LIMAU

Selain daripada minyak gamat, krim berasaskan halia wajib ada dalam simpanan ubatan. Che kak suka krim@losyen halia yang kurang panas, sejuk berangin dan tidak melekit.  Che kak dah jatuh hati pada krim mesra bajet, iaitu.......  Krim sekapur limau 100 ml amat berpatutan. RM20.00 sahaja.  Letak dalam handbag pun senang. Botol krim sekapur limau kecil molek dan senang di bawa ke mana-mana sahaja. Apabila sakit perut seperti senggugut, sebu, kembung dan rasa berangin je dalam perut, cepat-cepat che kak sapu krim sekapur limau. Kalau sapu sebelum tidur, keesokkannya angin keluar bagaikan bom atom. Haha. Lega wakkk. Apabila che kak rasa lenguh betis, tumit dan kaki, che kak sapu krim ni juga. Maklum la. Krim serbaguna. Lega je rasa lepas sapu.  Kerja che kak ni, selalu je membuatkan rasa sakit kepala. Mana la tak sakit kepala. Duk mengadap komputer dari pagi sampai ke petang. Hadap fail yang bertimbun. Apa lagi. Sapu krim sekapur ...