Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Degil Tapi Nak Tenang? Mimpi La...

 Degilnya Kita Dengan Peraturan Baru-baru ni che kak sempat dengar nasihat dari Ustaz Syed. Bukan PU, bukan Da’i, bukan juga Imam Muda. Tapi pesanan dia, "makan dalam". Topik dia: Degil Dengan Peraturan. Kita selalu rasa peraturan tu menyusahkan. Tapi tak sedar – degil kita tu kadang menyusahkan orang lain dan diri sendiri juga. Contoh real-life: Nak masuk bank. Parking ikut suka. Tempat bukan untuk parking pun bantai je. Alasannya: “Malas nak jalan jauh… malas nak bayar parking…” Lepas tu sepanjang tunggu dalam bank, hati tak tenang. Kejap-kejap jenguk luar. “Kena saman ke…?” Bila sampai giliran kaunter, tadaaaa – surat saman muncul. 😂 Nak tak nak, keluar balik gi parking elok-elok. Giliran bank pun dah terlepas. Kena ambil nombor baru. Siapa rugi? Diri sendiri. Tapi biasalah, lepas tu marah. Kadang lepas marah kat orang bank, kadang balik marah anak. Yang salah siapa? Kita. Tapi kita salahkan orang lain. Contoh lain: Tak ikut SOP masa musim Covid-19 dulu. Tak pakai mask, t...

Suami Saya Bukan Dalam Gua – Dia Dalam Dapur, Mesin Basuh, dan Hati Anak-anak

Baru-baru ini, ada seorang “ostak” yang dengan mudahnya melabel suami che kak sebagai “duduk dalam gua.” Katanya, tak nampak muka di surau, tak aktif program jemaah  maka suami che kak seolah-olah tak berperanan dalam masyarakat. Eh eh eh eh ostak ni, nok buleh pekdoh ni. 🤭 Izinkan che kak jawab, bukan dengan emosi, tapi dengan realiti hidup. Suami Che Kak dan Sunnah Nabi Ramai yang ingat bila sebut "sunnah Nabi", perkara pertama yang terlintas  kahwin empat. Tapi sunnah Nabi bukan sekadar tentang perkahwinan. Ia tentang tanggungjawab, kasih sayang, adab, akhlak, amanah sebagai suami dan bapa. Suami che kak, yang ostak kata “duk dalam gua” tu: Bangun awal pagi siapkan breakfast dan bekal lunch anak-anak. Lepas tu hantar anak ke sekolah sebelum masuk kerja. Balik kerja, basuh baju, sidai, dan sambil tunggu mesin basuh habis, dia mula masak pula untuk dinner keluarga. Masakan dia? Boleh order macam kat kedai Siam lengkap lauk pauk, ketung ketang di dapur sampai kami kenyang an...

Penutup Tahun 2020: Sebuah Penghargaan dan Refleksi

 Alhamdulillah. Tiada yang lebih indah sebagai ketua Unit Kebajikan Produktif apabila rakan-rakan sekerja sentiasa beri komitmen dan kerjasama, siapkan penyata bayaran setiap bulan tepat pada due date. 13 Tahun Dalam Dunia Bantuan Sepanjang 18 tahun bekerja, 13 tahun che kak bertugas dalam unit berkaitan bantuan walaupun nama unit dah berkali-kali bertukar: Unit Perkhidmatan Bantuan (PB) Unit Sosioekonomi dan Bantuan (EB) Unit Kebajikan Produktif (PW @ KP) Yang selebihnya: Setahun di Unit Kanak-Kanak sebagai pelindung di JKMWPKL. 4 tahun di Unit OKU. Kuat Sebab Ada Sokongan Syukur... Allah kurniakan bos yang menyokong dan menjadi tongkat saat rasa nak tumbang atau rebah. Waktu kerja — kita kerja. Waktu horrey — kita horrey. Bila kena tegur — kita dengar dan terima sebagai staf. Bila orang lain perlukan bahu — kita hulur bahu dan telinga. Anak Buah & Rakan Sekerja: Kunci Kejayaan Anak-anak buah che kak memang power. Mereka beri komitmen, dengar pandangan dan saling membantu. Kad...

HANDBAG BARU

 Sape kenal che kak, memang tahu ler che kak ni pakai satu hand bag je selagi tak keluar isi dalam.  Takde koleksi handbag walaupun orang cakap gaji ribu riban takleh nok beli beg sutir.  Che kak tak kesah gi pasar tani hinggalah ke mana2 sekalipun, hand bag yang sama je la che kak pakai selagi tak keluar isi dalam. Gi miting kat hq pun che kak tak kesah pakai hand bag yang berconteng abc oleh budak bertuah Awaatif.  Kalau segan sangat, che kak nyorok dalam celah kain tudung labuh che kak.  Che kak tak kesah pakai hand bag yang talinya dah 3 kali ikat dengan cable tie.  Semalam keluar je dari kedai eco, dumm tercabut tali handbag yang memang tak leh nak sambung dah.  Balik umah, suami perasan tali tercabut, lepas tu dia ikat dengan cable tie.  Okey la buleh pakai lagi gi keje esok.  Gi keje macam biasa, tak ingat dah kat handbag sebab bizi dengan persiapan untuk sedia penyata bayaran bulan Januari 2021.  Gi keluar makan macam biasa je se...