Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

LAYAN DRAMA SAAT HILANG CINTAMU

Layan drama saat hilang cintamu. Tak sangka pula drama ni adaptasi dari kisah benar. Patut la best layan drama ni. Tak de adegan air mata beriya sangat tapi jalan ceritanya mampu buat mata masuk habuk. Dang dang rasa nak peluk cium minta ampun dengan suami atas dosa sebagai isteri. Tambahan pula che kak suka tengok lakonan Zamarul Hisham. Pelakon lama adalah tarikan utama che kak nak tengok drama atau filem. So, sape² buang pelakon lama dari drama atau filem atas sebab 'tua' memang che kak pangkah sampai mati

Ulu Lepar: Catatan Relokasi Tak Dirancang

Dilempar ke Ulu Lepar Catatan hati isteri yang pasrah dengan takdir perpindahan Suamiku dilempar ke Ulu Lepar, Rasa teraniaya namun kena sabar, Aku bukan isteri seorang askar, Namun pasrah pada qada dan qadar. Bila surat pertukaran itu sampai, tak semena-mena hati ini bercampur baur — antara nak marah atau nak menangis pun tak tahu. Ulu Lepar? Di mana tu sebenarnya? Bunyi nama pun dah buat kita rasa macam dihantar ke hujung dunia. Rasa macam dalam skrip drama Melayu petang Jumaat. “Saya ni bukan isteri askar…” Kadang-kadang rasa nak jerit juga, “Saya ni bukan isteri askar, kenapa suami saya kena ‘posting’ macam ni?” 😅 Tapi bila difikirkan semula, ini semua bukan kerja manusia. Ini takdir Allah . Kalau Dia dah tetapkan, siapa kita nak soal? Terasa berat di hati , tapi kaki suami tetap melangkah. Hidup di Tanah Baru Awal-awal memang terasa asing. Orang pun tak kenal, tempat pun tak biasa. Line telefon pun kejap ada, kejap takde rasa macam masih tahun 1999 . Tapi perlahan-lahan,...

HIDUP INI SANGAT SINGKAT

  Ya, dia tahu tapi dia pilih berpura² Ya dia dengar tapi dia pilih tuli Ya dia ada hati tapi dia pilih buta Ya dia ada suara tapi lupa jeritan makhluk Ya dia ada kuasa tapi dia lupa kuasa Allah segalanya Ya lena tidurnya sehingga terlupa ada yang ketakutan Ya dia tersenyum kemenangan tapi lupa doa orang dianiayai

SORRY TAK MINAT

  Satu²nya filem yang che kak tengok adalah Mat Kilau sebab che kak minat sangat dengan sejarah. SY ni bukanlah dalam list artis kesukaan che kak. Tak teruja langsung nak tengok beliau berlakon apatah lagi filem² keluaran beliau yang lain. Sejujurnya selepas tahu dia adalah suami yang sanggup block dan biarkan isterinya gantung tak bertali membuatkan che kak lagi hilang respect. Usahkan block, tiada liputan talian telefon pun kita dah rasa resah gelisah. Sorry to say, che kak benci lelaki seperti itu walau apa jua alasan yang diberikan. Cukuplah sekali che kak mengkayakan beliau. Che kak sayang duit untuk dibazirkan sewenang²nya .

Kalau Legend, Umur Tak Penting

K adang kita minat artis atau pelakon yang "veteran" sebab mereka ada karisma, pengalaman, dan aura yang susah nak ditiru. Rambo, Amy Search, Jackie Chan mereka semua ikon. Tua ke, kerepot ke, kalau dah legend, tetap legend. Tapi bila industri sendiri double standard  lelaki tua boleh jadi hero sampai umur 70 dan bila ada slip disc sikit, terus tak laku memang menyakitkan hati. Macam, eh, skrip tu tak boleh ke ditulis ikut realiti? Orang gemuk pun ada cerita, orang tua pun ada nilai. Nak tolak sebab faktor kesihatan atau tak sesuai watak, okay, tapi jangan sampai alasan tu bunyi macam memperlekeh. Lagi pula, kalau luar negara boleh ada pelakon veteran yang pegang watak utama dan dihormati, kenapa kita tak boleh? Dan ya, kalau pun ada kekurangan fizikal  sebut dalam hati je la.  Tak payah announce satu dunia. Sensitiviti tu penting. Dah minat sangat, tak kisah tua kerepot sekalipun. Legend tetap legend. 🔥💯 .

Tak Romantik, Tapi Cinta

Tak Romantik, Tapi Cinta Cinta ini, walau tak ditulis di dinding Facebook setiap hari, tetap membara. Dalam diam, dalam doa, dalam tangisan waktu malam. Che kak bukan isteri sempurna. Tapi dia tahu satu perkara dia rindu. Teramat. Rindu pada seorang suami yang selalu ada. Yang suka masak macam-macam walau penat. Yang akan ikut ke pasar walau sekadar nak beli ayam seekor. Yang suka tegur kalau dia silap, semata-mata nak masuk syurga sama-sama. Dia tak reti cakap "I love you", apatah lagi nak peluk-peluk depan orang. Tapi dalam gaduh, ada rindu. Dalam diam, ada sayang.  "Abang saye sayo dop?" "Tok soh tanyo soale bodo." Jawapan yang tak romantik, tapi itulah cinta dalam bentuk tanggungjawab. Dia bukan jenis hadiahkan bunga segar. Tapi pernah juga bagi bunga bling-bling yang 'takleh makan' dan tetap buat hati che kak cair. Che kak tahu, dia cuba. Mereka bukan pasangan 'sweet' di media sosial. Gambar makan berdua pun jarang. Tapi bila berjauhan...

JANGAN DEDAH MAKLUMAT PERIBADI KAD PENGENALAN ORANG DI MEDIA SOSIAL

 Alahai, terkejut che kak. Walaupun nak marah kat seseorang yang tak bayar hutang, jangan la sesekali letak gambar kad pengenalan orang lain kat mana-mana medsoc.  Tidak wajar sama sekali kita up maklumat peribadi seseorang walaupun nak marah dan geram tahap giler khinzir. Khinzir pun tak giler macam tu🤣.Silap haribulan korang kena saman pula nanti. Apabila kad pengenalan terdedah begitu, mudah sangat si penjahat nak buat aniaya. Dah la no ic, nama, alamat, gambar tidak ditutup. Paling takut salah guna buat pinjaman ah long. Dik, jangan buat aniaya orang macam tu kalau nak marah sebab tak bayar hutang macamana sekalipun. Jangan kita pula nampak lebih kejam dari si ah long lintah darat. Tak silap che kak, boleh rasanya buat tuntutan hutang melalui mahkamah.  Syarat utama bagi hutang ialah, kita mampu redho kalu dia tak bayar hutang.  Kalau tak mampu redho, jangan sesekali bagi hutang. Jangan kesian dari awal-awal lagi kalau sesiapa nak berhutang. Orang yang berhutang...