Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

CARA DEFROST AYAM DAN DAGING

 "Pagi ini nak masak ayam lah. Kita keluarkan ayam dari peti ais. Biarkan dia cair dari pagi. Nanti pukul 12 boleh lah masak." Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi... dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak.  Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria. Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak. #sharing dari page Public Health Malaysia

Huduhnya Bini? Atau Huduhnya Layanan Demo?

 1. Lagu mano layane pxxxxxr tu. Pernah ado pengalame ko? Layane “pxxxxxr” tu dalam konteks status tu nampak macam hina sangat seolah-olah bini ni makhluk takde maruah. Kalau benar suami layan bini supo barang lepas pakai, itu bukan suami tapi tak sedar diri. Pengalaman? Ramai wanita luar sana share cerita buat kerja rumah 24 jam, urus anak, jaga makan pakai suami, tapi dibalas dengan maki, banding, hina fizikal. Sakit mental, sakit jiwa. 2. Bakpo artis jelita comel lote mekap sokmo pun buleh bercerai jugok? Sebab kecantikan luaran tak jamin kebahagiaan dalaman. Pasangan tak setia Masalah komunikasi Ego tinggi Campur tangan luar Artis pun manusia. Walau lawa luar, tapi kalau hati suami kosong, tak puas, tak hargai, dia cari jalan keluar. So bukan sebab rupa semata. 3. Bakpo maso bini duk dengan ibu bapa comel molek jah. Kulit licin, mantap. Gi masuk mine jadi huduh busuk mase geleber? ➡️ Sebab tekanan hidup. ➡️ Kurang rehat. ➡️ Anak berderet. ➡️ Masak, sidai kain, angkat air, jaga ...

BAPA MENTUA KU

  Ni gambar bapa mentua che kak. Cucu-cucu panggil abi tok. Anak-anak beliau  panggil papa. Che kak? Sampai sekarang rasa keras lidah nak  sebut papa. 😁 Lebih suka panggil abi tok je.  Seorang bapa mentua paling baik. Alhamdulillah rezeki dapat seorang bapa mentua yang baik walaupun che kak ni menantu hantu🀣 Teringat le  kisah suatu hari.  Abi tok suruh cucunya yang bernama abang Aulia' buatkan  segelas air milo.  Lepas ucapkan terima kasih, sempat pesan. Nanti abi tok dah tua, Aulia' buat air macam ni ye.  Eh tiba-tiba mak mentua kata, "kaba etek  kito tu tuo doh. Umur  nok dekat 70  doh".πŸ˜‚ Maka termenung la si abi tok. Tak rasa tua la sebab setiap hari masih gagah buat kerja-kerja walaupun dah lama bersara sebagai  kakitangan pejabat pertanian.  Che kak teringat sampai sekarang ni. Pada suatu hari che kak menangis teruk juga la sebab teruk kena kutuk dengan seseorang. Puncanya che kak tak hulurkan tangan untuk be...

CLOTH DIAPERS

 Tadi saje la duk sembang2, tiber teringat cloth diapers yang duk simpan bertahun dah. Masa zaman Aqilah dan Afnan, che kak giler beli cloth diapers ni haaa. Lawa2 wei kaler dan corak dia. Ni pun banyak dah juai balik. Basuh sat, nanti senang nak sedekah kat sape2. Kita bagi yang elok2 macam kita nak pakai kat anak kita. #chekakforever

Awaatif dan Konsert Mini di Rumah

Awaatif memang suka sangat lagu Ya Jamalu . Bila dengar je lagu tu berkumandang, laju je mulut dia ikut nyanyi. Kadang-kadang umi pun terikut sama. Enjoy je nyanyi sama-sama, tak kisah pun pitching lari ke, tempo ke laut ke. Yang penting, bonding time. Tapi satu hari tu, tengah umi sedap feeling nyanyi sekali, dia pandang umi dan terus cakap: “Umi, tak sedap la umi nyanyi. Bukan macam tu nyanyi. Tak sama langsung.” 😳 Amboi, bukan main komen dia. Kalah David Foster. Siap bagi ulasan terus terang tanpa segan silu. Nak tergelak pun ada. Dulu masa dia baby, umi nyanyi lagu Isabella , kadang-kadang Fantasia Bulan Madu . Lena je dia tidur dalam dakapan umi. Takde pun nak komen suara umi sumbang ke apa. Sekarang dah besar, jadi pengkritik profesional pulak. Takpe la Awaatif, umi tetap akan nyanyi jugak. Sebab suara umi tak sempurna tu lah yang awak dengar dari dulu. Suara umi yang sama, yang teman awak tidur, yang buat awak rasa tenang. Teruslah nyanyi lagu Ya Jamalu tu, sayang. Tapi jangan...

Gaji Bukan Isu, Tapi Cara Kita Urus Tu Yang Penting

RM1300 Sebulan & Periuk Sendiri: Belajar Hidup Sendiri Lepas habis belajar di UPM, che kak nekad keluar cari pengalaman kerja. Tak tunggu lama pun — terus keje kat sebuah kilang yang jauh dari kampung. Saja je, nak rasa hidup berdikari. Macam mana agaknya hidup sendiri, urus diri, dan survive dengan duit sendiri. Kerja tu che kak buat cuma 3 bulan je. Tapi dalam masa tu, banyak sangat pelajaran hidup yang che kak kutip. πŸ’° Gaji RM1300 Rasa Macam Tuan Besar Masa tu dapat gaji RM1300. Fuh, rasa macam orang kaya! Che kak belilah barang dapur, barang keperluan diri, dan bajet betul-betul untuk cukupkan makan sebulan. Maklumlah, hidup sendiri — pandai-pandai la nak hidup, kan? πŸ›️ Housemate Boros, Tapi Muka Moyok Bila Lapar Tapi housemate che kak ni lain sikit gayanya. Setiap kali dapat gaji, terus ke bandar. Sopim sakan, beli telefon baru setiap bulan. Bukan satu, tiap-tiap bulan! πŸ˜… Lepas seminggu gaji habis, mula la episod hidup dia — ‘berpuasa tanpa berbuka’. Nak beli makanan pun ta...