Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2025

Aktiviti Hari Cuti

Hari ni masak spageti. Untuk anak-anak sebab masih cuti.  Tapi mak perut nasi memang tak leh nak berkompromi. Sebab dah lapar giler suruh Awaatif tengok dah masak ke nasi.  Awaatif kata bau doh tu nasi mungkin sebab bau wangi. Masok doh tu, senangnya dia punya teori.  Goreng kuih gulung sardin punya inti. Senang kerja mak sekarang ni. Beli yang siap difrozen sebab malas nak uli sendiri.  Malas pula nak buat kerja rumah  hari ni. Layan movie hantu penanggal lakonan Ropie. Bolehlah buat release tension tak yah fikir sangat pasal logik dan kualiti.  Untung Kelantan boleh cuti banyok hari. Ada duit dan masa boleh jalan luar negeri.  Ada orang suka rehat di rumah sebab penat bekerja tanpa henti. Ada orang suka masak-masak sebagai terapi. Che kak pun nak check in homestay kejap lagi. Boleh lah wat rasa-rasa macam sedang bercuti. Oh ye okey ke isi minyak hari ni? Che kak belum isi lagi sebab ada lagi.

Belajar Edit Poster Promosi Homestay

Alhamdulillah, malam ni che kak manfaatkan peluang yang ada untuk buat sesuatu yang baru edit poster homestay.  Maklumlah, zaman sekarang semua benda nak kena lawa sikit kalau nak iklankan, betul tak? Jadi che kak pun godek-godek la aplikasi Canva.  Tak berapa reti lagi tapi untuk level newbie macam che kak, bolehlah. Yang penting usaha dulu, hasil kita boleh baiki lagi. Sambil-sambil tu, che kak masak makan malam. Menu simple ikan kerisi goreng. Spesel tau ikan kerisi ni sebab beli bersama dengan kawan che kak dengan penuh kasih sayang.  Cicah pula dengan ulam timun dan budu. Fuhhh, memang bertambah nasi. Nikmat rezeki yang sederhana tapi cukup mengenyangkan perut. Lepas makan, sambung balik godek poster homestay. Che kak nak juga minta tolong dengan semua, kalau ada kawan-kawan atau saudara mara yang perlukan homestay sekitar Ketereh, bolehlah cadangkan homestay che kak ni. Tak mewah, tapi selesa untuk keluarga yang nak singgah atau berehat. Che kak baru je nak berjinak...

Kebersihan Itu Cerminan Diri

Lepas solat Asar tadi, che kak gagahkan juga diri untuk sambung bersihkan kawasan luar rumah. Walaupun ada rasa malas, hati tetap tidak tenang selagi kerja itu tidak dibuat. Betullah kata orang, kebersihan luar rumah memberi first impression kepada tetamu yang datang. Sambil che kak sibuk mencuci longkang ditemani kucing jiran, suami pula teruskan kerja dengan pasir dan simennya. Mengalahkan tukang rumah! Begitulah sikap beliau selagi boleh buat sendiri, dia akan usaha. Indahnya bila ada kesedaran bersama che kak menjaga kebersihan, suami pula menggalas kerja membaiki.  Rumah jadi bukan sekadar tempat berteduh tetapi ruang yang dibina dengan usaha kasih sayang dan rasa tanggungjawab bersama. Che kak teringat lawatan ke rumah penerima bantuan. Ada rumah yang dibiarkan bersepah dan penuh sampah.  Bukankah sakit mata melihatnya? Apatah lagi bila ada anak-anak besar yang mampu membantu tetapi tidak mahu ambil tanggungjawab. Kebersihan rumah sebenarnya mencerminkan budaya saling me...

Renungan: Kita Takkan Pernah Baik Dalam Semua Cerita

Hari ni cuti che kak ambil peluang untuk kemas rumah. Dari pagi lagi sapu, mop, cuci peti ais. Stok lauk pun dah siap siang dan cuci simpan elok dalam freezer. Freezer pun dah dibersihkan salji-salji pun hilang. Hari ni juga perap dan bakar daging. Sebenarnya daging ni stok yang ditempah masa cuti Hari Malaysia dulu. Niat asal nak buat jamuan, tapi apa kan daya… MasterChef tak sihat. Bukan tak boleh nak upah orang masak, tapi bila dah biasa serasi dengan Kak Long, rasa tak jeliro dengan air tangan orang lain. Bila dah janji walaupun tak jadi, daging tetap perlu dibayar. Kesian pula kat orang. Jangan sampai orang hilang percaya pada kita.  Lagipun, daging tu boleh je dimasak dan makan dengan ahli keluarga. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan peluang lain, kita boleh buat jamuan ringkas. Doakanlah MasterChef sihat selalu dan murah rezeki sokmo. Rehat kejap untuk solat Zohor. Sempat lagi menulis cerita ni.   Tadi pun sempat juga memenuhi request Abang Afnan nak makan rendang ay...

Kenapa Pekerja Sosial Perlu Buat Lawatan ke Rumah?

Beberapa kali Che Kak ikut pekerja kes pergi lawatan ke rumah. Ada kes permohonan bantuan, rujukan dari pelbagai agensi dan juga kajisemula bantuan sedia ada. Kalau tanya Che Kak, lawatan ke rumah memang sangat penting dalam kerja sosial. Ia bukan sekadar nak tengok rumah orang tapi nak memahami keadaan sebenar klien dalam persekitaran mereka. Gambar hiasan Sedih (sebenarnya menyampah) betul bila ada pekerja kes ambil jalan mudah. “Saya dah call dua kali tak angkat, jadi bantuan ditamatkan.” πŸ˜‘ Hello, kalau setakat bergantung pada telefon, baik tak payah susah-susah buat dokumen prosedur ISO dan garis panduan. Rumah klien sendiri boleh jadi cermin keadaan hidup mereka sama ada cukup keperluan asas, tahap kebersihan, hubungan keluarga, kesihatan dan macam-macam lagi. Ada perkara yang klien tak akan cerita semasa isi borang atau semasa temubual di pejabat. Tapi bila masuk ke rumah realiti sebenar mula terserlah. Suasana rumah lebih santai berbanding pejabat. Klien dan ahli keluarga biasa...

Ragam Di Sebalik Pintu Pejabat

Disebalik pintu yang terbuka tertutup ini ada seribu cerita dan ragam rakan-rakan. Ada yang ceria dan baran. Ada yang peramah dan  suka berkumpulan.  Ada yang pendiam dan suka bersendirian. Ada orang lama dan staf baru serta berlainan jawatan. Yang ngam kita kawan.  Banyak drama kita hi hi bye bye malas nak layan. Hormat menghormati walaupun berbeza pandangan demi kerukunan. Namun tujuannya satu iaitu dapat gaji hujung bulan. Rajin atau malas kerja tetap kena jalan. Ada datang awal sebab nak balik 4.30 petang nak elak jem jalan. Ada rumah dekat dan ada yang jauh melepasi sempadan jajahan. Ada datang awal lesap pun awal mungkin dah isi borang kebenaran. Bulan depan che kak kena tanda keberadaan. Hmmm malas nak hadap sorang-sorang macam cikgu kelas tanda kehadiran.  Setiap minggu dan hujung bulan ada makan-makan.  Ada solat hajat dan tazkirah bulanan. Rugi tak join kawan-kawan. Sebulan sekali kita dengar tazkirah bagi hilang sikit karat-karat keegoaan. Bertugas di...

Pengalaman Pertama Che Kak Menang Cabutan Bertuah RM1000

Semalam betul-betul jadi satu pengalaman yang che kak tak akan lupa.  Selama hidup ni che kak tak pernah pun merasa menang cabutan bertuah. Setiap kali orang lain dapat che kak sekadar senyum saja.  Tapi kali ni, Allah izinkan che kak merasa sendiri rezeki yang tak disangka-sangka. Che kak dah lama follow Facebook Coach Bahar. Mula-mula dulu tertarik sebab suka baca perkongsian beliau tentang cara menguruskan anak-anak yang ramai. Dari situlah che kak selalu ikuti posting beliau banyak sangat inspirasi dan pengajaran yang boleh dikutip. Selain itu, Coach Bahar juga keluarkan produk hasil dari kebun sendiri. Memang menarik sebab semuanya produk semula jadi sabun, minyak urut, balm, madu dan macam-macam lagi.  Che kak antara yang suka beli, terutamanya bila ada jualan kombo. Jimat banyak! Semalam masa live cabutan mega RM1000 che kak pun tonton. Best tengok cara team Coach Bahar kendalikan live  siap maklumkan awal melalui WhatsApp dan Shopee.  Tengah tengok tu, c...

FattZura vs FattMira

 Siapalah kita nak menidakkan jalan takdir orang terutama artis. Nama mereka memang sentiasa jadi tumpuan netizen dan media. Padahal dalam dunia ni ramai je yang berpisah cuma tak masuk headline. Secara logik akal dulu kita nampak mereka pasangan yang sweet habis. Tapi siapa sangka jodoh FattZura pun terhenti juga. Suami hensem pun sanggup lepaskan. Tapi hakikatnya hanya mereka yang tahu pahit manis hidup berumahtangga tu. Mungkin pada awalnya Fazura cuba jaga maruah bekas suami. Tapi bila diasak akhirnya terbuka juga ruang untuk dia luahkan. Che kak sendiri tak minat lakonan mereka berdua termasuk AO ni rupanya penyanyi. Tapi rezeki masing-masing kan. Saham Fattah naik mencanak bila digelar duda. Orang kesian pun ada. Tup tup, dah jadi FattMira. Rahsia Allah memang tak siapa sangka. Yang penting pandai-pandailah mereka jaga anak. Kita jaga anak kita pun dah cukup. Anak mereka dah merasa Disneyland, anak kita ajak pi kedai eco pun bising sebab takde duit. πŸ€ͺ Sebelum kahwin bukan ma...

Iklan Bantuan Warga Emas

Semasa membuat lawatan siasatan bantuan ke rumah klien, klien ada bertanya. Katanya, banyak iklan di media sosial yang mengajak warga emas memohon bantuan. Tetapi bila dia cuba mohon tidak pernah lulus. Dia rasa seolah-olah hanya janji manis. Che kak jelaskan kepada klien bahawa: 1. Hanya percayai maklumat rasmi. Jika iklan atau maklumat itu bukan daripada laman sosial jabatan atau agensi berautoriti jangan mudah percaya. 2. Berhati-hati dengan pautan (link). Ada kemungkinan ianya cubaan scam atau penipuan. 3. Iklan di media sosial (Facebook, TikTok dan sebagainya). Kebanyakannya hanya untuk tarik tontonan (view) bukan iklan rasmi. Sebab itu orang suka kongsikan topik berkaitan bantuan. Che kak nasihatkan klien supaya jangan mudah terpedaya dengan iklan atau pautan yang bukan datang daripada jabatan sendiri.  Kalau benar-benar mahu membantu sepatutnya pihak yang mempromosikan itu turun padang menyiasat dan buat kerja bantuan secara betul.

Kisah Cara Jimat Kos Langsir Rumah Dengan Shopee dan DIY Sendiri

Hari ini che kak nak cerita pasal langsir pula. Jangan risau, bukan ulang cerita ya πŸ˜†. Topik langsir ni memang belum che kak kongsi lagi. Kali pertama che kak jahit langsir sendiri adalah masa baru kahwin untuk rumah sewa suami di Masjid Tanah, Melaka. Jahit sembat dengan tangan sahaja. Suami pula setia menunggu sampai siap.  Biasanya ma che kak yang tolong jahitkan langsir. Che kak pula jenis beli kain murah-murah, sekitar RM6 semeter saja.  Apabila dah ada rumah baru,  tergerak hati nak pasang langsir cantik ala hotel. Tapi bila dengar ada orang sanggup habiskan beribu hingga puluh ribu untuk langsir, che kak terkejut juga. Tanya kedai, sekeping pun dah cecah RM400. Aduh, kalau banyak keping?  Akhirnya kami cuba cari kain di Shopee. Shopee jadi penyelamat. Alhamdulillah, dapat kain tebal, cantik dan berbaloi.  Bab rod pula, kami servey di Mr DIY sebab pernah beli sebelum ini. Tapi tak ada saiz sesuai pula. Manakala di G 🍊 pula harga sebatang lebih RM100. Cad...

Sebuah Fail, Sebuah Perjalanan 45 Tahun

Pagi tadi che kak sempat mengikuti satu kursus secara dalam talian. Mudah betul sekarang tak perlu ke mana-mana, hanya duduk depan komputer sambil buat kerja lain pun boleh. Jimat masa dan kos. Tengah-tengah dengar kursus, tergerak pula hati nak belek fail lama yang masih aktif. Fail itu bukan calang-calang, usianya sudah 45 tahun! Bayangkan, rekod bermula sejak tahun 1980 lagi. Che kak selak helaian demi helaian. Seronok baca perjalanan kes seorang klien dari awal. Nampak usaha dan dokumen lama yang penuh cerita. Timbul juga persoalan dalam hati masih adakah pegawai asal yang menguruskan fail ini dahulu? Dalam fail ini tercatat segala bentuk bantuan yang diterima bukan sekadar kewangan, tetapi juga projek jaya diri malah peluang masuk ke pusat latihan. Semua rekod tersimpan rapi. Fail ini bukan lagi sekadar kertas tapi sejarah hidup seorang insan. Menariknya, che kak terjumpa perkataan “kelayen”. Mula-mula ingat salah taip daripada “nelayan”. Puas juga difikirkan, rupa-rupanya itu eja...

Perjalanan Ilmu Abang Aiman

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sebagai ibu bapa, kami bersyukur kerana abang Aiman masih bersemangat menyambung pengajian selepas tamat diploma pada Februari yang lalu. Alhamdulillah, beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama di USIM selama lebih kurang 5 tahun.  Dalam masa yang sama, turut menerima tawaran daripada UNISZA atas kapasiti bekas pelajar di sana.  Setelah menimbang tara, abang Aiman memilih USIM untuk merasai suasana baru. Pilihan ini bukan kebetulan. Allah sudah aturkan perjalanan ilmunya. Kadang-kadang kita nampak jalan orang lain lebih cepat tapi setiap orang ada rezeki dan peluang masing-masing.  Nasihat buat anakanda belajarlah kerana cintakan ilmu dan kerana Allah. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi berkat, mendekatkan diri kepada-Nya, dan menjadikan kamu hamba yang soleh.  Jangan pernah rasa rugi dengan masa belajar, walaupun ada jalan lain yang lebih singkat. Yakinlah, semuanya telah Allah aturkan dengan penuh hik...

Kerja Kena Tegas, Hidup Tetap Relaks

Hari ini che kak berkesempatan hadir mesyuarat bersama kakitangan Bahagian Kebajikan Produktif. Sewaktu makan, ada seorang staf sempat berseloroh mengatakan che kak bekeng. Che kak hanya senyum dan bertanya kembali, “Awak nak tengok ke macam mana saya bekeng?” Sebenarnya che kak rasa ada salah faham. Che kak bukan bekeng, cuma che kak tegas apabila melibatkan kerja unit.  Che Kak ulang che kak bukan bekeng, tapi lebih kepada tegas dan berprinsip. Kadang-kadang orang salah tafsir ketegasan sebagai marah atau garang, padahal niat sebenar ialah untuk jaga disiplin kerja dan pastikan ikut garis panduan. Dahulu che kak pernah memegang jawatan sebagai penyelaras unit, dan ketika itu memang banyak cabaran yang perlu dihadapi.  Sejak berpindah ke pejabat ini, che kak tidak lagi memegang jawatan tersebut. Alhamdulillah, lega rasanya kerana tidak perlu lagi menanggung semua kerenah dan bebanan tugasan penyelaras. Bagi che kak, teguran itu penting apabila sesuatu kerja bercanggah dengan ...

Makeover Rumah, Malam Pertama Try Tidur

Bila sebut projek makeover rumah, bukan bermaksud ubah suai besar-besaran.  Makeover ni lebih kepada bagi nafas baru pada rumah supaya nampak lebih kemas, selesa dan ada identiti sendiri.  Kadang-kadang cukup dengan sentuhan kecil saja pasang langsir, cat grill, tambah pokok hiasan atau susun atur semula perabot. Projek kecil-kecilan inilah yang buat suasana rumah berubah. Dari ruang kosong biasa, jadi lebih tenang dan ada vibe macam homestay. Malam ni kami cuba tidur dulu di rumah baru ni. Nak rasa vibe macam homestay tak? Hehe. Biasanya kalau tukar tempat tidur memang susah nak lena. Tapi anak che kak dah pun hanyut di buai mimpi, nampak selesa betul. Sekarang ni langsir masih belum pasang sebab rail belum sampai lagi. Order dari Shopee je sebab nak jimat sikit. Harap-harap minggu ni sempat sampai barulah suasana ruang tamu nampak lengkap. Cat pada grill pun belum siap sepenuhnya. Nak bagi nampak baru sikit bila grill dah berkilat semula confirm lain auranya. Kena standby up...

Pengalaman Daftar Lesen Perniagaan di Majlis Daerah Ketereh

Masa tengah syok merancang nak jadikan rumah sebagai homestay, tiba-tiba keluar berita tentang operasi penguatkuasaan homestay yang tidak berdaftar oleh Majlis Daerah Ketereh. Mujur juga berita tu keluar awal. Kalau tidak, memang haru-biru dibuatnya. Tambah pula jenis che kak ni kalau tak ikut peraturan memang cepat rasa takut. Contoh mudah, memandu kereta tak pakai tali pinggang pun dah berdebar walaupun lalu jalan kampung je. Jadi alang-alang bercuti sebab urusan sekolah anak, che kak terus ke Majlis Daerah Ketereh untuk bertanyakan prosedur pendaftaran lesen homestay. Kaunter Pelesenan Pergi je kaunter pelesenan, mereka bagi borang permohonan dan senarai dokumen yang perlu dilengkapkan. Nasib baik tak susah sangat. Apa yang perlu disediakan? Daftar SSM ini wajib. Kalau belum ada, kena buat dulu. Gambar passport kena sediakan 2 keping. Che kak buat 4 keping, kos RM20. Tapi alahai… muka pucat betul dalam gambar tu. Rasa macam mayat hidup. Kalau boleh selfie sendiri kan senang. Salinan...

Kenapa Nama Rumah Penginapan Abe Long?

  Fasa Baru Dari Rumah ke Rumah Penginapan Selesai sudah fasa tambah baik rumah, cat baru, kemas sana sini, tambah apa yang patut. Lega rasa bila tengok rumah dah mula nampak berseri.  Kali ini, che kak nak cerita pula tentang fasa seterusnya iaitu proses menjadikan rumah ini sebagai Rumah Penginapan Abe Long. Fuhh… kalau ikut drama, dah macam telenovela Indonesia pula panjangnya jalan cerita ni. Ada bab membeli rumah, ada bab tambah baik rumah dan sekarang masuk bab lesen perniagaan pula. Setiap fasa ada cabarannya sendiri, tapi alhamdulillah che kak anggap semua ini pengalaman berharga.  Kenapa Nama Rumah Penginapan Abe Long? Mungkin orang tertanya-tanya, kenapa che kak pilih nama Rumah Penginapan Abe Long dan bukannya guna nama sendiri, nama glamor atau sekadar panggil homestay? Sebenarnya, cerita ini bermula secara tak dirancang. Pada mulanya che kak sekadar singgah ke pejabat SSM hanya untuk bertanya tentang prosedur pendaftaran homestay.  Kebetulan pula dekat d...

Syukur Itu Penawar Hati

Allah aturkan kita jumpa seseorang, bukan untuk kita menilai hidupnya. Tapi untuk kita lihat, sejauh mana kita bersyukur dengan kurniaan-Nya. Che kak jumpa seseorang baru-baru ini. Dia tiada mak ayah. Kita masih ada.  Berbaktilah selagi mereka hidup. Dia tiada adik beradik. Kita ada, walau macam mana pun ragamnya. Jangan renggang kerana harta. Dia tiada pasangan. Kita masih ada teman walau tak sempurna. Dia tiada kawan. Kita masih ada yang sudi mendengar dan membantu. Dia ada anak, tapi lupa diri bila senang. Kita ada anak yang masih lagi santuni kita. Dia tiada kerja lagi kerana usia.  Kita masih ada rezeki dan pencen menanti. Dia tiada rumah, tiada harta.  Kita masih ada walau hanya rumah kecil. Dia diuji sakit. Kita masih sihat walau sekali-sekala gastrik sebab makan pedas. Kuatnya dia. Che kak rasa malu dengan diri sendiri. Mengeluh atas ujian kecil, sedangkan itu cuma secebis di hujung kuku. Moga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur. 

7 Perkara Penting Selepas Terima Kunci Rumah – Pengalaman Sebenar

 πŸ‘ Catatan Peribadi: Sebulan Selepas Terima Kunci Rumah Alhamdulillah, lebih kurang sebulan sejak terima kunci rumah, banyak benda dah selesai sikit-sikit.  Che Kak kongsi di sini sebagai catatan peribadi, supaya satu hari nanti boleh tengok balik perjalanan awal ni. ✅1. Mula Langkah Pertama: Dapat Kunci Rumah Lepas dapat kunci, terus mula buat kerja. Plan awal nak kemas rumah, betulkan apa yang rosak, buang barang yang tak perlu. Paling utama buang pagar tengah. Bismillah, bermulalah fasa baru. 🏑Tukar Nama Cukai Pintu Diselesaikan di Majlis Daerah. Hanya perlu sediakan salinan geran rumah. Sekali jalan terus buat bayaran cukai pintu RM29.40.  πŸ”Œ Urusan TNB (Tenaga Nasional Berhad) Kos daftar/pertukaran nama: RM713 Kena tunggu waris tuan rumah asal terminate akaun lama dulu Selepas itu, baru boleh tukar nama Semua urusan daftar dibuat secara online 🚰 Urusan Air AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd) Kos tukar nama: RM105 Ambil masa seminggu lebih kurang Tambahan: Cukai s...