Latih Amal @ Simulasi Pengurusan Bencana & Kempen Pendaftaran Awal (MyIBJKM) MTL 2025/2026

Latih Amal @ Simulasi Pengurusan Bencana & Kempen Pendaftaran Awal (MyIBJKM) MTL 2025/2026 (4 November 2025)


Selepas menikmati sarapan pagi, kami terus bertolak ke Gelanggang Seni bagi menghadiri program Latih Amal Simulasi Pengurusan Bencana dan Kempen Pendaftaran Awal MyIBJKM MTL 2025.


Tak lupa juga, kami mengenakan vest oren kebanggaan kami simbol semangat dan komitmen warga JKM.


Bagi memudahkan pergerakan dan menjimatkan ruang parkir, kami bercarpool ke lokasi program. 


Peserta terdiri daripada guru-guru wakil sekolah yang pernah dijadikan PPS (Pusat Pemindahan Sementara) pada tahun lepas.


Peranan guru dalam jawatankuasa PPS amat penting kerana sekolah merupakan antara lokasi utama yang digazetkan sebagai tempat perlindungan semasa bencana.


Tak lupa juga sukarelawan JKM dan Penggawa. Ada 14 Penggawa di Jajahan Kota Bharu.


Dalam sesi ini, kami juga menunjuk ajar cara memasang aplikasi MyIBJKM serta menerangkan kepentingannya untuk tujuan pengurusan bencana dan pendaftaran mangsa.


Cara Memasang Aplikasi MyIBJKM


Untuk telefon Android (Google Play Store):


1. Buka aplikasi Play Store.


2. Di ruangan carian, taip “MyIBJKM”.


3. Pastikan penerbitnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


4. Tekan Pasang (Install).


5. Setelah siap dimuat turun, tekan Buka (Open) untuk mula menggunakan aplikasi.


Selesai sesi penerangan, kami mendengar taklimat daripada Puan PKMJ sendiri diikuti oleh Penyelaras Bencana.


Kemudian berlangsung demonstrasi pemasangan dan lipatan cubicle tent. Mencabar juga. Pelbagai gaya untuk memastikan khemah banjir ini dapat dilipat dengan betul.


Tak ketinggalan juga demonstrasi penggunaan retort food makanan siap masak yang disteril dalam pek khas tahan haba (retort pouch). Ia boleh tahan lama tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.


Untuk menikmatinya hanya perlu letakkan air dan biarkan kira-kira 10 minit. Pek tersebut akan menjadi panas dan mengeluarkan wap jadi hati-hati sebab dalamnya ada pad pemanas khas.


Selesai majlis penutup kami terus menikmati makan tengah hari bersama-sama. 


Alhamdulillah kenyang dan puas hati!


Dah hampir selesai makan baru perasan budu sangat manis. 😂


Tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program simulasi ini. 


Semoga usaha ini terus menyemai semangat kesiapsiagaan bencana dalam kalangan petugas, jawatankuasa bencana dan masyarakat.









































Comments