1. Lagu mano layane pxxxxxr tu. Pernah ado pengalame ko?
Layane “pxxxxxr” tu dalam konteks status tu nampak macam hina sangat seolah-olah bini ni makhluk takde maruah. Kalau benar suami layan bini supo barang lepas pakai, itu bukan suami tapi tak sedar diri.
Pengalaman? Ramai wanita luar sana share cerita buat kerja rumah 24 jam, urus anak, jaga makan pakai suami, tapi dibalas dengan maki, banding, hina fizikal. Sakit mental, sakit jiwa.
2. Bakpo artis jelita comel lote mekap sokmo pun buleh bercerai jugok?
Sebab kecantikan luaran tak jamin kebahagiaan dalaman.
Pasangan tak setia
Masalah komunikasi
Ego tinggi
Campur tangan luar Artis pun manusia. Walau lawa luar, tapi kalau hati suami kosong, tak puas, tak hargai, dia cari jalan keluar. So bukan sebab rupa semata.
3. Bakpo maso bini duk dengan ibu bapa comel molek jah. Kulit licin, mantap. Gi masuk mine jadi huduh busuk mase geleber?
➡️ Sebab tekanan hidup.
➡️ Kurang rehat.
➡️ Anak berderet.
➡️ Masak, sidai kain, angkat air, jaga rumah = tenaga habis.
➡️ Duk dengan mak ayah, bini rilek sket, mak tolong masak, jaga anak.
Tapi dengan demo kena jaga semua sendiri. Pastu kalau suami tak tolong, lagi letih. Kulit jadi kusam, badan penat. Nak mekap? Mana sempat.
4. Bakpo ado bini yang jatuh sakit tok gerok geri, molek-molek ado jah tok laki dio saye po tu lo yo jah?
Sebab ada suami yang sayang jiwa, bukan tubuh.
Masa sihat dia jaga suami. Masa sakit, suami balas balik itulah cinta sebenar. Bukan jenis sayang masa cantik jah. Ramai lelaki baik sebenarnya, tapi senyap sebab yang buruk selalu viral.
5. Berapa ribu demo wi ko bini untuk dio jago tubuh luar dan dalam?
Produk kesihatan mahal.
Spa, facial, supplement semua perlukan belanja.
Kalau bagi RM50 seminggu, tapi expect bini jaga badan supo artis, tok logik la.
Nak bini cantik luar dalam, kena labur sikit. Jangan expect “natural beauty” maintain lepas anak tiga, cukup makan, cukup tidur pun tak dapat.
6. Doh beli jus awet muda tinggi antioksidan ko bini doh ko?
Kalau tak beli, jangan bising kalau bini tak 'awet muda'. Jus, collagen, supplement tu bukan untuk orang mewah jah, tapi untuk sesiapa yang hargai diri dan pasangan. Kalau mampu beli rokok, mampu beli supplement bini jugok.
Apa yang Che Kak tanyo ni bukan nak menyalahkan suami semua, tapi nak ajak fikir. Kecantikan isteri bukan datang dari genetik je — tapi dari kasih sayang, rehat cukup, sokongan moral & kewangan.
Nak bini macam dulu-dulu?
Jadilah suami macam dulu-dulu jugok — masa mula-mula kawin, manja, tolong bini, puji selalu.
Comments
Post a Comment