Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2025

Bertugas di Pusat Pemindahan Sementara

Alhamdulillah bilik gerakan bencana banjir ditutup secara rasmi petang ini. (27.11.2025)   Vest oren pun dah boleh di basuh bersih dan akan berbau wangi kembali. Sejujurnya bertugas di PPS memang membuatkan rasa penat fizikal dan emosi.  Ingat suka sangat ke tinggalkan keluarga selama berhari-hari.  Balik tengah malam dalam keadaan hujan lebat bikin kecut perut dan zikir tak henti-henti. Namun tanggungjawab agensi yang digariskan dalam Arahan NADMA No 1 perlu dipatuhi. Syukur alhamdulillah dapat rakan setugas yang mantap, work smart dan steady sekali.  Pengalaman pertama che kak guna aplikasi MyIBJKM dan sejujurnya che kak suka dengan aplikasi ini. Data semua mangsa bencana dikumpulkan dalam sistem digital secara lebih sistematik berdasarkan data terkini.  Walaupun masih ada kekurangan namun ianya boleh ditambahbaik dari masa ke semasa mengikut situasi. Dalam pengurusan bencana banjir semuanya harus berbanding bahu, tahu peranan masing-masing dan tak perlu tu...

Ada Apa Pada Majlis Konvokesyen

Che kak dan suami sama-sama graduan Diploma UPM tapi dua-dua tak pernah merasa naik pentas konvo. Entahlah… rasa macam dah mati semangat nak konvo. Lupa dah sebabnya. Konvo Asasi abang Ahyad tahun lepas pun tak sempat hadir  mungkin sebab banjir.  Jadi bila dapat peluang tengok suasana majlis konvokesyen abang Aiman kali ini kiranya rezeki juga.  Dapat bawa anak-anak sekali tengok abang Aiman mereka naik pentas dengan jubah hitamnya. Berada di kerusi jemputan ibu bapa ni rasa macam lain benar. Ada rasa bangga tapi dalam masa yang sama rasa macam dah tua.  Tapi peliknya semangat nak bersara makin membara. Tak sabar nak lalui fasa hidup yang lebih tenang, nak menulis buku. Tajuknya nanti-nantilah fikir. Buat masa sekarang fokus pada keluarga dan kerjaya dulu. Graduan semuanya comel-comel belaka, bersemangat dan majlis pun penuh protokol.  Tapi bila tengok suasana dewan besar itu lautan jubah hitam, senyuman bangga para graduan dan ibubapa rasa sebak datang tiba-ti...

Resepi Shellout

Suami tanya pandai ke masak shellout dan dengan yakinnya jawab try je la kot jadi. My husband has already transferred the money to buy the cooking ingredients. (hilir kei tu speaking nanti tok laki buwi lagi)🤪 Tak lupa juga share resepi.  Singgah Mydin Mall Tunjong sebab yakin ada banyak pilihan lauk untuk resepi ini. Beli serba sedikit sebab nanti masak mesti penuh juga dalam kuali. Udang, sotong serba sedikit, ketam separuh sorang sebab lambat lagi gaji.  Lala dan siput buluh pelengkap menu ini. Tak lupa juga sayur-sayuran bunga kobis, carrot (tak panggil lobok sebab merujuk sayur sawi).  Nak beli jagung takde kita ganti dengan 'tiok' jagung dan tak lupa juga brokoli. Daun kari dah ada dalam peti. Beli juga serbuk kari ikan kali ni try jenama Faiza, biasanya beli jenama Adabi.  Sambil tolak troli ambil juga la beberapa barang makanan lain, sempat lagi.😆 Lepas bayar dan cop passport eh cop resit terus turun tak tengok dah kanan kiri. Jauhnya perjalanan nak ke temp...

Terbanglah Tinggi Anakku

Alhamdulillah semalam che kak bersama suami dan anak-anak berkesempatan hadir ke Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin ke-17. Kami meraikan Abang Aiman yang telah menamatkan Diploma Undang-Undang pada Februari yang lalu. Alhamdulillah rezeki Abang Aiman bukan sahaja memperoleh keputusan yang cemerlang malah pinjaman pelajaran beliau turut ditukar status kepada biasiswa. Doa che kak tidak pernah putus untuk kejayaan anak-anak walau kadangkala terasa kecil hati juga dengan mereka. Che kak anggap itu semua sebagai kekhilafan seorang ibu yang tidak sempurna dalam mendidik anak-anaknya. Terbanglah tinggi wahai anak kerana itu adalah kebolehan dan keistimewaanmu. Namun sesekali jangan lupa rumput hijau yang kita pijak. Kita sering kagum melihat indahnya langit biru tetapi jangan lupa bahawa rumput di bawahlah yang memberi ketenangan dan kedamaian. Jadikanlah ilmu yang dipelajari selama ini sebagai sandaran untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan berbakti.

Ada Rindu Yang Tak Terpadam

Tadi sempat singgah sekejap di PKMJPP. Sekejap sungguh tak sempat nak bersembang lama sebab lorat nak ke Terengganu pagi ni. Tapi walau sekejap, rasa rindu tu terus menjentik hati. Rindu nak berbual panjang, gelak tawa, rindu suasana yang dulu pernah jadi rutin harian. Hampir 12 tahun bertugas di sini. Ramai yang datang dan pergi. Wajah berganti tapi kasih sayang dan ukhuwah antara kami tak pernah pudar. Masih terasa erat  seperti sebuah keluarga yang sentiasa dekat di hati. Tempat ini dan mereka yang pernah bersamaku di sini akan sentiasa ada dalam doa dan kenangan. 

Latih Amal @ Simulasi Pengurusan Bencana & Kempen Pendaftaran Awal (MyIBJKM) MTL 2025/2026

Latih Amal @ Simulasi Pengurusan Bencana & Kempen Pendaftaran Awal (MyIBJKM) MTL 2025/2026 (4 November 2025) Selepas menikmati sarapan pagi, kami terus bertolak ke Gelanggang Seni bagi menghadiri program Latih Amal Simulasi Pengurusan Bencana dan Kempen Pendaftaran Awal MyIBJKM MTL 2025. Tak lupa juga, kami mengenakan vest oren kebanggaan kami simbol semangat dan komitmen warga JKM. Bagi memudahkan pergerakan dan menjimatkan ruang parkir, kami bercarpool ke lokasi program.  Peserta terdiri daripada guru-guru wakil sekolah yang pernah dijadikan PPS (Pusat Pemindahan Sementara) pada tahun lepas. Peranan guru dalam jawatankuasa PPS amat penting kerana sekolah merupakan antara lokasi utama yang digazetkan sebagai tempat perlindungan semasa bencana. Tak lupa juga sukarelawan JKM dan Penggawa. Ada 14 Penggawa di Jajahan Kota Bharu. Dalam sesi ini, kami juga menunjuk ajar cara memasang aplikasi MyIBJKM serta menerangkan kepentingannya untuk tujuan pengurusan bencana dan pendaftaran ma...